Skip to main content

Temubual bersama Dr Abdul Malik Mujahid(Parliament of the World’s Religions )

Jaringan Anak Muda berpeluang menemubual Dr Abdul Malik Mujahid yang hadir pada acara International Conference ‘Plight of the Rohingya Part 11 Crime Against Humanity pada 12 Jun 2015 yang lalu di Kuala Lumpur. Dr Abdul Malik Mujahid sangat aktif dalam program hubungan antara agama,dasar  awam,hubungan Islam-Barat dan merupakan pengerusi kepada Burma Task Force USA yang merupakan gabungan 19 organisasi Amerika untuk perjuangan rakyat Rohingya dan sebelum ini beliau pernah menjadi kordinater untuk Bosnia Task Force USA yang berkerjasama dengan National Organization of Women(NOW) pada tahun 90 an untuk mengistiharkan rogol sebagai satu jenayah perang.Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga kepada  Parliament of the World’s Religions dan diiktiraf sebagai ‘one of the 500 most influential muslims in the world’ empat kali sejak 2011 dan bukunya tentang sosiologi politik pernah memenangi anugerah ‘Outstanding Academic Book of the Year Award’ oleh American Library Association pada tahun 1990.





Bagaimana Dr melihat usaha merapatkan hubungan antara muslim dan non muslim serta usaha dialog antara agama?

Saya melihat itu suatu usaha yang sangat murni dan melihat daripada sejarah,kita dapat melihat bagaimana Rasulullah membina hubungan baik dengan semua orang;muslim atau non muslim dan ini boleh kita pelajari daripada kisah di Mekah,Madinah,Habsyah dan juga melalui apa yang dipanggil sebagai Piagam Madinah itu.Hubungan kemanusiaan perlu dimantapkan dan kita perlu menjadi manusia yang terbaik.Namun begitu hubungan kerjasama-hubungan antara agama ini perlu dimulai juga  dengan niat yang baik dan harus punya tujuan-objektif yang jelas.Jika ia dijalankan tanpa mempunyai tujuan yang jelas,seakan-akan tidak bertujuan,ia pastinya tidak berguna bahkan membazirkan masa.Hubungan itu haruslah untuk mencapai sesuatu yang terbaik buat semua manusia.

Mengapakah dialog itu cukup penting buat kita semua khususnya pada masa sekarang ini,Dr?

Dialog ini merupakan suatu tuntutan Al-Quran,kita perlu memahami tentang orang lain,apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan dari kalangan kita memandang negatif kepada orang lain tanpa mengetahui orang lain itu terlebih dahulu.Allah mencipta semua manusia dan dalam Al-Quran digunakan istilah ‘Annas’ dan bagaimana Al-Quran menuntut kita untuk memperjuangkan keadilan-keseimbangan,membantu orang lain dan menunaikan hak antara sesama insan.Al-Quran menuntut kita agar  saling berkenalan ,mengetahui dan memahami  orang lain dan semua ini merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia.

Apakah nasihat Dr untuk anak muda khususnya anak muda di Malaysia?


Nasihat saya agar kita semua kekal muda.Hehe.Anak muda Malaysia perlu berfikir bagaimana mahu membawa Malaysia lebih maju ke hadapan.Tidak salah menjadi warganegara yang berfikir kritis namun perlu juga memiliki sifat sabar dan sentiasa menggunakan  otak-aqal sebelum bertindak melakukan sesuatu.Jangan melalukan sesuatu yang boleh merosakkan imej negara anda.Bagi saya,Malaysia dan Turki merupakan model negara Islam yang maju dan memberi harapan besar kepada dunia Islam khususnya.Saya berharap anak muda Malaysia terus menjadi individu muslim yang lebih baik-warganegara yang lebih baik-jiran yang lebih baik dan membentuk masyarakat global yang lebih baik dan saya sentiasa mendoakan kejayaan buat negara Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…