Skip to main content

Ucaptama ‘International Seminar on Research In Islamic Studies II’oleh Profesor Emeritus Dato Dr Osman Bakar

 oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

Profesor Emeritus Dato Dr Osman Bakar menyarankan agar kita memberi perhatian khusus kepada cendekiawan muda dan membangkitkan persoalan hubungan antara ‘Barat’ dan ‘dunia Islam’.

Beliau menjelaskan  tentang keperluan mengambil perspektif ummatik dan global dalam pengajian Islam dan memikirkan semula apa makna pengajian Islam?.Islam menurut beliau perlu dilihat bukan sahaja sebagai ‘deen’ tetapi juga dilihat dari aspek ummah dan ketamadunan.

Beliau juga mengupas beberapa isu berkaitan Orientalisme + post orientalisme dan menyatakan terdapat juga Pengajian Islam yang bersifat ‘Western -centric ‘ dan beliau menyarankan juga kajian tentang perbezaan  antara  ‘Pengajian Islam Barat’,’Pengajian Islam Muslim’,’Pengajian Islam Amerika’,’Pengajian Islam Eropah’ dan apa perbezaan antara  ‘Pengajian Islam Eropah-British-Belanda-Perancis ‘ dan sebagainya.

Kesan perang salib,sejarah Pengajian Islam sebelum dan selepas penjajahan juga menurut beliau wajar dikaji dan dilihat semula apa yang dipanggil ‘love hate relationship’ serta bagaimana pihak Barat mengkaji pemikiran Ibnu Rushd,Al-Ghazali,Ibnu Sina dan ramai lagi.




Selain itu juga beliau menyarankan kajian dibuat terhadap usaha missionari Kristian,pengaruh Modernisme-tradisi sekular dan bagaimana kuasa penjajah ‘merampas’ manuskrip kitab karya tokoh-tokoh ilmuwan dahulu yang banyak terdapat di perpustakaan di UK,Belanda,Jerman dan lain-lain.

Prof Osman Bakar juga membahaskan bagaimana pengaruh Marxisme kepada dunia Arab-Islam dan menimbulkan  persoalan bagaimana pula dengan tradisi Pengajian Islam di Russia,pandangan Barat tentang Syariah, sekolah orientalis Bernard Lewis,’pertembungan tamadun’ versi  Samuel Huntington dan Pengajian Islam versi pendekatan imprealisme Amerika atau mempunyai visi merealisasikan agenda Amerika.

Menurut beliau sebelum melancarkan sesuatu perang,think tank-kumpulan pemikir Amerika akan sibuk membuat persiapan  pelbagai kajian penyelidikan dengan biaya penuh  kumpulan neo-conservatisme di Amerika.

Beliau mencadangkan kajian terhadap bagaimana masyarakat ‘Barat’ melihat Islam dan kajian terhadap kesan  globalisasi  bukan semata-mata globalisasi ekonomi juga  dari aspek globalisasi masyarakat dan pemikiran dan bagaimana untuk menjelaskan kepelbagaian yang wujud tersebut.
Prof Osman Bakar menyatakan wujudnya peningkatan minat terhadap isu spiritualisme-tasawuf-sufisme dan hal-hal mistik di ‘Barat’ dan wujud semakin banyak kepelbagaian bentuk penulisan-kesusasteraan berkaitan Islam di dunia ‘Barat’ kini.





Selepas insiden 11 September juga kata beliau berkembangnya  diskusi Islam dan demokrasi, ‘religious pluralisme’,feminisme, kedudukan wanita,dan lain-lain di Amerika dan umat Islam pula kata beliau antara ‘react ‘ dan  ‘initiate’ dalam membahaskan pelbagai isu tersebut.

Selain membincangkan kesan penganjuran ‘The First World Conference on Muslim Education 1977’ di Makkah dahulu,Prof Osman Bakar juga mengulas tentang penambahan jumlah pelajar Muslim yang mengambil pengajian Islam dibawah kendalian  sarjana ‘Barat’,penambahan jumlah bukan Islam khususnya Yahudi-Kristian yang mempelajari Islam,kewujudan Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University,pertumbuhan pengajian Islam di universiti-universiti ‘Barat’ juga peningkatan rakyat -cendekiawan Barat yang  memeluk  Islam.

Menurut Prof Osman Bakar juga penekanan  pada masa kini hendaklah dibuat dalam isu-isu ‘common interest’ dan perspektif global tentang agama manakala berkaitan Islamophobia pula bagi beliau kita tidak perlu terlalu gentar sebaliknya wajar mengambil kesempatan keintelektualan dan disinilah kepentingan jihad ilmu-jihad pendidikan dan kesarjanaan serta menuntut penyelesaian Islam terhadap masalah kontemporari.




Bagi beliau juga kita perlu memperbaiki hubungan jaringan cendekiawan Islam dan melihat juga apa yang dikatakan sebagai kebangkitan gerakan intelektual baru di Jepun dengan kelahiran profesor Pengajian Islam kelahiran Jepun yang sering kita abaikan.Menurut beliau Jepun boleh dianggap sebagai ‘sekolah ketiga pengajian Islam’ selepas ‘dunia Arab’,’dunia Barat’ apatahlagi  dengan kewujudan ‘Islamic Area Studies’ di negara Jepun sekarang ini.Kata Prof Osman Bakar ,’bila bicara tentang apa ‘orang lain’ kata tentang Islam, jangan lupakan Jepun!’

Beliau yang  sering ulangalik ke Jepun melihat kesungguhan dikalangan intelektual muda Jepun dalam  mempelajari Bahasa Arab bahkan Tulisan Jawi dan Bahasa Melayu itu sendiri.

Prof Osman Bakar beranggapan perlu wujud lebih banyak kajian bidang-bidang baru berkaitan Islam dan keperluan menambah dana kajian penyelidikan,mewujudkan kumpulan pengkaji penyelidik rentas disiplin ilmu dan kita perlu melahirkan  lebih ramai sarjana dalam bidang Sains Sosial-Sains Kemanusiaan serta aktif dengan penerbitan makalah-buku dan sebagainya.


Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…