Skip to main content

Posts

Showing posts from April 26, 2015

Memupuk persaudaraan sesama manusia

Memupuk persaudaraan sesama manusia oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

FB:wasif wan Email: wasiferdogan@gmail.com
Terdapat beberapa masalah berkaitan hubungan antara agama yang berlaku seperti pergaduhan, menghina dan memperlekeh agama lain, melakukan keganasan dan kekerasan atas nama agama, diskriminasi dan merusuh yang dilakukan kelompok ekstrimis yang tidak mahu menghargai pebezaan dan kewujudan agama dan kepercayaan orang lain.  Kadangkala mereka menggunakan hujah-hujah agama, ayat- ayat dalam kitab suci yang ditafsirkan mengikut selera mereka dalam membenarkan segala perbuatan merosakkan hubungan baik yang terjalin antara kelompok agama yang berbeza.
Mereka yang berfahaman ekstrim sedemikian sebenarnya  hanyalah kelompok minoriti namun tindakan mereka sudah cukup untuk merosakkan keharmonian dan keamanan dunia. Suara majoriti yang cinta damai dan pro keamanan perlu lebih  lantang lagi bagi mematikan sebarang usaha kelompok ekstrimis yang cuba mewujudkan perbalahan antara penganut-pengan…

Kepimpinan Anak Muda ASEAN: Kerjasama Jaringan Anak Muda Indonesia-Malaysia

Kepimpinan Anak Muda ASEAN: Kerjasama Jaringan Anak Muda Indonesia-Malaysia
Oleh 
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
FB:wasif wan Email: wasiferdogan@gmail.com
Indonesia dan Malaysia pernah melahirkan pemimpin  negarawan bertaraf Asia dan Dunia seperti Sukarno,Abdur Rahman Wahid@Gus Dur bagi Indonesia dan Tun Dr Mahathir Mohamad-Anwar Ibrahim bagi Malaysia.Mereka dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pemimpin yang berkarisma,memperjuangkan keamanan sejagat dan keharmonian antara pelbagai kaum dan agama disamping tegas mempertahankan prinsip negara masing-masing dan membina hubungan baik antara negara-negara.
Indonesia dan Malaysia berkongsi latar belakang sejarah ,budaya  dan gabungan kerjasama antara kedua negara mampu mewujudkan satu kekuatan di peringkat Dunia Melayu-Nusantara dan ASEAN.

Hubungan kekeluargaan yang wujud antara rakyat Indonesia-Malaysia disamping faktor agama-bangsa serumpun memudahkan proses kerjasama dan gabungan tenaga dalam memperkasakan hal ehwal ekonomi/perniagaan-pe…

Temubual bersama Saiful Ridwan berkenaan ASEAN

Wartawan ‘Jaringan Anak Muda’  sempat mengadakan temubual bersama saudara Saiful Ridwan Mohd Said yang pernah mengikuti Kembara ASEAN Jaringan Anak Muda di Indonesia baru-baru ini .Beliau juga pernah mengikuti rombongan Grup Penjejak Tamadun Dunia(GPTD) membuat lawatan dan kajian sejarah di Selatan Thailand.Temubual ini bagi mendapatkan pandangan beliau berkenaan konsep ASEAN,harapan kepada kepimpinan Malaysia yang memimpin ASEAN,peranan anak muda dalam menjayakan konsep ASEAN dan pelbagai perkara berkenaan ASEAN.
Berikut ialah hasil temubual tersebut.
Terima kasih saudara atas kesudian untuk ditemubual dan membicarakan persoalan ASEAN .Apa pandangan saudara tentang konsep ASEAN?
Konsep ASEAN ini sangat bagus dalalm mewujudkan ASEAN yang lebih baik,damai dan menjamin keselamatan antara negara-negara ASEAN.Ekonomi negara-negara ASEAN mampu menjadi semakin kuat dan perkongsian pendidikan serta pertukaran kepakaran dan teknologi antara negara ASEAN wajar dimanfaatkan.Kelebihan dan kekuat…

Temubual:Isu perbezaan aliran pemikiran

 Jaringan Anak Muda menemubual saudara Muhamad Humaidi,lulusan  Fiqh Usul,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan meminta pandangan beliau berkenaan isu perbezaan aliran pemikiran Islam di Malaysia,peranan agama dalam era masa kini dan bagaimana menangani perbezaan pandangan khususnya daripada lepasan pengajian agama dari pelbagai negara.



Temubual bersama beliau ialah seperti berikut:-
Bagaimana saudara melihat isu perbezaan aliran pemikiran Islam di Malaysia ?
Isu perbezaan aliran pemikiran Islam di Malaysia ini banyak  dimainkan oleh pihak media dan masyarakat akan mula membahaskannya selepas diperbesar-besarkan  dan dihangatkan oleh pihak media.Kemunculan media sosial merancakkan lagi perbahasan ini
Di kalangan masyarakat kita juga ramai yang mengaku bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah mengamalkan fiqh Syafii walaupun amalan mereka bertentangan dengan  ajaran sebenar yang diajar oleh Imam Syafii.
Masalah perbezaan pandangan dalam isu fiqh usahlah diperbesar-besarkan memandangkan fiqh…

Temubual Jaringan Anak Muda bersama Dato Jaafar Rahim

Wakil Jaringan Anak Muda,Wan Mohamad Wasif dan Saufi Jelani telah berpeluang untuk menemubual Dato Jaafar Rahim di rumah beliau baru-baru ini.Beliau yang dikenali sebagai ‘Edward De Bono Malaysia’ berkongsi pandangan beliau terhadap hikmah,wacana kelompok kecil,ilmu mantiq-logik,dan membidas kelompok anti falsafah serta memberi panduan bagaimana mahu melahirkan anak muda yang bijaksana.



Berikut ialah hasil temubual tersebut.
Terima kasih Dato kerana sudi ditemubual hari ini.Dato sering bicara soal kepentingan ilmu dan mencari hikmah.Boleh Dato jelaskan lagi tentang persoalan ilmu dan hikmah ini.
Kita bercakap soal ilmu dan kita mesti bertolak dari persoalan definisi. Setiap orang kadangkala memberi pendapat namun pendapat itu belum tentu benar, ilmu mestilah benar dan bila bercakap soal ilmu kita harus bercakap juga  tentang defiinisi. 
Soal hikmah ini kita harus juga memberi definisi tentang hikmah dan biarlah definisi itu disepakati dan orang boleh menerimanya termasuk dari kalangan akad…