Skip to main content

Posts

Showing posts from May 6, 2015

Melawan pemahaman ekstrimis

Melawan pemahaman ekstrimis
oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad (wasifwan.blogspot.com)
Tindakan segelintir anak muda Malaysia yang terpengaruh dengan pemahaman ekstrimis sangat mendukacitakan kita.Namun pada masa yang sama kita lebih wajar memikirkan mengapakah mereka begitu mudah terpengaruh dengan pemahaman ekstrimis tersebut.
Perkembangan media dan teknologi dengan ledakan maklumat di hujung jari membuka ruang kepada kelompok ekstrimis untuk menyebarkan fahaman mereka dan menyentuh hal ini wajar bagi para pencinta keamanan dan kedamaian memikirkan mengapakah kita gagal menguasai ruang-ruang media dan teknologi ini untuk melawan segala pemikiran ekstrim ini. 
Kelompok moderat-pencinta damai perlu lebih aktif dalam menggerakkan perang media dan teknologi  untuk menyebarkan keamanan-kedamaian serta lebih lantang bersuara bagi memperjuangkan keamanan dunia keseluruhannya.
Kita perlu memanfaatkan media sebaik  mungkin dan memenuhkannya dengan pemikiran Islam yang sederhana-terbuka-menggalakkan…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

Catatan ringkas kembara melihat model pendidikan terbaik

Catatan ringkas kembara melihat model pendidikan terbaik
oleh Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad wasiferdogan@gmail.com wasifwan.blogspot.com ilmuwan-w.blogspot.com
Disana sini orang ramai membincangkan tentang sistem pendidikan yang bagaimana yang terbaik untuk anak-anak mereka pada masa kini.Ramai yang mengkritik sistem pendidikan yang sedia ada dan mendesak pembaharuan segera dalam sistem pendidikan negara.Ramai juga yang kecewa dengan sistem pendidikan masa kini lantas memilih untuk mengeluarkan anak mereka dari sekolah dan memilih ‘homeschoolinguntuk anak-anak mereka.
Dalam tulisan ini saya tidak akan menghuraikan tentang sistem pendidikan tetapi akan berkongsi sedikit catatan kembara saya setelah melawat beberapa sekolah di Turki,Acheh dan Tangerang di Indonesia , dan sekolah antarabangsa di Malaysia yang membuatkan saya terfikir apakah bentuk sistem pendidikan terbaik zaman kontemporari ini.
1)Fatih Billingual School di Acheh
Saya mengikuti kembara ke Acheh ini bersama MTDS-Malaysian Tu…