Skip to main content

Posts

Showing posts from May 21, 2015

Erdogan,Arab-Turki,Turki-Kurdish

oleh Wan Mohamad Wasif 

Makan tengahari bersama sahabat dari Palestin dan Turki.Sambil makan sambil sembang-sembang pelbagai isu.(di sebelah kami sekumpulan pelajar asyik bahas isu Tabung Haji-1MDB) Sahabat Palestin membangkitkan isu nasionalisme sempit-asobiyah-racisme dikalangan Arab dan bertanyakan sahabat Turki tentang isu Kurdish.


Sahabat Turki itu ayahnya Turki ibunya Kurdish,membawa isu PKK (parti kurdish) dan penentangan kurdish terhadap Erdogan. Kata beliau media antarabangsa banyak memutarbelit fakta dan membawa berita yang negatif dan memburukkan Erdogan seolah-olah majoriti Kurdish itu anti Erdogan. Menurut sahabat saya yang ayahnya pengikut Said Nursi itu juga bahawa karya Said Nursi yang juga seorang Kurdish telah banyak merubah sikap dan pemikiran sebilangan Kurdish yang terlalu pekat perkaumannya sehingga mereka lebih terbuka dan mencintai manusia lainnya. Sahabat Palestin mengingatkan kami berkenaan kelompok Baa'th Arab yang pekat perkauman sempitnya. Wujud juga u…

Afghanistan,Taliban....

oleh Wan Mohamad Wasif 

Sembang sembang dengan peserta dari Afghanistan tentang negaranya pasca Taliban. Mengikut beliau zaman Taliban dahulu walaupun memerintah dengan pendekatan yang sangat ketat,rigid tetapi sekurang-kurangnya rasuah kurang ,wang negara lebih terjaga (walaupun terdapat pelbagai sekatan dan negara dipinggir oleh negara-negara lain)dan keselamatan lebih terjamin berbanding sekarang yang sangat kuat rasuahnya,keselamatan longgar dan campur tangan pihak luar yang memcengkam pemimpin boneka.






Afghanistan yang sebenarnya kaya dengan pelbagai sumber alam musnah akibat peperangan,kacau bilau,ketidakstabilan politik,perbalahan kelompok,huru hara dan sebagainya. Walaupun melaung-laungkan demokrasi,pemimpin negaranya tidak lain hanyalah pemimpin boneka yang tunduk kepada tekanan pihak asing dan menafikan hak rakyat. Akibatnya kini negara Afghanistan dipenuhi dengan amalan rasuah,masalah penyalahgunaan dadah,tiada peluang pekerjaan ,kemiskinan dan sebagainya. Kesilapan Taliban …

2 nd Asia and Oceania Regional IBBY Congress

oleh Wan Mohamad Wasif 

Acara berkenaan sastera-kesusasteraan kanak-kanak ini membahaskan pelbagai topik antaranya berkenaan hak kanak kanak dalam mendapatkan pendidikan yang selayaknya,pendidikan untuk anak Rohingya(dibentangkan oleh ibu allahyarham Ammar),mangsa perang,OKU,kreativiti dalam mengajar pantun kepada pelajar(termasuk melalui nyanyian lagu).

Turut diadakan persembahan lakonan cerita oleh wakil Indonesia ,persembahan khas dari Jepun yang mengajar melalui pelbagai alat ,persembahan mengajar melalui puisi oleh wakil Australia ,teknik dan kreativiti mengajar buat para guru melalui pelbagai sumber sastera. Juga ditekankan soal buku untuk kanak-kanak (termasuk yang kelainan upaya)dengan pelbagai ilustrasi dan lukisan berwarna yang menarik. Kepelbagaian teknik mengajar yang kadangkala diabaikan oleh para guru dikongsikan seperti mengajar melalui nyanyian lagu-lagu rakyat yang penuh unsur nasihat,pantun,bercerita,lakonan,puisi dan lain-lain. Teknik mengajar begini yang diterapkan…

Malaysian American Commission for Educational Exchange(MACEE)

oleh Wan Mohamad Wasif 

Di Malaysian American Commission for Educational Exchange(MACEE) di Menara Tun Abdur Razak. Taklimat berkenaan pendidikan di Yale,Amerika.

Antara yang menarik tentang Yale ialah para pelajar didedahkan dengan ilmu ketamadunan Barat klasik dan kontemporari,ada bidang falsafah-kesusasteraan-pemikiran politik, pelajar
perlu mengambil subjek berkaitan seni-kemanusiaan,sains dan sains sosial dan berkaitan kemahiran menulis,bahasa asing dan apa yang dipanggil "quantitative reasoning". Terdapat 53 bahasa asing yang ditawarkan. Konsep "emotional intelligence" turut dikembangkan lagi oleh Peter Salovey ,seorang penyelidik psikologi yang juga Presiden Yale bersama John D.Mayer. Yale juga menekankan aspek pendedahan pengalaman antarabangsa dimana pada tahun 2013,bekas Presiden Yale pernah mengumumkan bahawa:" being an educational leader in this century requires our students to experience other countries as well as study them" Pendidikan di Yal…

"Information" or "Indoctrine"

oleh Muhammad Humaidi Ketika menghadiri satu persidangan Asean di Wisma MCA baru-baru ini, aku telah memasuki satu bengkel berkenaan keagamaan. Telah menarik perhatian aku suatu ungkapan dari pembentang iaitu "information or indoctrine".


Memberi tahu suatu info atau mendoktrin sesuatu. Dalam suatu program yang melibatkan kepelbagaian agama, setiap agama cuba menceritakan berkenaan agama masing-masing. Tujuan menceritakan adalah supaya setiap orang boleh memahami agama orang lain seterusnya menghormati agama tersebut.
Tetapi persoalannya, adakah orang yang menceritakan berkenaan agama mereka itu sekadar ingin berkongsi maklumat agama mereka, atau mereka sedang mendoktrin agama atau fahaman mereka. Bahasa mudahnya adakah mereka sedang berdakwah mengajak orang kepada agama dan fahaman mereka.
Setiap orang yang beragama dan mempunyai fundamental yang kuat berkenaan sesuatu agama, pasti menganggap agama yang dianutinya adalah paling benar. Di atas prinsip kebenaran itulah dia pe…

Bicara 2 Dekan

oleh Wan Mohamad Wasif 

Tahniah buat PMUM,PMIUM dan Sekretariat Sastera dan Sains Sosial UM yang telah menganjurkan acara Bicara 2 Dekan yang menampilkan 2 orang Dekan UM iaitu Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial,Prof Sidin Ishak dan Dekan Fakulti Perniagaan dan Pentadbiran,Prof Nazari Ismail.

Kedua dua Dekan ini juga aktif dalam pelbagai gerak kerja NGO-kemasyarakatan disamping tugas akademik mereka. Ini wajar dijadikan contoh khususnya buat para mahasiswa bahawa para intelektual sejati tidak sama sekali memisahkan dirinya dengan masyarakat lingkungannya. Program yang menampilkan ahli akademik sebeginilah yang wajar diaktifkan di kampus kampus universiti kita. Kecenderungan sejak kebelakangan ini kita melihat banyak persatuan mahasiswa yang lebih cenderung membawa masuk ahli-ahli politik ,para artis dan selebriti atas nama wacana/diskusi. Prof Nazari dalam acara ini membangkitkan beberapa perkara seperti isu kos sara hidup yang semakin meningkat,sikap rakyat yang suka berhutang,is…

MAKNA PENDIDIKAN

Oleh Saufi Jelani Pendidikan.
Apabila berbicara soal pendidikan, bagi mereka yang mencebur dalam bidang pendidikan akan bertanya ke mana akan di 'posting'. Bagi graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) juga bertanya soalan yang sama. Dalam pada itu sebahagian yang lain merencana kurikulum kepada peringkat2 pengajian.
Apabila menyebut soal pendidikan juga, perbicangannya akan melibatkan perkara seperti pendidikan Islam, pendidikan sekular, Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan keibubapaan dan anak-anak. Di universiti sering membicarakan wacana 'kualiti sistem pendidikan di Malaysia'. Dimana-mana juga bicara pendidikan untuk masa depan Malaysia yang lebih baik, dengan mengambil kata2 Nelson Mandela, "Education is most powerful weapon you can use to change the world".
Apa itu 'pendidikan', dan seharusnya bagaimana 'pendidikan' itu?
Saya pernah menulis satu kertas mengenai 'pendidikan' merujuk kepada apa yang dapat difahami Konsep dalam Is…

JURANG GENERASI - GENERATION GAP

oleh Saufi Jelani Pendahuluan: Sejarah
'Islam dan Sekularism' mencatatkan krisis besar melanda masyarakat dari kedua belahan tamadun dunia yang diwakili oleh Islam dan barat. Krisis disebut sebagai 'jurang generasi' berakar sejarah dari panutan ajaran Aritotle tentang kekecewaan hidup manusia (kehampaan-penderitaan) menghadapi kehidupan melalui bayangan 'tragedi'. Kecurangan ini mengakibatkan bencana besar melanda semua institusi dari pendidikan, agama, politik, ekonomi, sosial dan semua bidang kehidupan manusia. Krisis ini akhirnya menimbulkan dilema atau kemelut peradaban. Tugas cendekiawan muslim adalah saranan terhadap kaum intelektual masyarakat membangun peradaban.
Pendidikan
Amalan pendidikan dunia moden kini sering dikaitkan dengan masalah 'dualism' berkait rapat dengan amalan pendidikan sekular. Istilah bagi memperihalkan masalah ini adalah 'pembaratan ilmu'-westernisasi ilmu. Pascakolonial kini disebut dengan dewesternisasi. Ilmu yang…

Ulasan Buku: An ASEAN Chronicle

Oleh Saufi Jelani
Walaupun disana wujud pertentangan idea membangkitkan semula semangat 'regionalism' atau 'kedaerahan (rujuk Prof. Dr. SM Naquib Alattas,  Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, mukasurat 57). Tidak bermakna, kita menidakkan cabaran ini. Sedangkan kita telah mempunyai jalan terbentang menggantikan wacana ini seperti dikemukakan oleh Prof. Dr. Syed Farid Alatas, 'Alternative Discourse in Asian Social Science: Response to Eurocentrism". Berikut adalah ulasan beliau.


Syed farid Alatas, Wacana Alternatif dalam Asian Sosial Sains: Respon kepada Eurosentrism. Ulasan oleh M. Nadarajah, Pusat Kajian Asia Tenggara, Kyoto Universiti, Japan.


Buku yang tepat pada masanya oleh Dr. Syed Farid Alatas, seorang sosiologis sekarang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), mengandungi 9 bab menarik menyediakan juga berbagai sudut wacana alternative dalam Asian Sosial Sains. Pada ulasannya, buku ini, mengemukakan beberapa masalah melibatkan pernyataan dalam lapanga…

Saper Kater?

oleh Muhammad Humaidi Peperangan dunia Mahathir ke-5 telah berlaku. Dulu kesemua musuh-musuhnya habis dibom tanpa belas kasihan. Bermula dari Tunku, kemudian Musa Hitam, seterusnya Anwar dan Pak Lah. Kini Najib pula mangsa serangan.

Isunya berkaitan 1MDB, GST, Rosmah, kekayaan Najib dan pembunuhan Altantuya. Namun isu yang paling meletop adalah berkenaan 1MDB. Mahathir berulang-ulang kali membuat serangan dengan menggunakan peluru ini.
Apa yang dikatakan oleh Mahathir berkenaan 1MDB bukan perkara baharu, sebelum ini isu tersebut telah dibangkitkan Pakatan Rakyat terutamanya dari saudara Rafizi YB Pandan. Tetapi apabila isu ini disuarakan oleh Mantan Perdana Menteri, ia meletuskan ketegangan dalam kem politik UMNO yang memimpin kerajaan Malaysia. Hingga ke tahap menyuruh Najib meletak jawatan disebabkan banyak skandal yang terpalit kepada beliau.
Inilah bezanya orang yang mempunyai pengaruh dan tidak mempunyai pengaruh. Beza orang besar dan orang kecil. Orang besar jika cakapnya kecil,…

Mewarnai Budaya Kampus

oleh Saufi Jelani
Masalah Kekeliruan Budaya
Fenomena kekeliruan budaya dikampus begitu kronik. Budaya Ilmu dan praktik wacana hampir2 tidak wujud, sunyi dari arus kehidupan sebenar. Program yang dianjurkan mewakili kepakaran fakulti bidang masing2 jarang menjawab atau mengetengahkan isu2 perdana.
Hal Ehwal Pelajaran
Seminar kajian yang diluluskan HEPA penyelidikan masih jauh ketinggalan untuk menghadapi soal tertangguh dan pembentangan masih berkisar tajuk2 sama sedangkan hal yang melambak masih belum terjawab. Sehingga wacana terpaksa dibuat secara berasingan dengan tidak mendapat kelulusan HEPA.
Inspirasi Penganjuran
Saya membangkitkan permasalahan ini kerana budaya statik/stereotaip ini masih diulang2 seolah ini diterima sebagai satu program disepakati berguna secara bersama, sedangkan hakikatnya jauh dari mencapai manfaatnya.
Sebagai contoh diskusi, forum, seminar dan konferen sering berkitar dengan tajuk2 'longlai' jauh dari perbincangantopik2 wacana semasa, sedangkan rea…

‘Simfoni Sepi:Himpunan Puisi Siber’ oleh Pak Yassin Salleh

oleh Wan Mohamad Wasif

Saya sempat membaca  buku ‘Simfoni Sepi:Himpunan Puisi Siber’ karya Yassin Salleh.Penulisnya Yassin Salleh atau saya panggil Pak Yassin atau Ayahanda dan beliau yang sering membahasakan diri sebagai ‘Balam Tua’ menghadiahkan saya buku tersebut selepas kami sama-sama menghadiri acara Ziarah Karyawan yang dicetuskan beliau.Ziarah Karyawan pertama kali diadakan di Ulu Legong,Baling,Kedah ,kali keduanya di Janda Baik,Pahang iaitu di kediaman Pak Habib ‘Sang Nujum’ S H Al Attas dan kali ketiga ia diadakan di UPSI,Tanjung Malim baru-baru ini.



Pertama kali saya berjumpa Pak Yassin tatkala bersarapan pagi bersama Dato Jaafar Rahim di gerai berdekatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)sebelum menghadiri satu acara perasmian lukisan Mazlan Noor@Along di DBP.Pak Yassin ini merupakan seorang pengarah filem dan filem arahannya ‘Dia Ibuku’ pernah memenangi pelbagai anugerah filem dan rekodnya masih belum dipecahkan oleh mana-mana pengarah filem di Malaysia.
Sejarah kehidupan beliau…