Skip to main content

Posts

Showing posts from May 28, 2015

Pemuda,ruang ketiga....

oleh Saufi Jelani

Seruan Pertahan Jati Diri Bangsa
Anjuran ini dapat diperhatikan juga dalam tulisan TS Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alattas dalam karya pentingnya, Islam, Secularism and the Philosophy of the Future, 1985. Manakala Prof. Seyyed Hossein Nasr dalam tulisannya bertajuk Panduan Anak Muda Islam untuk Dunia Moden pada tahun 1994. Dalam tahun2 1950an anjuran ini telah mula menyebar ke seluruh daerah sebagai ‘amaran’ cabaran penjajahan dan modernisasi.
Anak Muda Generasi Baru

Percaya atau tidak, kita wajar memberi perhatian serius terhadap perkara ini. Tak kira betapa beria kita berbicara memperjuang aliran2 politik dan mempertahan madzhab masing2, kemunculan perbicangan isu yang real dan menepati citra masharakat tentunya masih belum cukup memuaskan penyampaiannya kepada kalangan penuntut dan pengajaran di bidang2 pengajian kita.
Ruang ketiga seperti yang disebutkan Dato' Saifuddin Abdullah dan Raja Ahmad Aminullah adalah ruang yang diisi oleh khalayak baru. Menurut Dat…

Hikmah 'Silaturrahim'

oleh Saufi Jelani
Hari ini saya sempat meminta sedikit pandangan dari WM Wasif W. Mohamad mengenai fahamnya tentang maksud disebalik silaturrahim yang menjadi teras. Menurutnya prinsip ini menjadi kekuatan kerabat Ziarah Karyawan. Menurut beliau juga konflik 'silaturrahim' sebab tercetus krisis zaman ini. Pengenalan Faham Silaturrahim 1. Sebagai seorang manusia, kita semestinya perlu mengikat silaturrahim, persahabatan dan persaudaraan sesama manusia, dalam Islam, senegara, sebangsa, menjangkaui sempadan geografi politik, (seperti Nepal, Bosnia, Afrika, Iraq, Afghanistan, Rohingya). Lebih dari itu lagi 'saudara dalam konsep kemanusiaan'. Jika kita rasa bersaudara, kita perlu sedia membantu. Mantan PM, Abdullah Ahmad Badawi pernah menyebut, dunia terlampau sempit untuk pecah-belah. Dalam ayat Al-Quran menyebut: 'Inna ma almukminu alikhwah'.


2. Punca pecahbelah adalah sebab putus silaturrahim. Tak wujud silaturrahim. Raja Ahmad Aminullah sebut, 'ukhuwah tingga…

Penjelasan Budaya

oleh Saufi Jelani
Semasa perjalanan balik dari progam persembahan theatre anjuran Kristian Varsiti, kami berbual. Wasif beritahu, sekarang perlu penjelasan budaya ilmu perspektif baru. Teringat petang ini, sekali lagi saya minta pandangan beliau berkenaan hal yang beliau bangkitkan mlm itu.
saya bertanyakan pandangannya tentang budaya Ilmu.


Apa yang W. Wasif ingin jelaskan pasal budaya Ilmu 1. Bagaimana hiburan seperti K. Pop dengan cepat tersebar ke dalam masharakat, begitu juga budaya Ilmu boleh meresap. peranan media juga. Televisyen, radio dan Pengajian sentiasa menyiar pasal Ilmu. Budaya apa yang isu dulu, samada politik, hiburan atau 'Ilmu'. 2. Terutama generasi muda dan mahasiswa perlu tahu tujuan mereka belajar. pensyarah pun tak beritahu. Pengajaran dalam kelas perlu beritahu Ilmu kehidupan jangka panjang. 3. Usaha untuk wujudkan, perlu jaringan luas. Masharakat sekeliling akan terpengaruh. Contoh, budaya membaca, bawa buku dan sebagainya seperti yang berlaku di Jepun…

Belajar Dari Orang Lain

oleh Saufi Jelani

Kalau sebelum ini, banyak saranan dari ulama dan cendekia, selain menkritik ilmu, budaya dan tamadun barat, dalam masa sama tidak kurang hebatnya anjuran supaya kita belajar dari mereka apa yang mereka capai dalam hal2 tertentu. Kerana apa yang mereka capai juga hasil dari usaha belajar (peroleh) dari tamadun Islam.  Ini juga berlaku terhadap bangsa dan tamadun2 tertentu yang lain. Bangsa yang telah tercatat mencapai puncak ketamadunan seperti Andalus. Mereka juga belajar dari kita dalam hal2 tertentu. Bagi bangsa Melayu, usahawan tidak lekang dari kata, "..belajar dari cara orang cina berniaga". Sebagai contoh yang lain dalam melatih kepimpinan, kita belajar dari dua Umar (Umar bin Abdul Aziz dan Umar Alkhattab). Kita sering mendengar belajar dari
UMNO cara mereka menjaga pengundi dan ketua kampung. Ini kita dapat lihat di Kuala Berang. Pakatan perlu belajar dari UMNO dalam hal ini. Dalam menjayakan usaha ini kita perlu merentasi jalan yang betul, langkah …

Mencari Ilham di Istac

leh Saufi Jelani
Detik mula mengenali ISTAC ini baru hanya terlintas di benak saya semasa menyiapkan latihan ilmiah berkait konsep idea dan falsafah pendidikan merujuk pada karya tulisan Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Alattas. Istac telah pun bertapak dan dibangunkan wawasan perjuangannya sejak tahun 1991 lagi oleh pengasas-pengarahnya.
Dari situ saya mula menjejaki kerangka pemikiran beliau, seterusnya mengajak saya meneroka ke 'alam ilmi' pemikiran, falsafah, tamadun, metafizik, teologi, tasawuf dan banyak lagi. Penelaahan ini menarik saya terjun secara live ke dunia Ilmu di sini.
Pertama kalinya, saya telah menghantar satu kertas abstrak untuk seminar Islam and Science : An Educational Approach. Sedangkan semasa itu ISTAC telah berubah sama sekali. [Rujuk Raja Ahmad Aminullah dalam Minda Tertawan : Intelektual, Rausyanfikr dan Kuasa. Dr WM Noor W Daud, Md Asham Ahmad (IKIM.FM) dan Wan Faysal].
Saya tahu dan sedar akan perkara itu menyebabkan saya menyimpan hasrat lain keti…

TOK JANGGUT

oleh Muhammad HumaidiPada ada 1 Mei 2015 yang lalu, aku dan Saufi telah turun meninjau situasi demontrasi membantah GST sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Kami menyertai kelompok rakyat  di sekitar Masjid Negara. Namun himpunan pada hari itu boleh dianggap sebagai tidak berjaya. Walaupun isu GST masih panas tanpa kebah, namun penyertaan agak kurang memberangsangkan. Mungkin kerana cuti tiga empat hari ramai yang pulang ke kampung.




Yang menarik perhatian aku, kebanyakkan peserta hari itu cuba menonjolkan Tok Janggut sebagai tokoh perjuangan menentang cukai. Tok Janggut atau nama sebenarnya Hj. Mohd Hasan bin Munas telah menentang British pada tahun 1909 kerana British telah memaksakan cukai yang melampau ke atas rakyat jelata.
Tok Janggut mendapat gelaran sebegitu kerana beliau mempunyai janggut yang panjang. Dan janggut itu juga lambang syiar keislaman buat beliau dan setiap muslim yang mengikut sunnah Rasulullah saw.
Disebabkan janggut ini telah menyebabkan aku mengingati kisah disebali…