Skip to main content

Posts

Showing posts from June 2, 2015

'International Conference on Orientalism Revisited: Beyond the Politics of East and West'

oleh Saufi Jelani


Pada 24 Mei lalu, saya menyertai seminar 'International Conference on Orientalism Revisited: Beyond the Politics of East and West' dianjurkan oleh the University of Nottingham. Saya bersama rakan2 'jaringan anak muda', Wan Mohd Wasif, M. Ridzuan, Nik Abdul Razak, M. Hamidi, Tofan Rahmat, dan Raja Ahmad Aminullah (Penulis buku 'The MindImprisoned'). Siri pembentangan termasuk tajuk, 'Orientalism to Islamophobia', 'Alternative reappropriation of Malcom X', 'Conceptual imperialism and academic dependency',  .. disampaikan oleh pembentang dari berbagai lapangan bidang termasuk Dr. Mehdi Zeiny, Prof. Dr. Syed Farid Alatas, Dr. Seyyed Javad Miri(Humanity Institute), Dr. Aisha Abdul Rahman(NUS), Dr. Azhar Ibrahim (NUS). Antara tajuk perbincangan yang sering tak saya lepaskan iaitu pembentangan Dr. Syed Farid Alatas, kerana kajian latihan ilmiah akhir yang lalu berkitar mengenai pengaruh kolonialism yang dikembangkan oleh Dr. M…

Acara Jejak Ilmuwan:Mencetak Muslim Profesional

oleh Wan Mohamad Wasif 

PMIUM telah menganjurkan acara Jejak Ilmuwan:Mencetak Muslim Profesional di Fakulti Perakaunan Universiti Malaya yang menampilkan 2 orang panel iaitu Profesor Dato Dr Fakrudin Mukti(mantan Duta Malaysia ke Mesir,pensyarah kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran APIUM) dan Dr Alinor Abd Kadir(ASASI,Akademi Kajian Ketamadunan(AKK).


Profesor Dato Dr Fakrudin Mukti
Profesor Dato Dr Fakrudin Mukti membangkitkan soal kehebatan ilmuan dahulu seperti Imam Syafii,Imam Al-Ghazali,Al Kindi dan bagaimana mereka menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti ilmu falsafah,tasawuf dan lain-lain.
Bagi beliau menjadi profesional merupakan satu kewajiban,amanah dan beliau mengharapkan lahirnya lebih ramai pakar-pakar dalam bidang tertentu.Ini menurut beliau selaras dengan tuntutan dan falsafah Iqra .
Beliau juga berkongsi kisah pengalaman bersama salah seorang guru beliau yang merupakan seorang pemikir iaitu Profesor Mahmud Ayoub yang menurut beliau meluangkan masa selama 16 jam untu…

Syarahan oleh Prof Emeritus Dato Dr Osman Bakar di Fakulti Sains Universiti Malaya

oleh Wan Mohamad Wasif 
Syarahan oleh Prof Emeritus Dato Dr Osman Bakar di Fakulti Sains Universiti Malaya sebentar tadi. Dikatakan beliau pernah mendapat "sentuhan" 3 gergasi ilmuwan seperti Prof Syed Naquib AlAttas,(allahyarham)Prof Ismail Faruqi,Prof Seyyed Hossein Nasr . Ilmuwan yang pernah dihargai di Amerika dan kini di Brunei.


Pernah memimpin dalam dunia aktivis gerakan NGO,pimpinan tertinggi akademik-pentadbiran universiti,"thinktank" dll Walaupun beliau bergelut dalam dunia akademik di Amerika-Jepun,hubungan antara pelbagai agama-dialog ketamadunan(sehingga pernah dikecam dalam isu Pluralisme )dll misalnya,beliau tetap kritis terhadap apa jua yang menafikan aspek moral,etika dan akhlaq. Dalam suatu syarahan beliau di APIUM sebelum ini beliau pernah memberitahu hadirin kepentingan memerhatikan Pengajian Islam di negara Jepun memandangkan lebih ramai yang memerhatikan perkembangan Pengajian Islam di Timur Tengah dan di negara negara Barat. Sahabat beliau Pro…

Perasmian NGO Christians for Peace and Harmony oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak .

oleh Wan Mohamad Wasif 

Perasmian NGO baru Christians for Peace and Harmony oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak . PM Najib dalam ucapannya mengajak semua rakyat untuk saling hormat menghormati ,
berkerjasama dan bertindak bersama dalam mewujudkan suasana yang aman dan harmoni di Malaysia. Bagi beliau perbezaan yang wujud tidak dapat dielakkan sepertimana dalam sebuah keluarga terdapat adik beradik yang berbeza pandangan. Namun begitu rakyat perlu mengiktiraf nilai umum yang disepakati bersama dan berkerja keras penuh keazaman untuk mempertahankan suasana aman damai di Malaysia yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama.
PM Najib mengatakan beliau berpegang kepada prinsip Wasatiyyah -moderate-sederhana dan meraikan perbezaan kepercayaan dan agama di Malaysia namun menjelaskan akan menentang para ekstrimis dalam setiap kelompok agama. Kelompok yang menyalahgunakan agama dan mempunyai pemahaman sempit mampu menggugat keamanan di Malaysia ini dan beliau berjanji akan meneruskan u…