Skip to main content

Posts

Showing posts from June 14, 2015

Belajar dari negara Norway

oleh Wan Mohamad Wasif
Di Kedutaan Norway pagi ini bertemu seorang wakil Kedutaan Norway yang saya hubungi melalui email sebelum ini. Dalam email kepada beliau saya menyatakan hasrat mahu mendapatkan maklumat berkenaan negara Norway khususnya berkaitan sistem pendidikan disana dan maklumat pembangunan negara Norway.
Beliau lantas meminta saya cadangan tarikh pertemuan dan kami akhirnya bertemu pagi ini di Kedutaan Norway yang terletak di Ampang Park. Sebelum ini saya telah mencari sedikit maklumat berkenaan negara Norway.Apa yang menarik perhatian saya sehingga menghantar email kepada Kedutaan Norway ialah apabila melihat rekod baik negara Norway dalam pelbagai Index dan laporan seperti UN Development Index,Legatum Prosperity Index,Corruption Perceptions Index(Transparency International 2014),
World Happiness Report 2013 dan
Democracy Index. Norway menduduki tangga teratas dan sangat cemerlang mengikut pelbagai Index tersebut. Bahkan dalam Democracy Index itu misalnya Norway dikatakan …

Orang Barat Lebih Beretika ?

leh Saufi Jelani ".. Aku pergi ke barat.Aku nampak Islam di sana.Tapi aku tak nampak Orang Islam. Aku pergi ke Timur. Aku tak nampak Islam di sana.Tapi aku nampak ramai orang Islam". - Syekh Muhammad 'Abduh
Semasa Kursus Pentadbir Muslim di Intan kami berbincang mengenai dominasi konsep etika barat dalam masyarakat timur. Antara yang saya timbulkan adalah bagaimana kita masyarakat Timur yang hidup dalam budaya Muslim ini dapat memahami/merasai hakikat realiti kehidupan barat ini sedangkan kita tidak pernah tahu, malah tidak pernah terdedah dengan dunia dan budaya barat. En. Roslan Abd. Jelani, mentor kursus kami menjelaskan budaya terbelenggu tersebut adalah kita tidak menjadi Muslim yang baik. Budaya buruk hinggap dalam masyarakat Timur yang dimaksudkan Muslim telah tertawan dengan falsafah hidup barat.
Ketika membelek catatan travelog rakan2 kembara antara petikan yang menggambarkan realiti masharakat barat di Eropah, ".. Sebulan lebih aku berada di Eropah, langs…

Perhimpunan dan sambutan ulangtahun ke 25 AMAN-Asian Muslim Action Network

Perhimpunan dan sambutan ulangtahun ke 25  AMAN-Asian Muslim Action Network telah diadakan di IDFR(Institute of Diplomacy and Foreign Relation) di Kuala Lumpur.Dengan tema ‘Towards A Justly Balanced Global Community’,para peserta dari pelbagai negara seperti Malaysia,Indonesia,Nepal,Myanmar,Kemboja,Thailand,Canada dan lain-lain berkumpul disini bagi menghadiri seminar,bengkel dan siri diskusi.


 Ini merupakan perhimpunan AMAN kali yang kelima selepas pertama kali sejak mesyuarat asas penubuhannya di Chiangmai,Thailand pada tahun 1990,tahun 2000 perhimpunan 1 di  Dhaka Bangladesh(tema:Culture of Peace),tahun 2003 perhimpunan 2 di Thammasat University,Bangkok (tema:The New version of Peace),tahun 2006 perhimpunan 3  di Islamic State University,Jakarta(tema:Reform and Resistance in the quest for Peace),tahun 2011 perhimpunan 4 di Prince  of Songkhla University,Pattani(tema:Multi Culturalism and Global Peace).

Perhimpunan AMAN kali ini dianjurkan AMAN dengan kerjasama  Global Movement of M…