Skip to main content

Posts

Showing posts from June 25, 2015

Sikap allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap 'non Muslim'

Ketika acara perasmian NGO Christian for Peace di KL baru-baru ini,saya dan Smile Zuan duduk bersama 2 orang wakil gereja Kelantan(Cina),2 orang wakil gereja Selangor(India) dan 2 orang wakil gereja KL(Cina). Wakil gereja Kelantan berkata kepada kami :"Makan sungguh-sungguh,Tok Guru kata tak baik membazir" Lalu beliau membuka pelbagai kisah pengalaman beliau bersama allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut beliau pernah satu ketika wakil-wakil gereja KL datang ke Kelantan untuk bercuti dan mengetahui kehadiran mereka,Tok Guru bertemu mereka dan menjamu mereka makan. Dan kata beliau lagi dalam satu acara jamuan bersama sama wakil ketua agama Kristian,Buddha,Hindu dll,Tok Guru enggan makan lebih awal mengikut jadual program kerana menghormati para sami yang hanya mahu makan selepas jam 12 tengahari dan Tok Guru sebaliknya mahu makan bersama sama mereka ramai ramai selepas jam 12 tengahari.

Tan Sri Dr Jeffrey Cheah

oleh Wan Mohamad Wasif

Saya sempat hadir (bersama Saiful Ridwan yang menjual buku IRF-IBT dll) ke acara forum berkaitan dilema kepimpinan Melayu anjuran Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia
(menampilkan Dr Farouk Musa,Dato Saifuddin Abdullah dll),di Sunway University. Turut hadir di acara forum ini ialah Tan Sri Dr Jeffrey Cheah,pengasas dan pengerusi Sunway Group. Sunway Group ini merupakan antara "gergasi" dunia hartanah dan ia bertanggungjawab menguruskan Taman Tema Sunway Lagoon dan Pusat membeli belah Sunway Pyramid serta membangunkan Bandar Sunway. Tamat acara forum saya mengajak Saiful Ridwan untuk bertemu ,bersalaman dan bersembang sebentar bersama Tan Seri Jeffry Cheah.Sebelum ini saya pernah bertemu beliau di satu acara perasmian NGO baru namun tidak berkesempatan bersembang dengan beliau. Sambil bersalaman dan bergambar,saya memberitahu beliau saya mengikuti perkembangan "empayar perniagaan" Sunway dan kagum dengan beliau yang banyak menyumbang jug…

Jihad ilmu vs ISIS

Sahabat Palestin yang sering menghadiri pelbagai acara sekitar Kuala Lumpur dan boleh berbahasa Melayu itu juga berkongsi hasil penyertaan beliau ke satu acara berkenaan ISIS. Beliau memberitahu saya Malaysia dan universiti-universiti disini perlu berhati-hati dengan pengaruh ISIS dalam kalangan pelajar Malaysia disini.Beliau mengajak saya melihat pelbagai komen pelajar Malaysia di Facebook yang dilihat seolah-olah menyokong ISIS. Bagi beliau sepatutnya pelajar pelajar di Malaysia memberi fokus kepada pencapaian akademik cemerlang dan mendapat keputusan terbaik dalam pembelajaran mereka dan ini juga dikira sebagai satu jihad dan mereka yang berjihad ilmu ini juga dikira sebagai mujahid. Ini juga selaras dengan apa yang diungkapkan oleh salah seorang
Imam Masjid al Aqsa yang menyampaikan satu syarahan di Universiti Malaya sebelum ini dimana menurut beliau keutamaan jihad umat islam di Malaysia sekarang ini ialah jihad ilmu dan menguasai ilmu sebanyak mungkin. Sahabat Palestin itu menga…

Bersama Dr Abdul Karim Abdullah @ Leslie Terebessy (IAIS)

Di acara di IAIS semalam dan hari ini,sempat bersembang lama dengan penulis Abdul Karim Abdullah @ Leslie Terebessy (IAIS) yang setiap kali bertemu tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman hidup beliau.
Kebetulan saya baru membaca tulisan beliau dalam buletin IAIS yang sangat menarik(free) lalu saya bertanyakan beliau berkenaan artikel tulisan beliau. Beliau yang sangat kritis sentiasa menggalakkan para pelajar untuk BERANI BERTANYA soalan kepada para guru-pensyarah(tanpa mengabaikan keperluan menghormati guru-pensyarah). Beliau juga mengkritik cara pengajaran yang mana guru hanya bersyarah-bercakap dan anak murid hanya mendengar semata-mata. Menurut beliau guru perlu memberi peluang kepada anak murid untuk MEMBENTANG IDEA-PEMIKIRAN mereka juga sambil guru menambah -mengulas pandangan mereka dan memantapkan apa yang patut.Beliau sewaktu di USIM akan memastikan anak muridnya diberi peluang untuk mengadakan pelbagai sesi PEMBENTANGAN oleh anak muridnya didalam kelas disamping menghidu…