Skip to main content

Posts

Showing posts from August 9, 2015

Pengurusan Syarikat, Perniagaan dan Masalah Mindsettings.

oleh Effendy Zulkifly


Pengurusan Syarikat, Perniagaan dan Masalah Mindsettings.

Mengurus syarikat juga perlukan disiplin ,standard operation procedures (S.O.P) , key performance indicators (K.P.I), business plan (B.P) dan perlu faham organizational behaviour dengan teliti dan sebenar-benar faham dan jelas. Perniagaan kita perlu handle dengan serius dan tahap international sekalipun company kita kecil, baru bertapak. Kita kena bekerja kuat, berfikir besar dan bertindak bijak. 

Masalah orang kita, apabila berniaga, lebih relax dari orang yang makan gaji. Semasa makan gaji kerja 8 jam sehari, bila berniaga kerja pula jadi 4 jam sehari dan lebihkan tidur. Kalau nak berniaga tak boleh tahan dengan tidur yang kurang, tak boleh tahan meeting lama sikit dengan orang, muka tak boleh senyum, bila jadi bos sombong, bila kaya kedekut sedekah, dengan staff tunjuk muka kerek@berlagak, belum cerita skandal lagi tu dengan secretary, semua ini adalah penyakit hati dan rohani dalam dunia korporat. 

Menguru…

Cerita saya dan kedai buku.

oleh Effendy Zulkifly
Cerita saya dan kedai buku.

Pada pagi Jumaat yang berkat ini saya berdoa untuk memiliki sebuah Kedai Buku yang lebih hebat dari Kinokuniya.

Kedai buku saya itu nanti bukan sekadar jual buku yang kaku, tetapi akan ada acara diskusi buku,ulas buku, cabutan bertuah buku dan speaker corner atau sudut pidato ulas buku. 

Kedai buku saya juga ada cafe khas berwifi untuk ulat-ulat buku baca buku dan survey buku sambil minum dan makan. Juga disediakan studio khas untuk TV online review buku yang boleh diviralkan di internet.

Kedai buku saya ini juga akan dibuka 24 jam seperti 7E. Penulis buku juga akan diminta setiap minggu untuk hadir membuat promosi buku mereka di kedai buku saya. Buku-buku rare dan tiada di pasaran juga dijual di kedai buku saya.

Muzik-muzik instrumental klasikal agung juga akan dimainkan dalam kedai supaya dapat "feel" seperti zaman renaissance England seperti Library Oxford dan Cambridge.

Mungkin saya akan buat interior design ikut tema English di…

Mind setting startup ,pembentukan usahawan sosial dan events oriented mentality.

oleh Effendy Zulkifly Saya melihat mind setting startup, pembentukan usahawan sosial muda menjadi trending yang sangat aktif dan popular masa kini di Malaysia. Pendekatan banyak agensi kerajaan dengan niat yang positif untuk membantu usahawan-usahawan muda dan baru dengan menawarkan pelbagai pembiayaan kewangan. Saya pula melihat methods pembentukan usahawan ini perlulah menekankan aspek berdasarkan keperluan dan "profiling" asnaf itu sendiri.

Pembasmian kemiskinan melalui program kemiskinan asnaf zakat juga harus dipertingkatkan. Isu poverty / kemiskinan ini tidak pernah susut malahan bertambah sejajar dengan pertambahan dan kenaikan harga minyak, barang keperluan. Program startup yang kelihatan mewah dan terlalu banyak bersifat motivasi semata-mata bagus, tapi tak perlu terlalu banyak sehingga ianya jadi "events oriented". Yang untung nanti hanya "events organizer".

Yang penting dapatkan profiling asnaf, usahawan dan berikan solution based sampai ke tahap…

Intelektual Masyarakat Membangun

oleh Saufi Jelani
Ulasan 'Revolusi Mental' yang ditulis oleh sekumpulan ahli akademik termasuk Datuk Othman Taib... dan diselenggara oleh Datuk Senu Abdul Rahman mengemukakan beberapa konsep dan berkehendak supaya disegerakan pelaksanaannya dalam masyarakat Melayu. Antara tema2nya termasuk, 1. Kemajuan Ekonomi
2. Bahasa, peribahasa dan Istilah
3. Bangsa Melayu dan bangsa lain 
'Revolusi Mental' diterbit pada 1971 dibawah selenggaraan D Senu Abd. Rahman kumpulan tulisan 7 orang ahli akademik. Buku ini mendapat perhatian dan galakan dari Perdana Menteri Tun Abdul Razak (ayah PM sekarang, DS Najib) melalui kata pengantarnya.
Sebagai menjawab idea2 yang diketengahkan dalam 'Revolusi Mental', Prof. Dr. Syed Hussein Alatas menjelaskan pandangan sosial beliau;
Antara perkara/topik berkaitan tajuk; 1. Kaum Intelektual dan Revolusi orang pandir
2. Bebalisme dan Rasuah (Jadong dan maling)
3. Kepimpinan (penguasa) dalam Masyarakat Membangun - Cita Bencana
4. Mitos Peribum…

menangislah, tanahairku ....

 oleh Raja Ahmad Aminullah

menangislah, tanahairku
menyaksikan suasana muram durja
kesedihan yang terpancar
lelucon dan sinisme bermaharajalela
dalam perbualan dan di alam maya
serta wilayah berpenghuni para pembebal




menangislah tanahairku
menyaksikan seribu kerakusan
yang sukar dimengerti
dilakonkan para watak
yang fasih mengucapkan idiom agamawi menangislah, tanahairku
menyaksikan tindak-laku
yang mungkin memalukan machiavelli
baik dan jujur dinisbikan
para petualang yang tetap memberi salam menangislah tanahairku
ketika amarah kian membuak
fitnah dan pembohongan sama maraknya
para elit dan cukong berpestapora
rakyat jembel dikelirukan
sebagian pula diamankan menangislah, tanahairku
nama yang terbina sekian lama
kini diketawakan di pelbagai forum
dicarik-robek para pengemudi bahterabahtera
yang mengaku bertindak
atas pelbagai kepentingan dan agenda menangislah tanahairku
menyaksikan para elit bergentayangan
dari pelbagai belah
dan sang intelektual mencelah
hanya untuk mengabsah menangi…

Dunia ini penuh politik...

oleh Wan Mohamad Wasif

Biarkan sahaja yang minat politik,masuk parti politik,dah minat mereka nak buat macam mana,kan. Yang tak minat politik,tak payahlah masuk parti politik.Dan tak payahlah nak buat "eksperimen" lompat parti ke parti.




Dalam dunia ini banyak lagi lapangan yang boleh kita ceburi ,bukan semata-mata parti politik sahaja. Apapun kesedaran dan celik politik tetap mesti ada samada kita minat politik atau tidak. Dunia ini penuh politik..... Ada sahabat saya dah masuk parti politik ,ada yang merancang akan masuk parti politik akan datang (dan sedang memberi fokus kepada hal-hal lain terlebih dahulu sebelum meneruskan minat menyertai parti politik akan datang) Selamat maju jaya saya ucapkan buat mereka(dengan satu pesanan " tak payahlah sibuk habiskan masa dengan makihamun parti lain/pihak lawan nanti ya") Sementara itu kita kuatkan dahulu jaringan kelompok yang memilih terjun dalam bidang selain parti politik seperti kelompok pencinta seni budaya,bahasa …

Bersama sahabat Kazakhtan

Sahabat dari Kazakhtan(phd UM,geng Gulen) adakan temubual lebih 1 jam untuk kajian.penyelidikan beliau berkenaan Islam dan Liberalism (geran kerajaan Kazakhtan) . Beliau ingin mengetahui setakat mana pengaruh Islam dan liberalism di Malaysia,penerimaan terhadap konsep Pluralisme ,hubungan agama-negara,corak pemikiran Islam di Malaysia khususnya dalam kalangan ngo Islam dan termasuk pengaruh salafi/sufisme/gerakan -persatuan-institusi seperti ABIM,IKRAM,IRF,SIS,IDEAS,ISMA,PERKASA,PEKIDA,JAKIM,Majlis Fatwa Kebangsaan dan corak pemikiran Islam UMNO,PAS,PKR dll.


Beliau sedikit terkejut dengan penolakan ngo tertentu terhadap liberalisme,pluralisme ,menyatakan bahaya aliran salafi(kerajaan Kazakhtan lawan habis-habisan),dan menegaskan kepentingan melawan pemikiran seperti hukuman mati terhadap orang yang murtad,konsep khilafah,negara Islam,dan tafsiran sempit terhadap syariat. Menurut beliau pasca kejatuhan Soviet Union,perkembangan Islam pesat di Kazakhtan walaupun pendekatan Islam disana…