Skip to main content

Posts

Showing posts from September 22, 2015

Wacana Alternatif

oleh Saufi Jelani
Dominasi perbincangan di kampus2 masih terbatas berlegar sekitar skop yang terhad. Sebagai contoh berkait sejarah Islam, adakah nama2 seperti Sultan Nuruddin Zanki, Sultan Salahuddin Al-Ayyubbi, Amir Hamzah*. Pengembara Muslim seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Batutta, Sharif Al-Idrisi, Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina, Imam Al-Bukhary, Imam Al-Ghazali. Adakah sumber ini menjadi inspirasi rujukan penting dalam pengajian kita. 
Menurut Dr. Azhar Ibrahim kajian di universiti berkitar mengulangi kurikulum 10-20 tahun lepas.
*Saidina Hamzah b. Abd. Mutalib, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w Dunia keilmuan dalam pengalaman Islam bermula sejak dari lingkungan remaja, para cendekia Muslim telah membentuk kecintaan terhadap dunia ilmu dengan mendapat pendedahan luas. Pengajian tinggi juga wajar terdedah dengan pengalaman menuntut ilmu sebagaimana sedemikian. 
Dalam persatuan Islam sering merujuk kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda dididik dengan pendedahan pada dunia …

Dr. Burhanuddin Alhelmi (1911-1969)

oleh Saufi Jelani
Dr Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Noor lahir pada 28 Ogos di Kota Baru, Changkat Tualang, Ipoh, Perak. Mendapat pendidikan awal di SA Sg. Jambu, Sumatera Barat. Kemudian mempelajari ilmu perubatan homeopati (ijazah) dan falsafah dari Universiti Aligarh di India. 
Dr. BA pernah mengajar bahasa arab di Madrasah al-Junied, Sekolah Menengah Islam di Singapura pada 1937 - 1940. 
Sebagai pengarang majalah 'TamanBahagia', dunia persuratannya menjadi platform mengetengahkan idea Islam dan nasionalisme. Selepas kemudiannya dilantik sebagai penasihat budaya semasa pendudukan Jepun (1941- 1942). Beliau berkongsi ide Melayu atau Indonesia Raya bersama Sukarno dan Mohd Hatta semasa pertemuan mereka di Taiping, Perak pada 1945.
Beliau aktif dalam perjuangan kemerdekaan melalui pemikiran islah Kaum Muda dan Sarekat Islam. Beliau juga mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi, Ali Jinnah dan Pandit Nehru merupakan pemimpin kemerdekaan India. Terlibat  dalam gerak…

Intelektual Malaysia

oleh Saufi Jelani
Pandangan Prof. Dr. S.H.Alattas terhadap idea 'Revolusi Mental' yang dikemuka Intelektual Malaysia pada 1970 :-
1.  Buku ini membingungkan dan menyebarluaskan pandangan negatif terhadap pemikiran rasional. Memberi kefahaman salah tentang konsepsi kepahlawanan, bangsa Melayu, teori evolusi dan banyak masalah lain.
2. Inilah akibat yang menonjol sekali kerana tidak adanya kelompok Intelektual. Tragedi daripada situasi ini dipengaruhi oleh 'bebalisme'. 
3. Permasalahan orang Melayu meluas disebabkan pemimpin dan masyarakat dikuasai oleh orang bebal dan 'pandir'.
Pandangan Raja Ahmad Aminullah terhadap kaum Intelektual :-
".. Kalangan cendekiawan kita pasti mempunyai ide-ide yang baik dan bernas untuk memajukan masyarakat ini.
".. kalau benar Intelektual kita ketandusan ide, kalangan cendekiawan tidak mempunyai ide-ide yang baik dan bernas untuk memajukan masyarakat ini.
Ia hanya mengesahkan pandangan ramai bahawa Intelektual kita b…

Hak seni dan budaya?

Selangor ada Institut Darul Ehsan.

Sempat hadir acara ini semalam.



Antara yang hadir ialah Prof Shahril Md Zin,Dr Alinor Kadir,Dinsman,Dato A Samad Said,Dr Syed Husin Ali,Pak Yassin Salleh,Pak Chong,Haslina Usman Awang,dan lain-lain.

Majoriti yang hadir ini ialah para seniman,budayawan,intelektual yang banyak berjasa kepada negara dan masyarakat samada melalui penulisan penyelidikan akademik,teater,drama,puisi dll.

Tahniah buat Institut Darul Ehsan dan PAKSI.

Perjuangan Seni dan Budaya perlu diberi perhatian serius oleh pimpinan kerajaan Selangor Darul Ehsan.

Hak Seni dan Budaya

Berikan hak itu kepada para seniman,budayawan,intelektual.

Hormati pandangan mereka.

Permudahkan urusan acara seni dan budaya.

Masyarakat kita perlu diperkasakan dengan pelbagai bentuk acara seni dan budaya.

Peruntukan kewangan perlu juga disalurkan untuk program-program seni dan budaya.

Kembara Jaringan Anak Muda di Paroi,Negeri Sembilan (seminar manuskrip Melayu)

Kembara Jaringan Anak Muda di Paroi,Negeri Sembilan bersama Saufi JelaniSmile Zuan menghadiri acara seminar penyelidikan manuskrip Melayu anjuran ATMA Institut Alam dan Tamadun Melayu .

Tahniah buat ATMA khususnya sahabat saya,Bazri yang menjadi SU bagi seminar besar ini.


Seminar ini mendedahkan peranan tokoh ilmuwan silam dan karya-karya mereka.

Dalam keghairahan kita mengkaji pelbagai ilmu,usah kita abaikan sumbangan dan jasa tokoh-tokoh di alam Melayu ini juga.

Generasi muda khususnya perlu meluangkan masa untuk mendalami khazanah "nenek moyang" kita juga dan tidak sesekali menghina dan menyindir ilmu generasi terdahulu.



Namun pada masa yang sama reformasi pemikiran,gerakan pembaharuan,pencerdasan penafsiran tetap perlu digerakkan demi kesegaran pemahaman kita.

Sambutan hangat dari khalayak termasuk yang datang dari Acheh,Singapura dll.

Penutup oleh Undang Luak Sungai Ujung.

Dalam bilik penginapan pada malam harinya,kami adakan diskusi buku allahyarham Prof Syed Huss…

Catatan acara BAHTERA

19 Ogos 2015,program BAHTERA di KLCC anjuran Kementerian Kewangan .

Terima kasih buat Coach Effendy Zulkifly sahabat sekembara "pejuang ASEAN" "tokoh muda keusahawanan sosial" yang memberi saya peluang berkongsi pengalaman kembara Jaringan Anak Muda di acara BAHTERA di Pusat Konvensyen KLCC.




Slot khas beliau 2 jam tetapi beliau sudi memberi peluang kepada saya,Albark,Coach Rozy dan Ahmad Zahir berkongsi pengalaman masing-masing.

Saya berkongsi sedikit tentang buku "Anak Muda di Peta Dunia" terbitan Jaringan Anak Muda (koleksi catatan kembara geng Jaringan Anak Muda ke pelbagai negara.Terima kasih khusus buat Dato Jaafar Rahim yang sentiasa menggalakkan kami menulis) yang baru dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan ,Kementerian Kewangan ,Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah pada acara BAHTERA semalam.

Sempat juga saya berkongsi tentang ASEAN dan Turki.(walaupun sebenarnya datang acara BAHTERA sebagai seorang peserta)

Bukan sahaja Amerik…

CEO Celcom Axiata Berhad,Dato' Sri Shazalli bin Ramly

CEO Celcom Axiata Berhad,Dato' Sri Shazalli bin Ramly pada acara BAHTERA mengesahkan bahawa rakyat Malaysia antara pengguna terbanyak Facebook(berjam-jam melayari FB,berdebat,melontar komen dll) .


Malangnya kata beliau bumiputera pengguna Facebook lebih cenderung menggunakan Facebook untuk tiga perkara berikut iaitu:-

1)Gosip
2)Politik
3)Makanan

Beliau mengharapkan bumiputera lebih memanfaatkan Facebook untuk hal-hal keilmuan pendidikan KEUSAHAWANAN.

Tan Sri Azman Mokhtar(Chief Executive Officer and Director of Khazanah Nasional Berhad)

Tan Sri Azman Mokhtar(Chief Executive Officer and Director of Khazanah Nasional Berhad) pada acara BAHTERA memetik sajak allahyarham Usman Awang dan mengatakan bahawa khazanah intelektual Melayu dan apa yang berteraskan ajaran agama -falsafah sangat bernilai dan wajar dijadikan pegangan buat para usahawan yang mahu berjaya.



Hebat tak hebat Khazanah National ,antara syarikat gergasi yang punya kaitan dengan Khazanah Nasional ialah Proton, MAS, Kumpulan UEM, Telekom Malaysia, Pos Malaysia, Tenaga Nasional,Astro dan banyak lagi.

Baca sahajalah "The Khazanah Report 2014" di laman web (tkr.khazanah.com.my/2014/khazanahmobile/)

Dan yang menarik juga Khazanah Nasional sama sekali tidak lupa "melabur" dalam pendidikan,kebajikan dan kemanusiaan.

Kenalan baruku finalist Miss Universe Malaysia-pemenang 2 anugerah Miss Asia

Sedang berjalan pulang dari satu acara ASEAN menuju ke lrt KLCC saya ditegur sapa oleh seorang makcik berpakaian ala datin dan memakai intan -berlian.

"Kamu yang dari kedutaan Indonesia itu ya?",tanya beliau.

Beliau tersilap orang dan katanya muka saya sama seperti kenalan beliau di kedutaan.



Kami bersembang lama dan beliau mengajak saya singgah ke booth beliau di acara Malaysia International Jewellery Fair keesokan hari.

Keesokan harinya selepas tamat acara berkaitan ASEAN,saya singgah sebentar ke Malaysia International Jewellery Fair dan ke booth makcik Indonesia itu(dan sempat sebentar ke seminar berkaitan permata)

Rupa-rupanya makcik itu merupakan pemilik kedai berlian antara yang terbesar di Jakarta,Indonesia dan pernah terlibat dalam acara majlis pernikahan anak PM .

Beliau dan abangnya menceritakan betapa susahnya proses "menternak" tiram dan mendapatkan sebutir intan-belian-mutiara.Proses mendapatkan ia di lautan cukup cukup payah.Dan ma…

Future !

Pertemuan dengan pakar perancangan masa depan yang dengan usianya yang semakin meningkat sudi berkongsi pengalaman dan mencurah pelbagai ilmu demi kelahiran generasi masa depan yang jauh lebih baik daripada generasi mereka.

Menganalisis segala analisis .





Membayangkan segala kemungkinan.

Memerhati apa jua perkembangan.

Memikirkan perancangan dan strategi kepemimpinan anak muda generasi baru yang tidak tenggelam dalam apa jua krisis kepimpinan yang berlalu dalam negara dan tetap fokus kepada usaha-usaha membangun diri,masyarakat ,bangsa dan negara.

Bagaimana mengatur dan mempengaruhi politik negara masa depan walau tidak semestinya terjun ke arena politik kepartian masa kini?

Bagaimana memastikan sahabat-sahabat kita menguasai kedudukan strategik kepimpinan masa depan mulai dari perancangan dan strategi masa kini?

Betapa pentingnya membina pelbagai jaringan kekuatan dalam bidang fokus yang berbeza yang bakal dimanfaatkan untuk kejayaan misi jangka panjang.

Betapa p…

Syarahan oleh Tan Sri Rafidah Aziz di UM

Tan Sri Rafidah Aziz berkongsi pengalaman luas beliau dan menyuntik motivasi kepada anak muda.



Antara anak murid Tan Sri Rafidah Aziz(pernah menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi,Universiti Malaya) ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Luas pengalaman beliau yang pernah berkhidmat sejak di zaman pemerintahan allahyarham Tun Abdur Razak dan Tun Hussein Onn ketika masih muda lagi.
Beliau mengharapkan anak muda Malaysia berfikiran global dan cuba mendapat pengiktirafan antarabangsa.Untuk ke arah tersebut anak muda perlu keluar dari zon selesa dan berani bersaing serta melakukan perubahan dalam pemikiran.

Beliau juga mengharapkan Universiti Malaya terus cemerlang di peringkat dunia dan tidak sekadar menjadi "jaguh kampung" semata-mata dan hanya berbangga bersaing dengan universiti-universiti di Malaysia sahaja.Universiti Malaya kata beliau perlu meraih kedudukan tertinggi di peringkat dunia dan berani bersaing dengan universiti-universiti d…