Skip to main content

Posts

Showing posts from September 29, 2015

Tun Dr Mahathir Mohamad

Pemikiran ,idea ,jasa,sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad wajar dikaji generasi muda Malaysia. Ketika kembara saya seorang diri selama 3 bulan di Mesir(travelog Mesir saya belum ditulis lagi),saya berjumpa seorang pakcik Mesir yang apabila mengetahui saya dari Malaysia ,beliau berkata "Kalau saya dapat anak lelaki,saya akan namakan dia Mahathir Mohamad !"

Selepas peristiwa pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim,Tun Dr Mahathir banyak dikutuk,dicerca,ditohmah,dihina dll sehingga segala jasanya seolah-olah dinafikan oleh sesetengah pihak.Bahkan sehingga kini ada anak muda Malaysia yang membenci beliau. Kepada anak muda Malaysia yang masih membenci beliau ,saya(yang juga tidak dinafikan memang mengkagumi Dato Seri Anwar Ibrahim)nasihatkan agar lebih rasional dan membuat sedikit bacaan dan penyelidikan tentang jasa-jasa Tun Dr Mahathir.
(Disarankan ke perpustakaan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya) Beliau sudah berusia lebih 90 tahun dan dalam siri ucapan beliau sejak akhir-akhir…

Mahathir Global Peace School

oleh Irad Narakuya

Di acara keynote address Mahathir Global Peace School oleh Perdana Global Peace Foundation kemarin, sempat berfoto dengan 3 orang ternama. 1. Yang pertama Tun Dr Siti Hasmah (Istri Tun Dr Mahathir Mohamad), yang selalu hadir menemani sang suami tercinta di setiap kunjungan kerja beliau. Begitu dikenalkan sebagai Mahasiswa dari Atjeh, Tun bertanya mengenai keadaan sekarang disana. Lantas saya menjawab bahwa keadaan di Atjeh telah berangsur2 pulih, kami semua berusaha sekuat tenaga untuk mengawal pembangunan dan perdamaian pasca Tsunami dan Perjanjian damai Indonesia-GAM. Lalu Tun bertanya lagi, "apakah kapal besar yang di atas rumah itu masih ada?". Saya jawab lagi, "ya Tun, itu sebagai memorial dan peringatan akan Tsunami sebagai bencana sekaligus rahmat bagi Rakyat Atjeh" 2. Yang kedua, Dr H. Abdul Mu'ti, Sekjen PP Muhammadiyah periode 2015-2020. Dalam public lecturenya, beliau menceritakan tentang perlunya membangun "inclusive society…

Eid Adha: Cinta, Pengorbanan, Kenikmatan dan Keikhlasan

oleh Irad Narukaya
Kala tetesan air mata Ibrahim jatuh menyaksikan keteguhan iman anaknya Ismail, kala itulah sejarah agung tercipta (Makna sebuah pengorbanan) Setiap satu helai rambut kurban adalah satu kebaikan. Tebarlah kebaikan di hari agung ini Kurban adalah pertanda cinta, cinta kepada sang Khalik dan cinta kepada sesama Ya Allah, jadikanlah setiap helaan nafas kami sebagai bukti cinta kepada Mu, dan pengorbanan kami sebagai bukti kami mendekati Mu. Semoga hari hari kita semua kelak dipenuhi kelezatan, selezat daging kurban. Imanmu diberikan keteguhan, seteguh ismail. Dan hidupmu dipenuhi bimbingan layaknya Ibrahim sang kekasih Tuhan Berkurbanlah sekecil apapun itu karena bukan anda atau mereka yang memberi pahalanya melainkan Dia Namun ingat, bukan kambing atau sapi yang menjadi esensi dari kurban tetapi tawadhu (kerendahan hati) dan keikhlasan, itulah makna kurban yang sebenarnya Selamat hari raya idul adha 1436 hijrah nabi, dan ingatlah firman Allah, “maka dirikanlah shalat k…

World Communication Forum Kuala Lumpur

oleh Wan Mohamad Wasif

Saya berpeluang menghadiri acara World Communication Forum Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC.




World Communication Forum ini asalnya diasaskan di Davos pada tahun 2010 dan penganjuran acara World Communication Forum Kuala Lumpur dengan tema ‘Communication World:Changes,Challenges and Chances’ ini merupakan yang pertama kali diadakan di Asia. Panel pembentang pada acara ini terdiri daripada pakar-pakar komunikasi dari seluruh dunia seperti dari negara Amerika Syarikat,UK,Turki,India,Russia, Ukraine, Portugal,Singapura dan Malaysia sendiri. Saya tidak sempat hadir pada hari pertama yang menampilkan Paul Holmes (Founder and CEO of the Holmes Report and PR Guru,beliau diiktiraf sebagai PR Industry guru and the most influential public relations figure globally) dan Allan Mayer (Crisis Communication Expert and Hollywood Spin Master,beliau terlibat membantu Johnny Depp,Eminem,Snoop Dogg,Steven Spielberg dan filem A Beautiful Mind ,The Da Vinci Code) dan juga sesi pemb…