Skip to main content

Posts

Showing posts from September 30, 2015

Korea dulu belakang Malaysia

Sahabat Korea baru tiba dari Paris dan hanya satu hari di KL dan kami sempat bertemu di KL Sentral .
Aktivis belia Korea ini pernah mengikuti pertukaran pelajar projek Window to Malaysia sebulan di Universiti Malaya dan kami bersama-sama mengikuti program budaya Malaysia-Korea di UM. Beliau pernah ke Ankara ,Turki dan bertemu adik saya yang belajar disana.



Beliau kini aktif dengan NGO anak muda dan pada masa yang sama berkerja dibawah kementerian dan menguruskan acara pertukaran pelajar/budaya.
Menurut Albark yang pernah mengikuti acara pertukaran budaya di Korea,Korea mempunyai siaran tv belia sendiri.
Korea dahulu sama taraf/kurang membangun berbanding Malaysia bahkan pemimpin mereka dahulu banyak belajar dari Malaysia pimpinan allahyarham Tun Abdur Razak dahulu.
Bahkan Korea pernah menghantar para pegawainya mengikuti kursus pentadbiran di INTAN dan kini INTAN pula yang menghantar para pegawai kerajaan Malaysia ke Korea.
Korea kini jauuuuuuuuuh meninggalkan Malaysia?

Kenapa yo ?

NGO suku parti politik suku

Harap aktivis NGO tak payah ghairah sangat menyibukkan diri dalam usaha penubuhan parti baru.Biarkan orang parti politik buat kerja parti politik.
Kalau nak buat kerja parti politik,tinggalkan NGO dan istihar masuk parti politik pilihan masing-masing.Takut-takut sibuk urusan parti politik dan terabai urusan NGO.Bantu dari segi idea -pemikiran ok ,lah.Ke macam mana?



Jangan sangka NGO tidak memiliki "kuasa rakyat" dan seolah-olah "kuasa rakyat" hanya bergantung kepada parti politik.
Untuk "kesihatan" sebuah negara kita perlu menguatkan NGO-institusi rakyat-masyarakat madani.
NGO suku parti politik suku

jaringan anak muda dalam hal keusahawanan/perniagaan,pendidikan/keintelektualan-misi kemanusiaan/kebajikan-seni budaya ,bahasa-sastera

Kita memerlukan jaringan anak muda/belia yang aktif dalam hal keusahawanan/perniagaan,pendidikan/keintelektualan-misi kemanusiaan/kebajikan-seni budaya ,bahasa-sastera dll bagi mengimbangi kewujudan kelompok anak muda/belia yang aktif dalam politik kepartian.



Sekian lama kita ditonjolkan dengan "kehebatan" kelompok anak muda/belia yang aktif dalam politik kepartian .
Kita kadangkala dihidangkan dengan terlampau banyak cerita/berita/kisah politik kepartian dan kadangkala menyebabkan generasi baru dalam politik kepartian tetap meneruskan politik lama dan mengulangi kesilapan generasi lama dalam politik kepartian.
Ini pastinya merugikan negara kita .



World Scholar"s Cup Global Round

Hadir acara penutup World Scholar"s Cup Global Round .
Malaysia sebagai tuan rumah untuk acara kali ini yang menurut pengasasnya,Daniel Berdichevsky menampilkan seramai 2700 pelajar daripada 40 negara dan ia dikatakan sebagai "the largest Global Round in World Scholar's Cup history".
Majoriti peserta dari sekolah-sekolah antarabangsa/sekolah swasta dari seluruh dunia dan antara yang mewakili Malaysia ialah MRSM dan ternyata MRSM mengharumkan nama Malaysia dengan beberapa wakilnya mendapat pingat mengalahkan para peserta lain dari seluruh dunia.
Tahniah MRSM.




"The idea behind the World Scholar’s Cup was to create something different than traditional academic competitions and conferences: a celebration of the joy of learning, a tournament as rewarding for the team that came in last as the for the team that came in first, an enrichment opportunity that motivated students not just to demonstrate their existing strengths but to discover new ones."

Syarahan Imam Feisal Rauf

Saya berkesempatan hadir ke syarahan Imam Feisal Rauf anjuran IAIS baru-baru ini.Sebelum ini PKPIM pernah menganjurkan syarahan oleh Imam Feisal Rauf yang diadakan di UIA PJ.Ketika itu Dato Fauzi dari Cordoba Initiative memaklumkan kepada saya yang ketika itu bersama PKPIM tentang kehadiran Imam Feisal Rauf ke Malaysia dan minatnya untuk bertemu dan berdiskusi dengan anak-anak muda Malaysia.Lantas saya segera memaklumkan kepada pimpinan PKPIM yang segera bertindak pantas untuk mengatur dan menguruskan sesi syarahan tersebut.


Dalam syarahan Imam Feisal Rauf di IAIS,beliau menyentuh aspek hak-hak kemanusiaan dan memaklumkan projek terkini beliau bersama beberapa orang tokoh(antara nama yang beliau sebut ialah  Prof Ali Mazrui dan juga Prof Recep Senturk dari Turki,saya pernah bertemu dan menghadiri satu program bersama Prof RecepSenturk beberapa tahun yang lalu di Istanbul dan bagi saya penguasaan beliau terhadap beberapa cabang ilmu cukup mendalam)
Imam Feisal juga mengupas hubungan anta…

Menghapuskan' wacana permusuhan

Apabila bersembang berdiskusi dengan kawan2 tentang kepentingan 'menghapuskan' wacana permusuhan seperti sunni vs syiah,sufi vs salafi dll,selalunya akan dibangkitkan isu (khususnya sunni vs syiah) persoalan seperti

-'agak sukar kerana ia dah berlarutan bertahun2 lamanya'
-'jangan mimpilah,dah ramai tokoh yang cuba lakukan tapi gagal' dll

Sewajarnya generasi muda khususnya meletakkan sedikit(kalau bukan sebanyak ) optimis dan berusaha menggalakkan lebih ramai anak muda supaya 'mematikan' menghapuskan' 'menutup' wacana2 permusuhan tersebut.



Tapi agak malang juga memandangkan ramai juga anak muda yang masih meneruskan wacana usang lagi tidak membangunkan ummat sedemikian akibat 'terhasut' 'terpedaya' termakan pujukan' apa yang dipanggil 'guru'2 'ustaz2' tok guru2' mereka dan yang masih terpaku kepada teks2 lama,mengitar semula pelbagai isu lama,tenggelam dalam perbahasan lama,akibat membaca secara tidak krit…

Isi penting syarahan 3 Profesor

oleh Wan Mohamad Wasif 

Saya sempat menghadiri acara  syarahan oleh Prof Dr Syafii Maarif(Indonesia) Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak(Malaysia) dan mengadakan pertemuan dengan Profesor Dr Wan Mohtar Wan Yusoff (Malaysia).

Antara isi penting hasil penyampaian mereka yang saya boleh simpulkan disini ialah :-

Prof Dr Syafii Maarif 


1)Kepentingan membawa pendekatan universal Islam,moderat,inklusif
2)Perlu tetap menjaga persaudaraan dan 'berbeza dalam persaudaraan dan bersaudara dalam perbezaan'
3)Jangan memberhalakan sejarah permusuhan sunni vs syiah,tetapi perlu buka-teroka wacana-wacana baru
4)Perlu prihatin kepada rakyat miskin-anak yatim-orang yang dalam kelaparan
5)Perlu serius melawan kebodohan-buta huruf-kemiskinan
6)Tidak sesekali menutup pintu ijtihad dan menekankan peranan aqal-rasional
7)Mengaktifkan gerakan ilmu -gerakan budaya dan memberi keutamaan kepada soal tauhid-keadilan
8) Islam agama yang pro orang miskin tapi anti kemiskinan

Profesor Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Raz…