Skip to main content

Posts

Showing posts from October 29, 2015

1000 jalan menuju Roma,...

oleh Tofan Rachmat Zaky
1000 jalan menuju Roma,... mungkin itulah inspirasi yang saya dapat dalam wacana "MENGINTELEKTUALKAN AKTIVIS, MENGAKTIVISKAN INTELEKTUAL".

Pengamatan saya di Indonesia, bentuk aktivisme seperti ini memang banyak dilakukan dengan berbagai cara, tidak harus berpolitik praktis, tidak harus mengikuti pusaran persaingan kekuasaan.
Misalnya: Seorang peniaga perempuan di Bali yang memulai bisnis kecil rempahnya (industri rumah). Untuk menembus pasaran Eropa ia harus berhadapan dengan tantangan birokrasi dan standarisasi Eropa yang tidak adil. Namun, dia berjuang dengan langkah awal memulai masuk melalui cara menyewa booth fair di eropa(pergi dengan meminjam uang). Dia pelajari standarisasi eropa itu yang cukup ketat dan mencari jaringan perkenalan. Akhirnya ia berhasil, walaupun sepanjang perjalananya ia juga mengalami permasalahan dengan pemerintah Indonesia dan pesaing-pesaing global.
....,itu aktivisme,..




Ghairah anak-anak muda di daerah luar bandar atau ka…

Catatan Alhambra : The sun sets in Granada, Point of No Return & Falling of Andalus

oleh  Dr Rahul@Mat Kuantum
Catatan Alhambra : The sun sets in Granada, Point of No Return & Falling of Andalus Seminar 2 hari (16 jam) tentang The Lost Kingdom of Andalus: 800 years Muslims in Spain merangkumi 16 bab (chapters). Jadi, saya mungkin tidak akan post nota-nota tentang Andalus. Satu, seminar selama 16 jam, 16 bab tetapi saya memerlukan lebih dari 16 hari untuk menulis catatannya di facebook. Dua, terlalu banyak untuk ditulis tentang Andalus selama 800 tahun pemerintahannya. MashaAllah, apabila belajar sejarah daripada Imam Dr. Waleed Hakeem (ulamak luar negara dari Canada), kita menjadi lebih jujur (honest) dan setia (faithful) pada agama. Kita tidak boleh bersikap menafikan (denial syndrome). Contohnya, memang ada penyebaran Islam melalui pedang. Jangan menafikannya, tetapi perlu terima dan lihat pada konteks sejarah pada masa itu. Dan ulamak, walaupun mereka orang soleh tetapi banyak melakukan kesilapan dalam dakwah, politik dan perang. Kita harus belajar dari merek…

Catatan Jerebu & Kenangan Di Melbourne

oleh

Dr Rahul@Mat Kuantum

Catatan Jerebu & Kenangan Di Melbourne Universiti tidak ada kaitan dengan universe (alam semesta). Malah, etymology kedua-duanya tidak sama. Tetapi bagi seorang pelajar, kehidupan di universiti adalah universe (alam) mereka. Mereka belajar dari buku dan pensyarah, belajar mengurus kehidupan, belajar mencari makna kehidupan dan yang lebih penting ialah belajar menjadi manusia yang bertanggungjawab. Satu falsafah penting yang perlu kita tahu ialah, pendidikan tinggi di universiti bukan untuk melahirkan scholars (ulamak), tetapi untuk mencari ilmu. Tertiary education in universities is to give you tools to access knowledge, not to prepare you to be a scholar. Kesilapan besar penuntut ilmu ialah, mereka rasa mereka sudah menjadi pakar, intelektual atau ulamak setelah graduate dari universiti. Jauh lagi perjalanan untuk menjadi pakar sains (kimia, fizik, biologi), intelektual atau ulamak. Graduan hanya memegang gelaran intelektual kerana mereka ada alat untuk…

Catatan Pulang Dari Tanjung Malim:Grafiti

oleh 
Dr Rahul@Mat Kuantum 
Catatan Pulang Dari Tanjung Malim Saya tertarik dengan pembentangan tentang GRAFITI di Malaysia oleh seorang pelajar UPSI semalam. Biasanya di Malaysia, grafiti dianggap sebagai vandalism, sesuatu yang negatif dan merosakkan. Tetapi di Barat (OZ + NZ), grafiti dilihat sebagai seni yang unik untuk penceritaan sejarah. Sejarah perlu disenikan. Seni perlu diangkat sebagai elemen penyatuan merentasi agama, bangsa dan budaya.

Saya mengembara ke Greymouth, di barat South Island of New Zealand ketika musim sejuk (winter) semasa belajar di New Zealand. Greymouth adalah sebuah bandar kecil di New Zealand, stesen penghujung keretapi channel (laluan) KiwiRail yang berhubung dengan Christchurch di timur South Island. Dahulunya Greumouth adalah sebuah tempat perlombongan emas (mining), yang kini menjadi tempat perhubungan antara Franz Joseph (glacier) dan Punakaiki (blow-hole, pancake rock) bagi para pelancong yang ingin melihat keindahan New Zealand. Apa yang menarik …

Bersediakah anda dengan inisiatif perlaksanaan Asean Economic Community (AEC)?

oleh Effendy Zulkifly
Bersediakah anda dengan inisiatif perlaksanaan Asean Economic Community (AEC)? 1. Secara optimistiknya Asean Economic Community (AEC) akan terlaksana bermula Disember ini yang dijadualkan untuk menjadi platform single market, atau Free Trade Area ditambah dengan free flow of goods, services, investment, skilled labor dan freer flow of capital kepada penggiat dan pembangun ekonomi,usahawan, kerajaan dan rakyat di negara ASEAN menjelang 2020. 2. Tapi adakah rakyat Malaysia terutamanya usahawan-usahawan telah bersedia dan ambil tahu? Adakah kita sedia mengambil peluang dan mengoptimumkan manfaatnya? Sudahkah anda baca AEC BLUEPRINT yang ditandatangani oleh semua ketua dan pemimpin negara ASEAN bersempena Declaration of ASEAN Concord II in Bali, Indonesia, pada 7 October 2003?

3. Saya dan team saya dari Organisasi ASEAN Youth Preneur Community - AYPC secara peribadinya telah menghadiri hampir 20 program-program ASEAN dan menganjurkan 3 program antarabangsa berkaitan…

Seminar Antarabangsa Warisan Nusantara di UPSI

Seminar Antarabangsa Warisan Nusantara di UPSI Acara ini menampilkan para pembentang dari negara Malaysia,Indonesia,Thailand dll yang mengupas beberapa hal seperti hubungan Malaysia-Indonesia dan Nusantara keseluruhannya,batik,seni rekabentuk,seni lukisan-graviti,kajian filem,budaya setempat dan pelbagai isu berkaitan warisan Nusantara.

Kesimpulan ringkas saya hasil penyertaan ke acara ini ialah:- 1)Pentingnya kita mengangkat kembali tokoh-tokoh kita seperti Harun Aminurrasyid,Dr Burhanudin Helmy,Zaaba ,Ibrahim Yaakob,dll(rujuk ucapan-tulisan Raja Ahmad Aminullah) 2)Pentingnya peranan budayawan,seniman,Intelektual dalam membina jalinan Nusantara 3) Perlu kita menjaga dan memelihara warisan-seni budaya Nusantara. Program-program/wacana berkaitan seni budaya,warisan Nusantara ini wajar diaktifkan lagi di kampus-kampus universiti, gerakan pelajar,NGO dll.

Bersama aktivis Hizmet -Fethullah Gulen

Makan malam bersama aktivis-guru 'hizmet' dari Turki. Sambil 'membelasah' kebab-roti arab-ayam-jus lemon dll,bicara 100 peratus soal PENDIDIKAN dari kepentingan kualiti sistem pendidikan kontemporari,peranan besar para guru-pendidik,kepentingan mendidik generasi masa hadapan, membuka sekolah dan kupasan pemikiran Badiuzaman Said Nursi+Fethullah Gulen.

Kami akan membaca-berdiskusi tentang pemikiran Fethullah Gulen setiap minggu (diskusi kelompok kecil khususnya buat anak muda Malaysia yang berminat dalam gerakan pendidikan) Terkesan dengan pemikiran Said Nursi dan Fethullah Gulen,aktivis 'hizmet' telah membuka sekolah-universiti di seluruh dunia,insititusi kewangan/perbankan-stesyen TV,suratkhabar,hospital,pusat tuisyen,ngo misi kemanusiaan,bantuan kepada orang miskin,biasiswa pelajar,membentuk persatuan wartawan-penulis,dewan perniagaan,menggerakkan usaha keamanan-hubungan baik-harmoni antara agama-aliran pemikiran,melawan keganasan dan banyak lagi.

Bersama Goris Mustaqim

Kali pertama bertemu Goris Mustaqim di suatu acara di Putrajaya yang menampilkan ucaptama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad . Tanpa disangka rupa-rupanya beliau juga merupakan kenalan kepada Ahmad Zahir,sahabat kami. Goris dan Ahmad Zahir kedua-duanya anak muda Indonesia yang cukup hebat dan mereka pernah menganjurkan suatu acara yang menampilkan Jokowi,Anies Baswedan,Riduan Kamil yang kemudiannya siapa yang menyangka Jokowi menjadi Presiden Indonesia,Anies Baswedan menjadi Menteri Pendidikan Indonesia dan Riduan Kamil menjadi Walikota Bandung. Dan kami bertemu kembali 3 hari lalu di acara 6th Muslim World Biz dan Goris mengundang saya dan Effendy Zulkifly untuk makan malam bersama beliau dan para VVIP-VIP 6th Muslim World Biz(terima kasih kepada penganjur yang menyediakan BMW buat kami smile emoticon )

Goris Mustaqim menjadi salah seorang pembentang di acara OIC-ASIA Trade n Economy Forum sempena 6th Muslim World Biz . Beliau meraih pelbagai anugerah antaranya :- British Council’s Commun…