Skip to main content

Posts

Showing posts from November 10, 2015

Politik matang anak muda Muslim Sweden

Baru-baru ini saya sempat mengadakan pertemuan dengan sekumpulan anak muda Muslim Sweden,mereka sangat aktif dalam NGO,parti politik,membantu dan menyediakan tempat tinggal untuk pelarian dan dalam usaha membuka sekolah-kolej di Sweden.


Dikalangan mereka (walaupun sama-sama aktif dalam pertubuhan NGO yang sama),ada yang bersama parti pemerintah dan ada yang bersama parti pembangkang di Sweden.Namun kata mereka fokus keutamaan mereka kepada memperjuangkan sesuatu ISU (pelarian,pendidikan misalnya) dan mereka akan berkerjasama dalam memperjuangkan sesuatu isu tersebut bukannya taksub membuta-tuli kepada parti politik yang mereka dokong. 'Dia masuk parti pemerintah dan dia pula masuk parti pembangkang.Dan lihat,kami boleh berkerjasama '

World Islamic Economy Forum(WIEF)

Jaringan Anak Muda menyertai acara  11th WIEF(World Islamic Economic Forum) sebagai wakil media melalui Kelab Wartawan Muda Malaysia-Yayasan Media Hebat.

Acara ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan dihadiri oleh 8 pemimpin dunia,2500 delegasi dari 100 negara dan membahaskan pelbagai isu berkenaan kewangan,pendidikan,teknologi,halal,wanita,pemuda,seni kreatif disamping acara pameran dan konsert seni.

11 th World Islamic Economic Forum Gala Dinner meraikan para peserta WIEF dan ucapan pendahuluan oleh Tun Musa Hitam(Pengerusi WIEF,mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia) dan ucapan khas oleh Sultan Nazrin Muizzudin Shah bertajuk 'Promoting Social Justice Through Islamic Banking and Finance'.



3 November 2015 Hari pertama World Islamic Economy Forum(WIEF) Acara forum dengan pelbagai topik menarik antaranya Islamic finance for green technologies,Halal ecosystem,Islamic investment,Zero waste technologies ,ucaptama Sultan Nazrin bertajuk 'Promoting social justice throug…

ASEAN Young Women Leadership Conference 2015

Jaringan Anak Muda berpeluang menyertai acara ini sebagai wakil media mewakili Kelab Wartawan Muda Malaysia-Yayasan Media Hebat.

Acara ini mengumpulkan  calon-calon pemimpin wanita dari 10 negara ASEAN bagi membincangkan hal politik,ekonomi,budaya dan lain-lain.

Antara isu yang dibahaskan ialah berkenaan  penglibatan wanita dalam politik dan kepimpinan negara,peranan pengundi dari golongan wanita,keusahawanan wanita dan sebagainya.

Satu jaringan pemimpin wanita ASEAN diwujudkan bagi memperkasakan wanita di negara-negara ASEAN.