Skip to main content

Posts

Showing posts from December 11, 2015

Tasawuf dan mabuk cinta

Sebelum ini saya hanya mendengar perkataan tasawuf tanpa memahami makna sebenar di sebalik ilmu tasawuf ini.Apa yang tergambar dalam pemikiran saya apabila berbicara soal tasawuf ialah berkenaan hal ehwal kebatinan ,penyucian jiwa,sufi,tariqat,syariat,hakikat,suluk,guru mursyid dan lain-lain istilah yang kadangkala sukar difahami .Entah mengapa hari ini terlintas di hati saya untuk mencari artikel berkenaan tasawuf di internet untuk mendalamkan lagi kefahaman tentang ilmu tasawuf dan akhirnya saya berjumpa dengan satu artikel yang cukup menarik tulisan Harun Nasution bertajuk Tasawuf.






Dalam tulisannya beliau menyatakan tujuan tasawuf adalah mendekatkan diri sedekat mungkin dengan tuhan sehingga ia dapat melihatNya dengan mata hati bahkan rohnya dapat bersatu dengan roh tuhan.

Mendekatkan diri sedekat mungkin dengan tuhan
manusia yang hidup menumpang di bumi tuhan ini kadangkala lupa akan hakikat dirinya sehingga mengabaikan hubungannnya sebagai makhluk dengan khalik,penciptanya.Manusia s…