Skip to main content

Posts

Showing posts from December 29, 2015

Temubual bersama Dr Abdul Malik Mujahid(Parliament of the World’s Religions )

Jaringan Anak Muda berpeluang menemubual Dr Abdul Malik Mujahid yang hadir pada acara International Conference ‘Plight of the Rohingya Part 11 Crime Against Humanity pada 12 Jun 2015 yang lalu di Kuala Lumpur. Dr Abdul Malik Mujahid sangat aktif dalam program hubungan antara agama,dasar  awam,hubungan Islam-Barat dan merupakan pengerusi kepada Burma Task Force USA yang merupakan gabungan 19 organisasi Amerika untuk perjuangan rakyat Rohingya dan sebelum ini beliau pernah menjadi kordinater untuk Bosnia Task Force USA yang berkerjasama dengan National Organization of Women(NOW) pada tahun 90 an untuk mengistiharkan rogol sebagai satu jenayah perang.Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga kepada  Parliament of the World’s Religions dan diiktiraf sebagai ‘one of the 500 most influential muslims in the world’ empat kali sejak 2011 dan bukunya tentang sosiologi politik pernah memenangi anugerah ‘Outstanding Academic Book of the Year Award’ oleh American Library Association pada tahun 1990.




Ucaptama ‘International Seminar on Research In Islamic Studies II’oleh Profesor Emeritus Dato Dr Osman Bakar

oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Profesor Emeritus Dato Dr Osman Bakar menyarankan agar kita memberi perhatian khusus kepada cendekiawan muda dan membangkitkan persoalan hubungan antara ‘Barat’ dan ‘dunia Islam’.
Beliau menjelaskan  tentang keperluan mengambil perspektif ummatik dan global dalam pengajian Islam dan memikirkan semula apa makna pengajian Islam?.Islam menurut beliau perlu dilihat bukan sahaja sebagai ‘deen’ tetapi juga dilihat dari aspek ummah dan ketamadunan.
Beliau juga mengupas beberapa isu berkaitan Orientalisme + post orientalisme dan menyatakan terdapat juga Pengajian Islam yang bersifat ‘Western -centric ‘ dan beliau menyarankan juga kajian tentang perbezaan  antara  ‘Pengajian Islam Barat’,’Pengajian Islam Muslim’,’Pengajian Islam Amerika’,’Pengajian Islam Eropah’ dan apa perbezaan antara  ‘Pengajian Islam Eropah-British-Belanda-Perancis ‘ dan sebagainya.
Kesan perang salib,sejarah Pengajian Islam sebelum dan selepas penjajahan juga menurut beliau wajar dikaj…

Melawan ketaksuban sektarian

Pertelagahan sektarian antara pelbagai kelompok sesuatu yang merugikan bahkan tidak pernah menyelesaikan apa jua masalah.Perbezaan pandangan yang diperbesar-besarkan hingga membawa kepada permusuhan sesama sendiri,menanam kebencian terhadap kelompok lain dan tindakan melabel kelompok lain secara negatif dan penuh prasangka sebenarnya boleh membawa kepada tindakan susulan yang menjurus ke arah keganasan.Oleh sebab itu tindakan awal perlu dilakukan demi mengelak pertelagahan dan permusuhan yang lebih besar dan apa yang berlaku di negara-negara lain yang terjebak dalam permusuhan antara kelompok sehingga membawa kepada pertumpahan darah wajar diambil panduan buat kita di Malaysia.
Ketaksuban terhadap ‘sectarian’ misalnya perlu dibendung sejak awal-awal lagi khususnya terhadap golongan muda yang masih mencari-cari arah pemikiran.Ketaksuban membuta-tuli itu seringkali memerangkap golongan muda lalu terjerumus dalam pertelingkahan terhadap isu-isu ‘kitar semula’ yang tidak pernah selesai.
All…

Belajar dari Hungary

oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad


Tulisan ringkas saya pada kali ini akan menyentuh sedikit berkenaan negara Hungary.



 Perkenalan awal saya dengan beberapa orang wakil Kedutaan Hungary di satu acara ASEAN  kemudiannya disusuli dengan jemputan oleh pihak mereka ke acara sambutan kemerdekaan Hungary dan makan tengahari bersama  sambil berbincang tentang perancangan program kedutaan Hungary bagi tahun 2016 ini.Mereka juga menghadiahkan saya beberapa buku-artikel tulisan berkenaan Negara Hungary.


Pada kali ini saya menulis sedikit tentang perkembangan penyelidikan,perpustakaan,pemuliharaan alam,kejuruteraan,nuclear dan hak asasi manusia negara Hungary.
Penyelidikan
Kerajaan Hungary memberi fokus kepada usaha-usaha penyelidikan dan menggalakkan para penyelidik-ahli akademik untuk melakukan pelbagai kajian penyelidikan dalam pelbagai bidang. Oleh kerana itu tidak hairan jika hadiah 1 million EUR yang diasaskan di Denmark untuk anugerah ‘The most excellent brain researchers worldwide’ dianugera…