Skip to main content

Posts

Showing posts from December 30, 2015

Sembang-sembang bersama Yasri Khan dari Sweden/Pattani

Yasri Khan sahabat saya dari Sweden keturunan Melayu Pattani turut hadir dalam acara Multaqa Alumni Al-Azhar yang acara perasmiannya menampilkan 2 presiden parti Melayu-Islam terbesar di Malaysia iaitu Presiden UMNO dan Presiden PAS.
Ketika bersembang-sembang dengan saya beliau membicarakan soal kritik vs penipuan dalam politik semasa.Beliau mengulas tuduhan dari pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan Presiden PAS telah menerima duit-cek daripada Perdana Menteri Malaysia pada acara Multaqa Alumni Al-Azhar padahal ia sebenarnya duit-cek kepada Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia untuk menjalankan pelbagai acara buat alumni Al-Azhar di Malaysia.
Bagi beliau itu tuduhan negatif dan tidak bertanggungjawab dan kata beliau kepada saya ,tidak salah mengkritik asalkan kritikan itu kritikan yang membina .Yang salah ialah menipu dan menyebarkan penipuan .Sesuatu pihak boleh tidak bersetuju dengan pandangan pihak lawannya tetapi ia sama sekali tidak boleh menipu dan menyebarkan pe…

Makan malam bersama Prof Quraish Shihab

Hari ini saya menemani Prof Quraish Shihab(mantan Menteri Agama Indonesia,mantan Duta Besar Indonesia ke Mesir) dan isterinya untuk makan malam bersama.Sepatutnya beliau akan makan malam di rumah Duta Mesir malam ini tetapi beliau sedikit keletihan dan mengambil keputusan untuk tidak hadir ke acara makan malam di rumah Duta Mesir.




Sambil makan malam bersama,beliau berkongsi pengalaman beliau  membesar dan menuntut ilmu di Mesir.Beliau sempat bersama allahyarham Gus Dur-Abdurrahman Wahid,mantan Presiden Indonesia manakala abangnya Alwi Shihab pernah menjadi Menteri Luar Indonesia.
Saya sempat menceritakan kepada beliau bagaimana 2 orang mantan Menteri Luar dari 2 negara iaitu Malaysia,TS Syed Hamid Albar dan abang Prof Quraish sendiri,Alwi Shihab yang kedua-duanya punya ‘darah arab’ sehingga dalam satu acara perjumpaan Menteri Luar sewaktu mereka masih bertugas sebagai Menteri Luar, timbul persoalan apakah ini perjumpaan Menteri Luar dari negara Arab.
Saya juga bertanya kepada Prof Qurais…

Temubual bersama Alia Khan,(Presiden Islamic Fashion Design Council )

Jaringan Anak Muda berkesempatan menemubual Alia Khan,Presiden Islamic Fashion Design Council yang berpusat di Dubai sewaktu menghadiri acara World Islamic Economic Forum(WIEF) di Kuala Lumpur baru-baru ini.Beliau juga merupakan salah seorang yang tercalon dalam ‘ Islamica 500 :The 500 who make the Islamic Economy’ .

Boleh saudari Alia ceritakan sedikit perkembangan saudari Alia Khan dan Islamic Fashion Design Council ini.
Saya terlibat didalam program-program berkaitan fesyen Islam,perniagaan-merekabentuk dan mengeluarkan pakaian-pakaian terkini yang berkonsepkan moden tetapi tetap menjaga kesopanan.Kami Islamic Fashion Design Council berpusat di Dubai namun sering mengikuti pelbagai acara fesyen di serata dunia termasuk di Turin,Italy-Jakarta,Indonesia dan kini berkesempatan mengikuti Minggu Fesyen Malaysia dan World Islamic Economic Forum di Kuala Lumpur pula. Sebagai ahli perniagaan wanita,saya juga terlibat didalam industri media,industri seni-pengurusan acara dan pastinya didalam …