Skip to main content

Laporan ASEAN YouthPreneur Community 2015



Laporan ASEAN YouthPreneur Community 2015

Pendahuluan

ASEAN YouthPreneur Community ditubuhkan bagi menyatukan para usahawan muda dari 10 negara ASEAN yang komited dalam hal keusahawanan sosial.Ia menjadi platform buat usahawan muda negara ASEAN untuk saling bertukar idea-pandangan tentang projek-projek keusahawanan disamping membina jaringan kerjasama perniagaan,pertukaran produk,motivasi dan latihan pembentukan minda keusahawanan,penganjuran acara keusahawanan serta penyertaan dalam pelbagai acara keusahawanan di peringkat ASEAN .
Laporan ASEAN YouthPreneur Community 2015 ini mengimbas kembali apa yang telah dilakukan oleh ASEAN YouthPreneur Community sepanjang tahun 2015 ini.





Kembara ASEAN Jakarta-Bandung-Solo (21-28 Januari 2015,Indonesia)

Kembara ini diadakan bagi menyahut usaha kerajaan Malaysia yang memimpin ASEAN bagi tahun 2015 ini dan ASEAN YouthPreneur Community telah menemui pelbagai media utama di Indonesia dan ke Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia bagi memperkenalkan  ASEAN YouthPreneur Community dan juga melawat beberapa institusi seperti Global Peace Festival Indonesia di Jakarta,Peace Generation di Bandung dan pusat media-akhbar di sekitar kota Jakarta.

ASEAN YouthPreneur Community di acara Asia Africa Conference dan pertemuan bersama Walikota Bandung,Ridwan Kamil di Bandung,Indonesia(Mac 2015)

Saudara Effendy Zulkifly,pengasas ASEAN YouthPreneur Community turut menghadiri acara Asia Africa Conference di Bandung dan sempat bertemu dengan Walikota Bandung,Ridwan Kamil di acara tersebut.Acara ini dihadiri oleh tokoh-tokoh negara Asia dan Afrika dan ASEAN YouthPreneur Community berpeluang membina jaringan dengan pelbagai persatuan-dewan perniagaan dari negara Asia dan Afrika ini.

International Conference for Young Leaders,19-20 Mac 2015,PWTC

ASEAN YouthPreneur Community berpeluang mengikuti acara International Conference for Young Leaders ini yang bertemakan ‘’Changing Communities Through Social Entrepreneurship’’ dan menampilkan pembicara dari negara-negara ASEAN dan dihadiri oleh para pemimpin pelajar dan aktivis muda dari negara-negara ASEAN.Melalui penyertaan dalam acara ini  ASEAN YouthPreneur Community berjaya membina jaringan bersama komuniti yang mengerakkan keusahawanan sosial dari pelbagai negara ASEAN dan berkenalan dengan tokoh usahawan muda negara-negara ASEAN.

Konvensyen Belia Kebangsaan,15 Mei 2015,Putrajaya

Saudara Effendy Zulkifly,pengasas ASEAN YouthPreneur Community turut diundang sebagai penceramah dalam slot forum  di acara Konvensyen Belia Kebangsaan dimana beliau memperkatakan soal keusahawanan sosial di peringkat ASEAN dan peranan belia dalam memperkasakan keusahawanan sosial di Malaysia. ASEAN YouthPreneur Community akan berkerjasama dengan Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Asia dalam menggerakkan pelbagai program keusahawanan sosial nanti.

Asean EU Business Summit,Ogos 2015,Mandarin Oriental,KL

ASEAN YouthPreneur Community menghadiri acara Asean EU Business Summit ini dan berpeluang berkenalan dan membina jaringan bersama dewan perniagaan dari negara-negara ASEAN dan Eropah. ASEAN YouthPreneur Community turut berpeluang memperkenalkan kewujudan ASEAN YouthPreneur Community kepada wakil pelbagai dewan perniagaan yang hadir pada acara ini dan mendaftar untuk mengikuti siri program keusahawanan anjuran dewan-dewan perniagaan tersebut.

Bahtera Bumipreneurs of Tomorrow ,19-20 Ogos 2015,KLCC

ASEAN YouthPreneur Community turut membuka booth pada acara Bahtera Bumipreneurs of Tomorrow ini dan ia secara tidak langsung membantu mempromosi dan mewar-warkan kewujudan ASEAN YouthPreneur Community.Pengerusi/Pengasas ASEAN YouthPreneur Community saudara Effendy Zulkifly turut diundang menjadi pembicara dalam slot Zon Ilmiah dan membentangkan tentang projek-projek yang dijalankan oleh ASEAN YouthPreneur Community.

Pertemuan bersama Irfan Amalee(Pengasas Peace Generation),18 September 2015,UIAM Gombak

ASEAN YouthPreneur Community telah mengadakan pertemuan bersama  Irfan Amalee,pengasas Peace Generation dari Indonesia dan Irfan Amalee bersetuju untuk mewujudkan kerjasama antara ASEAN YouthPreneur Community dan Peace Generation.Peace Generation akan berkongsi modul keamanan yang disusun mereka dan juga konsep perniagaan yang mereka rangka dalam menjana pendapatan sendiri.

1Malaysia Entrepreneur(1MET) 3.0 Bootcamp 2015,19 September 2015,Batu Pahat,Johor  dan Putrajaya

ASEAN YouthPreneur Community telah dijemput sebagai jurulatih-mentor untuk acara 1Malaysia Entrepreneur(1MET) 3.0 Bootcamp 2015 yang diadakan di Batu Pahat,Johor dan di Putrajaya.Acara ini memberi pendedahan terhadap teras keusahawanan kepada usahawan muda dan ASEAN YouthPreneur Community berpeluang berkongsi pengalaman dalam dunia keusahawanan kepada para usahawan muda bumiputera.

Pertemuan bersama Asghan Ghazi(Pengerusi New Entreprenuer Foundation),22 September 2015,Kuala Lumpur

ASEAN YouthPreneur Community telah mengadakan pertemuan bersama Asghan Ghazi(Pengarah New Entreprenuer Foundation) dan dalam pertemuan ini beliau telah bersetuju untuk berkerjasama dengan ASEAN YouthPreneur Community dalam pelbagai program keusahawanan khususnya di peringkat ASEAN dan pertukaran latihan antara mentor keusahawanan di negara-negara ASEAN.

Kembara ASEAN 2 :Jakarta 12 Oktober-17 Oktober 2015,Indonesia

Kembara ke 2 ke Jakarta kali ini merupakan kembara susulan daripada kejayaan kembara pertama Januari lalu dan untuk kembara kali ini , ASEAN YouthPreneur Community berpeluang melawat ke sekolah antarabangsa Insan Cendekia Madani di Tangerang dan bertemu dengan pengasasnya,Pak Tamsil Lingrung dan melawat pejabat Tali Foundation yang aktif dalam gerak kerja ekonomi,kebajikan dan pendidikan. ASEAN YouthPreneur Community turut melawat ke Sekretariat ASEAN di Jakarta dan mengadakan pertemuan bersama wakil Menteri Pendidikan Indonesia di Kementerian Pendidikan Indonesia.

Global Transformation Forum,21-22 Oktober 2015,KLCC

ASEAN YouthPreneur Community turut menghadiri acara Global Transformation Forum ini yang menampilkan Perdana Menteri dan barisan menteri kabinet,Arnold Schwarzenegger,Carl Lewis, CEO AirAsia,Pengasas Starbucks,dan ramai lagi.Acara ini membincangkan projek-projek transformasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan perkongsian pengalaman oleh tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang.

Sidang media dan MOU antara ASEAN YouthPreneur Community dan Next Gen,27 Oktober 2015,Saloma Bistro

ASEAN YouthPreneur Community telah mengadakan satu sidang media dan MOU antara ASEAN YouthPreneur Community dan Next Gen.Kerjasama antara ASEAN YouthPreneur Community dan Next Gen nanti akan memberi fokus utama kepada latihan keusahawanan dan pertukaran produk perniagaan di kalangan usahawan di peringkat ASEAN.

6th Muslim World Biz ,27-30 Oktober 2015,PWTC

ASEAN YouthPreneur Community telah menghadiri  acara 6th Muslim World Biz ini dimana turut diadakan serentak sempena acara ini ialah  World Islamic Tourisme Conference 2015,OIC Higher Education 2015 dan OIC Trade Forum .Acara ini mengumpulkan tokoh-tokoh perniagaan dari negara-negara OIC dan turut diadakan pameran jualan produk-produk dari negara-negara OIC. ASEAN YouthPreneur Community turut berpeluang mengadakan pertemuan bersama Goris Mustaqim,usahawan sosial terkenal Indonesia.Goris Mustaqim ini pernah mendapat pengiktirafan daripada Presiden Obama atas usahanya memperkasakan masyarakat dan penduduk kampong sehingga mereka mampu menjana pendapatan sendiri.

Halal HealthCare,27 Oktober 2015,Grand Hyatt,Kuala Lumpur

ASEAN YouthPreneur Community turut menghadiri acara perasmian Halal HealthCare yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri,Dato Seri Dr Zahid Hamidi.Halal HealthCare ini merupakan satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti produk kesihatan,farmasi,ubat-ubatan sesuai dengan prinsip halal.

11 th World Islamic Economic Forum(WIEF),3-5 November 2015,KLCC

ASEAN YouthPreneur Community telah menghadiri acara 11 th World Islamic Economic Forum(WIEF) yang telah dihadiri oleh pelbagai pemimpin dunia dan tokoh-tokoh ekonomi dan kewangan Islam.Acara ini membuktikan kesungguhan Malaysia dalam memperjuangkan ekonomi dan kewangan Islam dan ia menjadi contoh buat negara-negara lain yang mahu mempelajarinya daripada Malaysia yang dianggap sebagai hub utama ekonomi dan kewangan Islam.

Kuala Lumpur Innovation Forum-Pertemuan bersama Ibu Tri Mumpuni,20 November 2015,PWTC

ASEAN YouthPreneur Community telah menghadiri acara Kuala Lumpur Innovation Forum dan telah berpeluang mengadakan pertemuan bersama Ibu Tri Mumpuni,seorang usahawan sosial terkenal dari Indonesia yang telah membantu ribuan penduduk kampung pedalaman untuk mendapat elektrik di kampung mereka dan membantu penduduk kampung menjana pendapatan sendiri.

Pertemuan bersama Dr Gamal AlBen Said,November 2015,Kuala Lumpur

ASEAN Youthpreneur Community telah mengadakan pertemuan bersama Dr Gamal AlBen Said dari Indonesia.Beliau merupakan pengasas kepada klinik asuransi sampah yang membantu penduduk kampong mendapatkan rawatan perubatan-kesihatan percuma dengan hanya ‘membayar’ menggunakan sampah.Dr Gamal AlBen Said ini pernah mendapat hadiah pengiktirafan daripada Putera Charles dan Istana Buckhingham,England.Dr Gamal AlBen Said juga akan berkongsi modul,konsep perniagaan dan menjalinkan kerjasama bersama ASEAN Youthpreneur Community.

1ASEAN Entreprenuer Summit 16-22 November 2015,Kuala Lumpur

ASEAN Youthpreneur Community diberi peluang untuk menguruskan satu slot berkaitan peluang keusahawanan di negara-negara ASEAN pada acara keusahawanan ASEAN terbesar ,1ASEAN Entreprenuer Summit ini.Dalam slot ini,pengasas ASEAN Youthpreneur Community,saudara Effendy Zulkifly mewakili Malaysia dalam membentangkan slot berkaitan peluang keusahawanan ini bersama wakil-wakil dari negara Filipina,Indonesia,Thailand,Vietnam dan lain-lain negara ASEAN.Satu acara menandatangani MOU kerjasama antara ASEAN Youthpreneur Community dan 5 syarikat dari negara-negara ASEAN turut diadakan dalam acara ini.

27 ASEAN Summit,18-23 November 2015,KLCC

ASEAN YouthPreneur Community turut menghadiri acara 27 ASEAN Summit ini yang merupakan acara penutup bagi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2015 ini.Acara ini dihadiri oleh kesemua 10 pemimpin tertinggi negara ASEAN dan turut dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat,Perdana Menteri Russia,Perdana Menteri Jepun,Presiden Korea Selatan,Perdana Menteri India,Setiausaha Agung PBB dan ramai lagi .

Asean Business and Investment Summit,pelancaran Asean Young Entrepreneurs Council(AYEC) dan ASEAN Business Awards 2015,20 November 2015,ShangriLa Hotel

ASEAN YouthPreneur Community menghadiri acara ini yang diadakan bersempena dengan penganjuran  27 ASEAN Summit dan berpeluang mengenali barisan kepimpinan Asean Young Entrepreneurs Council(AYEC) yang baru dilancarkan dan bertemu dengan tokoh-tokoh usahawan ASEAN serta para pemenang ASEAN Business Awards 2015.

ASEAN YouthPreneur Community di pelbagai program ASEAN 

ASEAN YouthPreneur Community telah mengikuti ke pelbagai program berkaitan ASEAN yang diadakan sepanjang kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun 2015 ini.Antara acara berkaitan ASEAN yang ASEAN YouthPreneur Community ikuti ialah seperti berikut:-

International Conference for Young Leaders,19-20 Mac 2015,PWTC
Global Startup Youth Asean,21 Mac 2015,KLCC
Asean Youth Forum Malaysia,19-21 April 2015,Universiti Malaya
Asean Civil Society Conference/Asean People’s Forum 21-24 April 2015,Wisma MCA
12 th Asean Leadership Forum 26 April 2015 Mandarin Oriental
26 ASEAN Summit,27 April 2015,Kuala Lumpur
2 nd Asia Oceania Regional IBBY Congress 12-16 Mei 2015,Putrajaya
Penutup VIP Volunteering for International Profesional,13 Mei 2015,MAGIC,Cyberjaya
ASEAN SME Showcase and Conference 2015 26-27 Mei 2015,KLCC
Asia Media Summit 2015,28 Mei 2015,Shangrila Hotel,Kuala Lumpur
5 th AMAN(Asian Muslim Action Network) Assembly,6-7 Jun 2015,Kuala Lumpur
Asean EU Business Summit,Ogos 2015,Mandarin Oriental,KL
47th ASEAN Economy Ministry Meeting,22-25 Ogos 2015,KLCC
Forum Penyair Asean,5 September 2015,Kuala Lumpur
1MET,18-19 September 2015,Batu Pahat,Johor
World Communication Forum,28-29 September 2015,PWTC
Kembara ASEAN 2 :Jakarta 12 Oktober-17 Oktober 2015,Indonesia
Eco Film Festival,18 Oktober 2015,Publika
Global Transformation Forum,21-22 Oktober 2015,KLCC
Nusantara Heritage,24 Oktober 2015,UPSI Tanjung Malim
6th Muslim World Biz –World Islamic Tourisme Conference 2015,OIC Higher Education 2015-pertemuan bersama Goris Mustaqim,27-30 Oktober 2015,PWTC
11 th World Islamic Economic Forum(WIEF), Kazakhtan Malaysia Business Forum+MOCA Fest,3-5 November 2015,KLCC
Asean Young Women Leadership Conference 2015 8-10 November 2015,PWTC
Regional Students Leadership Summit,11 November 2015,Universiti Malaya
The Asean Community Conference(ACC 2015),11-12 November 2015,Bandar Baru Bangi
International Symposium on Stronger ASCC,Closer ASEAN,16 November 2015,Grand Hyatt
1ASEAN Entreprenuer Summit 16-22 November 2015,Kuala Lumpur
World MBA Tour,18 November 2015,Concorde KL
27 ASEAN Summit,18-23 November 2015,KLCC
Asean Young Leaders Summit,18-20 November 2015,PWTC
Kuala Lumpur Innovation Forum-pertemuan bersama Ibu Tri Mumpuni,20 November 2015,PWTC
ASEAN Korea Business Summit,20 November 2015,Kuala Lumpur
Asean Business and Investment Summit,pelancaran Asean Young Entrepreneurs Council(AYEC),ASEAN Business Awards 2015,20 November 2015,ShangriLa Hotel
ASEAN University Network-Kyoto University,23-24 November 2015,Universiti Malaya
Syarahan Dr Patrick Ziegenhain  bertajuk ‘Dealing with refuges and asylum seekers:A growing challenge for Europe and Southeast Asia’,27 November 2015,Universiti Malaya
Standford CDDRL-Rights Conference :ASEAN-OSCE 2015,10 Disember 2015,MATIC
6th Asean International Chopin Piano Competition 12 Disember 2015,Universiti Malaya

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…