Skip to main content

International Symposium on Social Entrepreneurship di Singapura

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

 Tanggal 22 April 2016 baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti acara International Symposium on Social Entrepreneurship yang berlangsung di Auditorium Shaw Foundation Alumni House,National University of Singapore(NUS).Acara ini dianjurkan oleh  Asia Centre for Social Entrepreneurship and Philanththropy -NUS Business School.

Saya mendapat tahu maklumat acara ini melalui teman Facebook dan terus mendaftar untuk menyertai acara ini.Saya menghantar email kepada pihak penganjur bagi mendapatkan kepastian tentang bayaran untuk mengikuti acara ini dan yang menariknya acara ini langsung tidak mengenakan apa-apa bayaran walaupun para pembentang dalam acara ini terdiri daripada tokoh-tokoh usahawan sosial,ahli akademik dan penceramah yang terkenal dalam dunia keusahawanan .

Pihak penganjur memberitahu saya untuk mengajak lebih ramai anak muda Malaysia untuk menyertai acara ini.Saya terus memaklumkan kepada kawan-kawan Jaringan Anak Muda dan kawan-kawan lain mengajak mereka untuk menyertai acara ini manakala kawan-kawan dari Indonesia memaklumkan mereka juga akan turut serta menyertai acara ini bersama rombongan mereka sekitar 20 orang peserta dari Indonesia.

Saya  sepakat bersama Saiful Ridwan(rakan kami Ahmadi Syarif,Saufi Jelani dll tidak dapat turut serta) untuk menaiki keretapi(harga RM 39) dari KL Sentral ke Johor Bahru sebelum menaiki bas dari Johor Bahru ke Singapura dan menaiki MRT menuju ke NUS.Ketika tiba di MRT berdekatan NUS tanpa dirancang kami bertemu dengan rombongan peserta dari Indonesia sekitar 20 orang  diketuai oleh sahabat kami Eko Kurniawan,Rusna Mesrawi dan Alween Ong.

Kami menaiki bas bersama-sama bergerak menuju ke Auditorium Shaw Foundation Alumni House,National University of Singapore(NUS) dan disambut  pihak penganjur yang meluahkan rasa kagum kerana peserta dari Malaysia dan Indonesia bersemangat turut serta dalam acara anjuran mereka ini.

Profesor Ute Stephan(Pengarah Aston Centre for Research into International Entrepreneurship and Business,UK) menyampaikan ucaptamanya pada acara ini dan antara pembentang lain dalam acara ini antaranya ialah Harish Hande(Co Founder Selco India),Audrey Tan(Co Founder Playmoolah Singapore),Helianti Hilman(Ceo Javara Indonesia),Prasoon Kumar(CEO BrillionBricks,India),John Anner(CEO Dream Corps,Amerika),Martina Mettgenberg Lemiere(AVPN Knowledge Centre) dan ramai lagi.
Acara International Symposium on Social Entrepreneurship ini menggabungkan pembentangan oleh ahli akademik(konsep-teori),usahawan sosial(pengalaman-praktikal) disamping ulasan/kritikan oleh para profesor dan para peserta berpeluang mengemukakan soalan-soalan kepada semua pembentang melalui PigeonHole,satu platform alam maya untuk sesi soal jawab dan diskusi.

Selain pihak penganjur Asia Centre for Social Entrepreneurship and Philanththropy -NUS Business School,dalam acara ini kami berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan wakil-wakil dari Aston Business School,UK,pimpinan Ashoka Singapura,Lilly Family School of Philanthropy,Indiana University,Indianapolis ,Amity Global Business School ,Wakil United Nation Women Singapura ,National Volunteer and Philanthropy Centre dan banyak lagi.

Prof Ute Stephan membahaskan soal Positive Social Change dan bagaimana peranan sesebuah organisasi dalam mencetuskan impak sosial sebagai contoh dalam membasmi kemiskinan.Pentingnya peranan semua pihak dalam melakukan perubahan sosial bermula dari 'bottom-up' ,peranan syarikat korporat melalui CSR-Corporate Social Responsibility dan kemampuan kita dalam mencetus hasil yang bermanfaat.Beliau mencadangkan agar semua pihak membina visi yang dikongsi bersama,menilai-menyediakan maklumbalas,memeta mekanisma perubahan dan melahirkan agen-agen perubahan .Disamping itu juga beliau berharap kita memanfaatkan apa yang dipanggil 'local knowledge'dan'local capacity' dan menekankan aspek kepimpinan yang sentiasa menjalin perhubungan jaringan.
Prof Ute Stephan juga mengupas 3 perkara penting bagi beliau yang perlu diberi perhatian iaitu:-
-motivation
-capability
-opportunity

Harish Hande membicarakan pengalaman beliau dalam mengerakkan Selco India khususnya dalam hal penyediaan tenaga elektrik-tenaga solar,air bersih  kepada masyarakat.Beliau meminta para peserta membaca lebih mendalam soal 'social enterprise' .Jurang perbezaan antara orang yang kaya dan orang yang miskin perlu diberi perhatian serius menurut beliau dan untuk itu kita perlu memahami terlebih dahulu permasalahan yang berlaku dalam masyarakat seterusnya menawarkan jalan penyelesaiannya.Beliau juga menekankan aspek kemanusiaan dalam membasmi kemiskinan misalnya dan bukan sekadar melihat ia sebagai satu bentuk permasalahan .
Prasoon pula menceritakan pengalaman beliau di luar negara dan pulang ke negara asal untuk berbakti pula kepada masyarakat setempat dan berkongsi dengan masyarakat setempat kaedah menyelesaikan pelbagai permasalahan masyarakat yang dipelajarinya sewaktu berada di luar negara.Beliau juga mengharapkan wujud keseimbangan antara meraih keuntungan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.Beliau aktif membantu kelompok gelandangan di India dan membantu dalam hal rekabentuk,senibina dan teknologi serta komited dalam mewujudkan persekitaran yang lebih baik.
Helianti pula berkongsi kepada para peserta bagaimana beliau menggerakkan Javara di Indonesia dan membantu para petani di negaranya dalam memperkenalkan makanan-makanan setempat yang ada di Jawa dan mempertahankan ekosistem yang wujud disana.Beliau memberi fokus kepada pembangunan di desa dan  hal pertanian dan memperkasakan masyarakat setempat.Javara telah menghasilkan pelbagai produk berasaskan makanan warisan,pertanian dan kesihatan.Beliau juga sangat menekankan aspek penjenamaan dan sistem promosi yang berkesan dalam penjualan produk-produk yang berkualiti.

Audrey membicarakan pengalaman beliau melalui Playmoolah dalam melatih anak muda dalam hal kemahiran,model perniagaan dan pendidikan kewangan dan bagi beliau anak muda perlu diberi pelbagai latihan kemahiran sejak muda lagi.Dengan idea yang inovatif,beliau dan rakan-rakan membangunkan perisian pendidikan digital yang membantu anak muda dalam hal pendidikan perniagaan-pengurusan kewangan.Saya bertemu Audrey selepas tamat sesi pembentangan dan kami sebenarnya pernah bertemu sewaktu sama-sama menghadiri satu acara berkenaan kepimpinan dan keusahawan sosial di PWTC,Kuala Lumpur tahun lalu.

John Anner pula memberi fokus perbincangan kepada BVA  atau Blended Value Accounting.Beliau berharap para peserta memberi keutamaan juga kepada hal-hal mengemaskini akaun dengan lebih sistematik dan pengurusan sumber manusia yang lebih tersusun rapi.Ramai yang mengabaikan sistem perakaunan dan pengurusan kewangan ini dan John Anner mengharapkan apabila membicarakan soal keusahawanan sosial ini,aspek-aspek ini jangan sesekali diabaikan.Beliau juga berpengalaman  sebagai sukarelawan Peace Corps.

Aimee Shih membahaskan berkenaan 2 aspek berkenaan 'financial goal' dan 'social goal' serta  hasil kedua-duanya.Beliau juga menekankan kepentingan memerhatikan setiap laporan audit dan laporan CSR  serta hal-hal perancangan,kepimpinan-rakan kongsi, konsep inovatif ,rancangan perniagaan dan promosi,penglibatan dengan masyarakat setempat,pengurusan yang bermanfaat ,pengurusan risiko dan lain-lain lagi.

Achsah Ang berkongsi berkenaan kajian-kajian terhadap aspek sosial dan kewangan,logik kebajikan sosial,logik komersial dan pelbagai perkara antara kebajikan sosial dan hal-hal komersial.Beliau membawa contoh pengalaman pelbagai institusi mikrokewangan dalam mewujudkan keseimbangan antara memaksimumkan keuntungan dan memaksimumkan perkhidmatan.

Johan Sulaeman pula mengupas berkenaan keseimbangan antara mendapatkan keuntungan dan memberi perkhidmatan kepada kelompok miskin.Pertantyaan yang dibangkitkan beliau seperti apakah kita masih boleh mendapatkan keuntungan dan pada masa yang sama tetap memberi perkhidmatan atau membantu kelompok miskin serta bagaimana mewujudkan keseimbangan antara mengadakan program kebajikan dan program yang berasaskan keuntungan.Soal 'social welfare logic' dan 'commercial logic' serta antara untuk mendapatkan keuntungan atau bukan berasaskan keuntungan ini yang dikupas oleh beliau.

Chuan Cheng  pula membicarakan berkenaan proses merekabentuk- mereka cipta semula ,mekanisma inovasi ,dan kepentingan sokongan kumpulan  dalam menjayakan misi keusahawanan sosial.Beliau juga menceritakan pengalaman jatuh bangun  Laksania di Singapura dan pengalaman beliau dalam membantu kelompok OKU.

Marina Harper mengatakan bahawa walaupun istilah 'social entrepreneurship' ini masih baru tetapi apa yang telah dilakukan oleh Mahathma Gandhi,Mother Theresa misalnya tidaklah bertentangan dengan maksud 'social entrepreneurship' itu dan beliau juga mengambil contoh tokoh seperti Muhammad Yunus melalui Grameen Bank yang menggerakkan tujuan tersebut.Beliau menyentuh berkenaan dana derma,pelaburan,mikrokredit,peranan penderma-penerima dana,modal pelaburan dan hal keadilan sosial-masyarakat .Beliau mengupas soal apa yang dipanggil B Corp (Benefit Corp) dan mengambil contoh Rwanda Tea Investement,Po Leung Kuk,Hong Kong dalam memaksimumkan  hasil sosial.

Sampsa Samila mengambil contoh aktiviti yayasan dan jaringan agensi kerajaan yang menggerakkan pelbagai kerja sosial dan bagi beliau juga perniagaan perlu dianggap sebagai sarana dalam menggerakkan aktiviti kebajikan.Istilah-istilah seperti 'venture','philantrophy' dan 'social enterprise' misalnya juga perlu dikupas dengan lebih mendalam oleh mereka yang berminat dalam hal keusahawanan sosial dan bagi beliau kita perlu mengkaji permasalahan sosial seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut.

Jeremy Nguyen Phuong yang berpengalaman bersama Ashoka dan memimpin Ashoka di Singapura pula mengupas berkenaan istilah seperti 'social entrepreneur ','business entrepreneur','social enterprise' dan bagi beliau perlu wujud kesinambungan dalam proses pembangunan ekonomi dan masyarakat dan keseimbangan antara kesempatan komersial dengan manfaat sosial.Usahawan sosial menurut beliau perlu mewujudkan pekerjaan kepada kelompok terpinggir dan memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang terbaik.

Martina Mettgenberg Lemiere pula membicarakan berkenaan peranan kelompok sektor ketiga disamping sektor awam dan sektor swasta dan menekankan kepentingan mewujudkan rakan kongsi yang merentasi sektor.Peranan pelbagai organisasi dalam mewujudkan kesinambungan ekonomi dan inovasi sosial,pengurusan yang cekap dan impak sosial yang wujud juga dibahaskan beliau dan bagi beliau sektor ketiga perlu lebih diperkasakan lagi dalam memberi impak sosial yang lebih berkesan terhadap masyarakat.

Tamat acara pembentangan oleh semua pembicara kami berpeluang mengikuti sesi santai jaringan dan beramah mesra bersama semua pembentang dan para peserta yang lain dan kami bergambar kenang-kenangan bersama mereka.Pihak penganjur mengucapkan setinggi terima kasih kepada kami khususnya dari Malaysia dan Indonesia yang sanggup ke Singapura menghadiri acara sehari International Symposium on Social Entrepreneurship  ini.Dan kami para peserta pastinya sangat berpuas hati dengan penganjuran acara yang cukup menarik ini dan kami berharap dapat mengikuti pelbagai acara anjuran Asia Centre for Social Entrepreneurship and Philanththropy -NUS Business School akan datang.


Dari National University of Singapore(NUS),saya,Ridwan dan Rusna menaiki bas ke MRT berdekatan sebelum menaiki bas ke Johor dan kami pulang ke Kuala Lumpur menaiki keretapi .Tiba di Kuala Lumpur kami bersiap sedia untuk menghadiri program seterusnya...

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…