Skip to main content

International Youth Conference on Countering Terrorist di Jakarta,Indonesia

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad















Pada 13-16 Mac 2016 yang lalu saya telah berkesempatan mengikuti acara International Youth Conference on Countering Terrorist di Jakarta,Indonesia.Acara ini dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah(IMM) bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 52 Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah dan disertai oleh para peserta juga dari 52 buah negara .Para peserta  dipilih melalui penghantaran esei bertemakan keamanan dan pihak penganjur menaja keseluruhan kos sepanjang acara disini.



(13 Mac 2016) Hari pertama di Jakarta,Indonesia


Kami disambut oleh ajk dan sukarelawan acara International Youth Conference on Countering Terrorist dan bersama para peserta yang baru tiba dibawa ke hotel penginapan di Jakarta Pusat.Sukarelawan acara ini datang dari seluruh pelusuk Indonesia dan mereka juga dipilih hasil tapisan penyertaan yang ketat.Mengikut salah seorang sukarelawan yang menyambut kami di lapangan terbang,mereka bersemangat menyertai acara ini sebagai sukarelawan bagi mendapatkan pendedahan antarabangsa dan bagi mereka juga ia merupakan satu latihan kepimpinan untuk pelapis kepimpinan Indonesia.

Pada malam harinya diadakan acara makan malam meraikan para peserta bertempat di Balai Agung Gabernor DKI Jakarta dan perasmiannya oleh wakil kepada Ahok,Gabenor Jakarta.Semua peserta memakai pakaian rasmi negara masing-masing dan dihiburkan juga dengan persembahan budaya dari pelbagai etnik di Indonesia.

International Youth Conference on Countering Terrorist ini dihadiri oleh para peserta dari 52 negara bersempena dengan ulangtahun ke 52 Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah dan antara negara peserta yang hadir ialah daripada Indonesia,Malaysia,Filipina,Mesir,Guatemala,Venezuela,Uganda,Russia,Amerika,China,Iran,Algeria,Azerbaijan,Hungary,Australia Bangladesh dan banyak lagi.

(14 Mac 2016 )Hari kedua di Jakarta,Indonesia

Para peserta dibawa ke Gedung MPR untuk acara perasmian ulangtahun ke 52 Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah(IMM) dan perasmian acara International Youth Conference on Countering Terrorist yang dirasmikan oleh Ketua MPR,DR (HC) Zulkifli Hasan dan turut dihadiri oleh para pimpinan pusat Muhammadiyah,mantan Ketua Umum NU Kyai Haji Ahmad Hasyim Muzadi,Prof Bahtiar Effendy dan sekitar 500 orang peserta dari kalangan anak muda seluruh Indonesia dan para peserta International Youth Conference on Countering Terrorist dari 52 negara.

Acara diteruskan dengan sesi pembentangan oleh para pembentang antaranya duta Turki,Australia,KH Hashim Muzadi,wakil kerajaan Indonesia(skuad khas anti keganasan) dll yang membahaskan situasi terkini bagi menangani keganasan khususnya di Asia Tenggara dengan kajian terhadap keganasan kelompok seperti JI,IS dan pengalaman negara-negara lain dalam melawan keganasan.

Dari gedung MPR para peserta kembali ke hotel penginapan untuk sesi diskusi berkumpulan yang diadakan disini dan para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi pembentangan kumpulan mengupas tema seperti pendidikan,masyarakat madani,media dll dan kaitannya dengan keganasan.Para peserta juga dibekalkan dengan buku kompilasi artikel bertemakan keamanan tulisan para peserta yang wajib dihantar sebelum penganjur memilih artikel terbaik dan memilih peserta yang layak untuk menyertai acara ini.Dalam sesi diskusi berkumpulan ini juga semua peserta diberi peluang untuk mengupas kesimpulan artikel tulisan mereka yang berjaya dibukukan dengan baik oleh pihak penganjur.

Selepas tamat acara diskusi berkumpulan dan berehat sebentar,pada malam harinya para peserta  berkumpul kembali bagi mendengar pembentangan setiap wakil kumpulan dan perancangan resolusi-gerak kerja pasca tamat acara ini nanti.Hasil perbincangan diskusi dan idea-idea penting para peserta sepanjang acara ini berlangsung akan dimuatkan dalam resolusi acara ini yang akan dikemukakan juga kepada pemerintah Indonesia.

(15 Mac 2016 )Hari ketiga di Jakarta,Indonesia

Para peserta International Youth Conference on Countering Terrorist dibawa melawat ke pejabat National Counter Terrorism Agency of Indonesia(NCTA) dan mendengar taklimat tentang isu semasa keganasan dan perkongsian pengalaman dari mereka yang terlibat dalam usaha menangani keganasan.Agensi ini ditubuhkan kerajaan Indonesia bagi menangani pelbagai isu keganasan yang berlaku di seluruh Indonesia dan agensi ini giat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang ancaman keganasan .

Tamat acara diskusi kemudiannya para peserta dibawa berkunjung ke Taman Mini Indonesia Indah yang menampilkan rumah mini dari pelbagai daerah-negeri di seluruh Indonesia seperti Jambi,Bali,Padang,Papua dll.

Pada malam harinya diadakan majlis penutup International Youth Conference on Countering Terrorist di rumah anak perempuan Presiden pertama Indonesia,Sukarno iaitu Ibu Rahmawati Sukarnoputri.Beliau dalam ucapannya mengimbas kembali pemikiran Sukarno khususnya dalam pendidikan,usaha Sukarno dalam merapatkan hubungan antara Asia Afrika dan Amerika Latin disamping penubuhan NAM dll.Beliau juga mengupas berkenaan pancasila dan usaha kesatuan dikalangan penduduk Indonesia dan dunia .


Mengikut beliau juga Tun Dr Mahathir Mohamad akan dijemput untuk menyampaikan syarahan dalam satu program anjuran Yayasan Pendidikan Sukarno di Indonesia nanti.
Wakil pimpinan Muhammadiyah Pusat pula membahaskan beberapa pemikiran Sukarno dan Kiai Ahmad Dahlan ,kupasan berkenaan Islam Berkemajuan yang didokong oleh Muhammadiyah dan usaha kedamaian yang digerakkan organisasi pemuda seperti Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah ini.
Para peserta turut dihadiahkan beberapa buku berkenaan Sukarno dan dihiburkan dengan persembahan tarian saman Acheh dan budaya-budaya dari pelbagai pelosok Indonesia.

Penganjuran acara International Youth Conference on Countering Terrorist oleh gerakan anak muda seperti Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah(IMM) ini ternyata berjaya membina satu jaringan anak muda dari 52 negara peserta dan jaringan ini nanti akan dapat membantu usaha semua pihak untuk menangani isu keganasan khususnya yang melibatkan anak muda .

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…