Skip to main content

Kembara pendidikan-kemanusiaan di Kemboja

oleh 

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad






 Pada 8-10 Mac 2016 yang lalu saya berpeluang berkunjung ke Phnom Penh ,Kemboja untuk satu misi pendidikan-kemanusiaan bersama rombongan Dato Rahman Brothers dan juga rombongan penasihat kepada Sultan Johor mewakili kerajaan Johor.

Ia merupakan undangan daripada sahabat lama kami yang kini menjadi penasihat kepada seorang menteri di Kemboja.Dahulu kami bersama-sama kembara di Istanbul dan mengikuti siri acara NGO dan projek mencari dana untuk pendidikan anak Champ Kemboja bersama-sama. Ini semakin menyedarkan saya betapa pentingnya jaringan persahabatan dengan aktivis dari seluruh dunia sejak muda lagi kerana kenalan kita itu akhirnya berada di posisi strategik kepimpinan di negara mereka masing-masing.

(8 Mac 2016) Hari pertama di Phnom Penh,Kemboja

Penerbangan MAS KL-Phnom Penh(tiket pergi balik sekitar RM 303) bertolak sekitar jam 830 pagi dan tiba sekitar jam 10 pagi di Phnom Penh.Kami disambut oleh sahabat kami yang kini menjadi penasihat menteri disini dan selepas makan tengahari kami dibawa ke tempat penginapan di tengah bandar Phnom Penh.Selepas berehat seketika,saya berjalan-jalan sekitar bandar Phnom Penh dan bertemu rakan-rakan baru disini.Saya sempat melawat kuil Buddha ,taman rekreasi dan bersembang-sembang dengan pelancong asing dan penduduk di Phnom Penh ini.

Pada malam harinya ,satu acara makan malam diadakan bagi meraikan tetamu Malaysia dan pelancaran dana pembinaan kompleks pendidikan tajaan kerajaan Johor oleh H E Dr Min Khin,Minister of Cults and Religions mewakili PM Kemboja Hun Sen yang menyampaikan ucapan perasmian majlis.Turut hadir ialah Dato Rahman Ibrahim(Rahman Brothers) dan penasihat agama Sultan Johor ,Dato Noh Gadot.Sultan Johor menyumbang lebih RM 1 juta untuk pembangunan kompleks pendidikan di Kemboja manakala Dato Rahman Brothers juga menaja pembinaan sekolah antarabangsa di Kemboja .

Acara ini  turut dihadiri perwakilan Cham Business Network  dan ketika bersembang dengan wakil mereka ,mereka memberitahu saya anak muda Cham semakin ramai yang berpendidikan tinggi dan sedar kepentingan berniaga-penguasaan ekonomi.Dengan pendidikan dan kesedaran berniaga,mereka keluar dari belenggu kemiskinan dan bangkit bersaing.

Saya juga sempat bersembang bersama  teman-teman Cambodian Muslim Intellectual Alliance yang telah memiliki sekolah sendiri dan mereka ini dari kalangan generasi muda Champ berpendidikan tinggi,dan sedar kepentingan menguasai pendidikan dan kekuatan ekonomi-perniagaan.

Generasi berpendidikan tinggi dalam dan luar negara (Amerika-Perancis dll) ini telah membuka sekolah-sekolah untuk pendidikan generasi baru dan mereka tidak lagi mahu hanya bergantung kepada derma jangka pendek tetapi berusaha sedaya upaya membeli aset di Kemboja seperti pokok getah dll yang hasilnya dapat menampung perbelanjaan membina sekolah,membayar gaji guru,pembangunan infrastruktur dan lain-lain.

Wawasan strategik pemikiran bijak kelompok terpelajar dari kalangan minoriti yang sebahagiannya aktif dalam ngo-yayasan pendidikan ,ada yang aktif dalam dunia perniagaan dan ada yang kemudiannya menyertai politik dan menduduki posisi strategik kepimpinan dan mereka semuanya tetap berkerjasama erat khususnya dalam pembangunan pendidikan generasi muda.

(9 Mac 2016)Hari kedua di Phnom Penh,Kemboja

Pada awal pagi kami melawat sebuah masjid baru yang cukup besar tajaan sebuah keluarga Pak Arab dari UAE(anggaran kos sekitar antara RM 2-4 juta).Ia terletak tidak berapa jauh dari pejabat Perdana Menteri Kemboja.Sekitar kawasannya yang luas dijadikan tempat senaman pagi penduduk majoriti Buddha.Penduduk Islam-Buddha di Kemboja hidup aman damai,peperangan silam mengajar mereka betapa bernilainya keamanan-perpaduan.

Selepas sarapan pagi kami rombongan 4 buah kereta dengan bantuan polis pengiring meneruskan perjalanan ke perkampungan Champ yang jarak perjalanannya mengambil masa 3 jam pergi 3 jam balik dari bandar Phnom Penh ke perkampungan Champ tersebut.

Kami dibawa melihat tapak tanah perancangan pembinaan universiti yang ditaja oleh IDB OIC ,derma rakyat Malaysia dll.Kemudiannya kami dibawa ke kompleks sekolah untuk anak miskin-anak yatim Champ yang juga merupakan hasil derma rakyat Malaysia.Penasihat Sultan Johor dan Dato Rahman Brothers juga memberikan derma kepada para pelajar dan guru di sekolah tersebut.

Kami meneruskan lawatan ke sekolah integrasi juga untuk anak yatim anak miskin Champ yang tanahnya diwakafkan oleh seorang penduduk disini bernama Abdur Rahman dan kos penuh pembinaan sekolah integrasi ini ditaja sepenuhnya oleh Dato Rahman Brothers.Abdur Rahman Kemboja dan Abdur Rahman Malaysia bergabung maka siaplah bangunan sekolah untuk penduduk Champ ini.Seorang mewakafkan tanahnya(Rahman Kemboja) dan seorang lagi menaja keseluruhan pembinaan bangunan sekolah (Dato Rahman Brothers)Di sekeliling sekolah ini terdapat kebun pokok getah dan mangga yang dalam proses dibeli oleh Dato Rahman untuk diwakafkan kepada pihak sekolah.

Dato Rahman Brothers seorangg jutawan dermawan yang bermula dari bawah.Di setiap persinggahan kami sekitar perkampungan Champ,beliau akan memberi sampul berisi wang kepada setiap anak-anak yatim-miskin dan guru-guru mereka.

Beliau menasihatkan saya agar berpakat dengan anak saudara beliau dan anak-anak muda Kemboja yang bersama kami sepanjang kembara ini untuk melihat juga peluang-peluang perniagaan di Kemboja ini.

Kami kembali ke bandar Phnom Penh untuk melawat sebuah lagi sekolah integrasi milik Cambodian Muslim Intellectual Assocation (khusus untuk anak yatim-miskin)yang juga mendapat tajaan-derma khususnya dari rakyat Malaysia.Hasil usaha keras anak-anak muda Champ berpendidikan tinggi melalui  Cambodian Muslim Intellectual Assocation ,tapak tanah yang asalnya lombong terbiar kini didirikan sekolah integrasi dua tingkat dan kini akan diperluaskan lagi dengan bantuan semua pihak.

Setelah sehari suntuk perjalanan jauh ke pedalaman perkampungan Champ,pada malam harinya kami dibawa makan menaiki kapal cruise mengelilingi Sungai Mekong dan dapat melihat pemandangan indah Phnom Penh di malam hari.Makan malam ini turut dihadiri oleh wakil Kedutaan Malaysia di Kemboja yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepada rakyat Malaysia yang ingin mengadakan pelbagai projek pendidikan-kemanusiaan disini.

(10 Mac 2016)Hari ketiga di Phnom Penh,Kemboja

Kami meneruskan perjalanan kembara pagi ini dengan memasuki satu lagi pedalaman perkampungan Champ untuk menghadiri acara pecah tanah pembangunan kompleks pendidikan yang turut ditaja oleh kerajaan Johor dan para dermawan Malaysia.

H E Hun Manet anak kepada H E Hun Sen(Perdana Menteri Kemboja) merasmikan acara ini dan turut beramah mesra dengan rombongan Malaysia diketuai oleh penasihat Sultan Johor.

Acara ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung yang memenuhi perkarangan tempat acara berlangsung .Mereka  sangat menghormati dan mengkagumi Hun Manet dan Hun Sen yang mengambil berat soal kebajikan minoriti champa.Hun Manet yang berpendidikan tinggi (PHD Ekonomi) dan mendapat latihan ketenteraan di akademi tentera di Amerika ini cukup mesra rakyat dan beliau meluangkan masa yang mencukupi untuk beramah mesra dan bergambar selfie bersama penduduk kampung.

Beliau dikatakan sedang dipersiapkan ayahnya Hun Sen sebagai Perdana Menteri dan seperti ayahnya Hun Sen,beliau sangat mesra dengan minoriti muslim Champa.Dalam ucapan beliau,beliau ada menceritakan bagaimana beliau terpisah dengan ayahnya sewaktu perang dahulu dan beliau berharap hubungan antara Malaysia dan Kemboja akan lebih rapat selepas ini apatahlagi dengan pelbagai bantuan kepada rakyat Kemboja oleh rakyat Malaysia.Mengikut satu cerita yang diberitahu oleh sahabat saya ,Perdana Menteri  Kemboja sekarang ini;Hun Sen pernah diselamatkan Muslim Champa sewaktu perang dahulu.

Sepanjang perjalanan menuju ke perkampungan Champ ini kami dapat melihat suasana kampung dan projek pembangunan jalan raya yang giat diadakan oleh kerajaan Kemboja pimpinan Hun Sen.
Tamat acara selepas makan tengahari disebuah restoran Malaysia di bandar Phnom Penh,kami singgah sebentar ke pasar di bandar Phnom Penh membeli barang keperluan sebelum bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Penguasaan ekonomi/perniagaan(Galakkan anak muda berniaga sejak muda)+pendidikan(Bina sebanyak mungkin institusi pendidikan yang berkualiti)+politik(Penguasaan posisi strategik kepimpinan). Demikianlah yang bermain-main dalam fikiran saya selepas berkunjung ke beberapa perkampungan Champ di Kemboja  ini.





Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…