Skip to main content

Futuristic Innovation, High Tech dan Mentaliti Rakyat Negara Maju.

oleh Effendy Zulkifly

Dalam wishlist saya sejak dari dulu lagi ialah bertemu Elon Musk. Elon Musk ini antara tokoh Future Tech yang ingin saya ketemu. Elon Musk ini sanggup mempertaruhkan keseluruhan asset yang dia ada untuk mempertahankan Tesla Motors yang dikecam hebat pada awalnya.





Tesla Motors ni pengeluar Electric Car paling powerful di dunia sekarang ini. Teknologi cutting edge, breaktrough high tech tak semua orang boleh terima. Rejection itu biasa, namun kajian dan perlaksanaan high tech dengan sokong R&D sangat penting.
Sebab itu negara seperti USA, China, German, Korea, Japan dan Russia apabila melibatkan R&D high tech mereka akan sanggup  berhabisan dan menjadi antara budget belanjawan tertinggi negara. 
Berbalik kepada Elon Musk. Akhirnya beliau berjaya convinced Obama untuk support projek Teslar Motors beliau dengan billions USD punya budget. Ramai yang kritik Obama atas keputusan itu. Namun akhirnya Elon Musk buktikan Tesla Motors berjaya.
Projek Space X juga berjaya dan satu-satunya syarikat swasta di dunia yang self funded untuk teknologi angkasa. Teknologi angkasa ni sangat mahal dan hanya budget melalui negara sahaja boleh support.
Tapi Elon Musk buktikan individu dan swasta juga mampu laksanakan projek aeroangkasa. Beliau membayangkan tak lama lagi perlancongan angkasa akan jadi industri commercial tak lama lagi. Beliau juga membuat research mendalam kemungkinan kemungkinan yang ada untuk manusia tinggal di Planet Marikh
Bagi Elon Musk. Kekayaan yang dia miliki adalah untuk dikembalikan semula kepada sumbangan inovasi dan teknologi. Ianya bukan lagi soal kekayaan untuk diri sendiri atau syarikat semata-mata dan dia sanggup bankrup ambil segala risiko gila mempertahankan idealisme Futuristic Innovation beliau.
Beliau bercerai berai dua kali dengan isteri-isteri beliau pun mungkin disebabkan kegilaan beliau dalam teknologi dan terlalu komited pada kerja-kerja beliau pada high tech dan innovation ini.
Kesimpulannya.
Di negara kita, negara so called negara Islam ini. Persoalan fiqh ribuan tahun lepas soal remeh temeh boleh jadi isu nasional dan bertikam leher sesama umat Islam. Isu Islam aku Islam betul dan Islam engkau Islam salah, sering kedengaran seolah-olah syurga dan neraka di tangan mereka.
Kita juga pengguna dan pembeli tegar produk orang luar dan terlalu bergantung kepada kerajaan untuk memulakan apa sahaja perkara dalam kehidupan terutama bidang  ekonomi apatah lagi teknologi inovasi.
Kita kurang membangunkan simposium, wacana, konvensyen atau persidangan antarabangsa berkaitan High Tech, Innovasi dan pemikiran R&D untuk teknologi. Ianya tidak menjadi budaya kita.
Jika ingin jadi negara maju, inilah jawapannya yang perlu kita budayakan, teknologi, inovasi dan budaya ilmu.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…