Skip to main content

Global Child Forum 2016

Minit-minit akhir diterima sebagai peserta untuk mengikuti acara Global Child Forum yang pertama kali diadakan di Asia Tenggara(sebelum ini diadakan di Dubai-Afrika dll).
Acara ini dianjurkan oleh Kerajaan Sweden melalui Global Child Forum dengan kerjasama Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan yang paling menarik ia dihadiri sendiri oleh H.M. King Carl XVI Gustaf (Raja negara Sweden) dan H.M. Queen Silvia( Permaisuri negara Sweden)serta Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puan Pahang Darul Makmur(anak allahyarham Sultan Johor Sultan Iskandar)
Acara ini sebenarnya tertutup untuk jemputan terpilih sahaja tetapi saya menghubungi pihak sekretariat Global Child Forum di Sweden melalui email dan selepas menyatakan hasrat menyertai acara dan sedikit latar belakang pendidikan-melalui resume/cv,mereka menerima pemohonan sebagai peserta itu.







(Petua:Apa-apa acara antarabangsa yang menampilkan tokoh-tokoh; hubungi terus pihak sekretariatnya,email mereka selalu-hantar resume/cv dan apa-apa maklumat berkaitan anda)
Program ini membahaskan soal hak kanak-kanak dan peranan sektor korporat-ahli perniagaan/usahawan dalam membantu memperjuangkan hak kanak-kanak.
Selain pembentangan oleh pakar-pakar turut diadakan sesi Action Lab dimana para peserta berpeluang mengikuti bengkel tertutup mengikut 4 kumpulan yang dibahagikan dan saya memilih sesi berkaitan kanak-kanak dan ICT (kumpulan 2-pembentangan oleh wakil Microsoft dll) sebelum berpeluang mengikuti sesi kumpulan 1 yang turut disertai sendiri oleh H.M. King Carl XVI Gustaf , H.M. Queen Silvia dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Bayangkan Raja dan Permaisuri Sweden serta Tengku Puan Pahang Darul Makmur bukan sekadar tetamu VVIP bahkan turut menyertai penuh acara seminar dan bengkel Global Child Forum ini.
Tabik hormat kepada mereka!
Antara peserta yang hadir ialah wakil pimpinan IKEA Foundation,UNICEF,UNESCO,UNODC,,Edoo,YTL,Asian Development Bank dll.
Saya kurang pasti samada penganjuran di Kuala Lumpur ini ada kaitan dengan kes 'pukul' anak rakyat Malaysia di Sweden yang mengemparkan sebelum ini (ditangani juga oleh rakan kami di Sweden Yasri Shamsudin Khan )tetapi hikmah di sebalik kes itu barangkali Malaysia boleh belajar daripada Sweden khususnya tentang hak kanak-kanak dan acara ini juga mengeratkan lagi hubungan antara Sweden dan Malaysia.
Tuntutlah ilmu walau ke negara Sweden !

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…