Skip to main content

Kongres Muda-usahawan muda

Saya sempat menghadiri acara Kongres Muda anjuran GMB dengan kerjasama MATRADE-Kementerian Kewangan pada  22 Disember 2015 yang lalu bertempat di Kuala Lumpur.Acara ini dihadiri oleh para usahawan bumiputera dan anak muda yang berminat dalam dunia keusahawanan.




Dalam acara kongres ini juga terdapat sesi penjelasan berkenaan TPPA,hal pelaburan,perdagangan,eksport,GDP,FDI,perkembangan berkenaan Asean Economy Community(AEC) dan RECP.

Melalui MATRADE,MITI,MOF dan pelbagai agensi kerajaan,kerajaan komited mahu memperkasakan SME kita dan memberi pendedahan awal kepada generasi muda tentang kepentingan keusahawanan dan perniagaan serta mahu memberi penekanan kepada pembangunan kurikulum pendidikan-budaya agar lebih ramai rakyat Malaysia menceburi bidang keusahawanan ini.
Hal  ekonomi berasaskan masyarakat,infaq-waqaf dan amalan terbaik urus tadbir juga dibahaskan dalam kongres usahawan ini.

Dato Dzulkifli Mahmud,(CEO Matrade )sewaktu menyampaikan pembentangannya menekankan soal perkembangan ekonomi terkini dengan kemajuan perniagaan dalam bidang e-commerce dan pengunaan gajet-gajet terkini,hp -mobile dalam menggerakkan perniagaan di alam maya.Beliau juga mengambil contoh kemajuan perniagaan Bangi Kopitiam yang memiliki pelbagai cawangan di pelbagai negara.Beliau mencabar para usahawan agar berani meneroka pasaran luar negara dan mampu berdagang dengan lebih 230 negara serta memberi contoh kejayaan anak Malaysia yang merekacipta chip dan helikopter yang berjaya meneroka di pasaran antarabangsa.

Dato Frieda(Chempaka International School) pula menasihatkan para usahawan agar sentiasa berkerjasama berkumpulan ,merangka pelan perniagaan dan memiliki visi masa depan disamping menjana dana kewangan serta menjaga ketepatan dan pengurusan masa dengan cekap.

Dato Yusuf Haslam(pengarah filem terkenal) juga berkongsi pengalaman beliau dalam dunia perniagaan dengan pembukaan restoran yang bermula dengan sebuah restoran kecil sehingga mampu memiliki banyak cawangan dan meraih keuntungan .Bagi beliau para usahawan harus memiliki semangat dan visi yang jelas dalam mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Dato Mustafa Muhamad(Menteri Perdagangan-MITI) mencabar para usahawan agar memiliki  keyakinan dan mengiktiraf kejayaan rakyat Malaysia di luar negara serta kejayaan Petronas-Khazanah-Axiata dan sebagainya .Beliau mengambil contoh kejayaan anak Malaysia di Kenya dan kejayaan syarikat Malaysia membangunkan lapangan terbang di Turki dan bagi beliau para usahawan harus berani bersaing apatahlagi dengan cabaran persaingan global,,rajin,sanggup ambil risiko dan tidak  mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.

Para usahawan tempatan menurut beliau juga perlu membina jenama Malaysia di mata dunia.Beliau meluahkan rasa  bangga  dengan rakyat Malaysia yang berjaya di luar negara dan beliau meminta agar para usahawan tidak menafikan segala  usaha kerajaan dalam membantu para usahawan  melalui TERAJU  dengan kad laporan ekonomi bumiputera,Majlis Ekonomi Bumiputera yang bermesyuarat  sebulan sekali dengan dipengerusikan sendiri oleh pimpinan tertinggi negara,projek bantuan SUPERB(100 juta- 3 tahun),MARA dan sebagainya dan beliau mengharapkan lebih banyak  program pembinaan kapasiti usahawan diadakan oleh semua pihak .

Timbalan Perdana Menteri,Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan ucapan penutup kongres ini pula memberi penekanan kepada soal modal insan,integriti dan kejujuran dan meraih berkat di dunia dan di akhirat.Beliau mengambil contoh sejarah Abdur Rahman Auf yang berjaya dalam dunia perniagaan dan tidak melupakan hal  infaq-sadaqah dan zakat serta membantu para asnaf yang memerlukan bantuan.Menurut beliau kerajaan  sudah banyak memberi pelbagai infrastruktur-inisiatif-kredit dan rakyat juga harus sentiasa ada rasa syukur.Melalui MITI,MOF, TERAJU,INSKEN, SME Corp, GMB ,MATRADE dan sebagainya kerajaan telah berusaha keras membantu para usahawan dan dengan kehadiran tahun 2016  ini cabaran menanti akan  lebih hebat dan dengan situasi ekonomi dunia yang tidak menentu juga kerajaan telah kehilangan pendapatan.Maka oleh kerana itu kerajaan berusaha untuk melahirkan 1 usahawan dalam 1 keluarga dan apa jua cabaran ekonomi yang mendatang harus membuatkan rakyat sentiasa bersatu dan memiliki kesatuan pemikiran,hati dan tindakan.


Tamat acara kongres usahawan ini juga saya bersama Effendy Zulkifly sempat mengadakan pertemuan bersama Tuan Norizan Sharif(Pengarah Institut Keusahawanan Negara-INSKEN) di pejabat Malaysian Turkish  Chamber dan beliau berkongsi perkembangan terkini INSKEN dalam membantu para usahawan.Bagi beliau anak muda Malaysia harus berani meneroka pasaran antarabangsa dan tidak takut dengan cabaran.Beliau mengharapkan anak muda Malaysia mampu membuat produk sendiri dan melebarkan sayap ke luar negara bahkan sehingga mampu membuka pejabat sendiri di luar negara.Beliau berharap lebih ramai anak muda Malaysia menceburi bidang perniagaan dan beliau merancang untuk mengumpulkan anak muda usahawan tempatan dan luar negara dalam satu ekspo perniagaan dan dalam ekspo tersebut anak muda Malaysia mampu mempromosi produk-produk Malaysia di pasaran antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…