Skip to main content

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi tahun ini dan kali ini ia tidak lagi diadakan di PWTC sebaliknya diadakan pula di MAEPS,Serdang.Tidak seperti PWTC yang berdekatan dengan pelbagai stesyen pengangkutan awam,MAEPS sedikit jauh dari stesyen pengangkutan awam namun pastinya pihak penganjur ada cara penyelesaiannya seperti penyediaan bas shuttle apatahlagi di MAEPS ini juga sering diadakan pelbagai acara besar seperti MAHA,kongres usahawan dan lain-lain.



Lokasi MAEPS di Serdang dan kawasan sekitarnya seperti Seri Kembangan-Bangi-Kajang  ini dikelilingi oleh banyak pusat pengajian tinggi awam dan swasta dan sewajarnya pusat pengajian tinggi awam dan swasta ini memberi sokongan penuh kepada penganjuran acara pesta buku ini dengan menghantar lebih ramai rombongan pelajarnya untuk mengikuti pelbagai acara yang diadakan bersempena dengan pesta buku ini.

Pesta buku ini pastinya ditunggu-tunggu oleh para penulis ,pembaca dan peminat buku dan pastinya akan ada buku-buku terbaru karya penulis tempatan yang bakal dilancarkan di acara ini nanti.Kita mengharapkan lebih banyak buku yang berkualiti dihasilkan oleh para penulis kita dan masyarakat mengambil manfaat daripada penghasilan buku-buku tersebut.
Masyarakat kita di Malaysia perlu lebih didekatkan dengan hal-hal keilmuan apatahlagi menjelang Wawasan 2020 yang bakal tiba tidak lama lagi.Dalam keadaan situasi ekonomi dunia yang tidak menentu,perlambakan program-program hiburan santai,krisis politik antarabangsa juga dalam negara dan sebagainya,masyarakat kita perlu tetap menjunjung tinggi semangat membaca ,berfikir dan mencintai ilmu dan kewujudan masyarakat berilmu dan berfikir inilah perlu menjadi keutamaan negara kita dalam mencapai status negara maju.

Penganjuran pesta buku ini diharapkan dapat mencetuskan semangat mencintai ilmu khususnya dalam kalangan generasi muda kita.Saban tahun penganjuran pesta buku  kita dapat melihat kehadiran ramai anak muda,para pelajar sekolah rendah,sekolah menengah dan universiti yang memenuhi ruang di pesta buku dan kepada merekalah tumpuan utama harus diberikan dalam menyuntik budaya membaca,berfikir dan mencintai ilmu dalam jiwa mereka.

Dato Jaafar Rahim dalam tulisannya Membicarakan Falsafah Buku dalam buku karya beliau Dunia Pemikiran Jaafar Rahim ada mengungkapkan bahawa :-
'Penerbit tidak semata-mata menerbitkan sebarang buku asalkan laku.Para editor akan jelas dengan matlamat penerbitan buku.Pembaca pula terutama yang tercari-cari akan hakikat buku akan menemuinya dengan penuh kebijaksanaan'
Kita juga mengharapkan para penerbit buku walau dalam keadaan situasi ekonomi yang tidak menentu dan persaingan dengan buku-buku elektronik -e book dan terbitan di alam maya tidak berputus asa untuk tetap menerbitkan buku-buku yang mencerahkan dan membentuk pemikiran masyarakat dan pastinya bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata.

Disamping penjualan pelbagai buku di acara pesta buku ini,turut diadakan pelbagai sesi diskusi-wacana menampilkan para penulis buku itu sendiri.Peluang untuk menemui para penulis ini wajar disambut oleh masyarakat kita untuk mengambil semangat menulis seterusnya berazam untuk juga menulis buku suatu hari nanti.Perkongsian ilmu antara penulis dengan masyarakat dan penulis lama dengan penulis baru juga wajar disemarakkan lagi melalui penganjuran pelbagai siri bengkel penulisan.Hasil bengkel penulisan ini nanti diharapkan dapat melahirkan lebih ramai penulis Malaysia yang berkualiti dan mampu menghasilkan karya-karya bermutu tinggi suatu hari nanti.
Generasi muda khususnya wajar diberi pendedahan awal tentang kaedah dan strategi untuk menulis dengan lebih berkesan seterusnya proses dalam menerbitkan buku itu sendiri.

Pastinya kita tidak mahu pesta buku ini sekadar menjadi tempat penjualan buku semata-mata dan oleh kerana itulah masyarakat kita perlu sama-sama menyertai dan turut serta dalam siri diskusi dan wacana yang dianjurkan bersempena dengan pesta buku ini.Melalui diskusi dan wacana itu nanti diharapkan berlaku percambahan idea dan membuka minda kita untuk terus membaca,mengkaji,menganalisis fakta  seterusnya menulis buku demi menyemarakkan lagi kegiatan ilmu dan tradisi intelektual di tanah air kita ini.

Penganjuran pesta buku ini juga seakan menjadi satu platform menghimpunkan para penulis yang berselerakan di seluruh negeri dan ia diharapkan dapat menjadi satu himpunan yang mampu mengeratkan hubungan antara penulis dan membentuk jaringan penulis yang saling berkerjasama memikirkan bagaimana mahu menghasilkan karya-karya yang berkualiti demi pembentukan pemikiran masyarakat.Para penerbit buku juga dapat saling belajar dan membina kerjasama yang lebih erat dengan penerbit-penerbit buku yang lain demi memperkukuhkan industri buku tanah air.

Dengan pelbagai  manfaat yang diperolehi di pesta buku ini,tidak hairanlah saban tahun penganjuran pesta buku ini juga diambil peluang oleh kelompok para pencinta ilmu dan kaki diskusi untuk mengadakan pertemuan santai di lokasi pesta buku ini sambil lepak berdiskusi berkongsi hasil bacaan dan buku yang mereka miliki.

Semoga pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur ini berjalan lancar.Jom ke pesta buku !


'Makna falsafah sesebuah buku ialah buku ialah ilmu,buku ialah pengetahuan,buku ialah pemikiran,buku ialah kemahiran dan buku ialah kemanusiaan'-Dato Jaafar Rahim dalam tulisannya Membicarakan Falsafah Buku dalam buku karya beliau Dunia Pemikiran Jaafar Rahim 

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…