Skip to main content

World Halal Week 2016-MIHAS

Saya berkesempatan mengikuti acara  World Halal Week 2016  yang berlangsung mulai 28 Mac hingga 2 April yang lalu.Di acara 7 th JAKIM International Halal Certification Bodies Convention yang berlangsung di Hotel Sama-Sama berdekatan KLIA,saya bertemu dengan Presiden WHAD dari Italy,Anna Maria yang saya kenali sejak 3-4 tahun lalu di acara MIHAS.






Setiap kali beliau ke acara MIHAS kami akan bertemu di KLCC tempat acara MIHAS dan World Halal Conference , merancang beberapa projek berkaitan halal dan bertemu ramai perwakilan,agensi kerajaan bersama-sama sepanjang MIHAS ini.Beliau kini memberi fokus kepada bidang kosmetik dan barangan SPA.Pada acara MIHAS tahun lalu beliau memperkenalkan saya dengan 2 orang stafnya yang turut serta pada acara di MIHAS dan beliau sering menghubungi saya melalui Facebook untuk bertanyakan beberapa perkara berkaitan proses pensijilan halal di Malaysia dan saya sering mengemaskini dan melaporkan perkembangan program-program berkaitan halal terkini anjuran kerajaan Malaysia yang saya sempat ikuti kepada beliau.

Oleh kerana itulah melalui perbualan di Facebook beliau menawarkan kepada saya tugas sebagai staf luar negara untuk organisasi beliau,WHAD dan kunjungan beliau kali ini juga bagi membincangkan tentang perkara ini.Kami bertemu dan berbincang panjang lebar tentang beberapa projek WHAD di Italy dan perancangan projek di Malaysia bersama-sama.

Bertemakan  'Towards the New Dimension of Halal,acara 7 th JAKIM International Halal Certification Bodies Convention  ini mengumpulkan lebih 55 badan persijilan halal yang diiktiraf JAKIM dari seluruh dunia dan acara ini membahaskan beberapa perkembangan baru sekitar persijilan halal berasaskan standard halal Malaysia dan pengalaman badan-badan dari luar negara.

Kami tidak sempat mengikuti acara di MATRADE tetapi mengikuti penuh acara World Halal Conference 2016 bertemakan 'Halal at the Forefront of economic and social change' yang dianjurkan oleh  Halal Industry Development Corporation(HDC) di KLCC.

Di acara ini kami bertemu kembali dengan ramai tokoh-tokoh dan perwakilan dari luar negara yang aktif dalam industri berkaitan halal yang saban tahun menghadiri acara ini.
Melalui sahabat kami,Effendy Zulkifly dan CEO Yayasan Media Hebat,Dato Dzulkarnain Taib,satu sidang media bersama CEO MATRADE telah diadakan di KLCC bersama Presiden WHAD Italy,Anna Maria .Sidang media ini diadakan bagi memperkenalkan kepada media tentang perancangan projek expo halal yang akan dianjurkan bersama di Italy nanti.

Sepanjang acara World Halal Conference 2016  dan MIHAS ini juga kami telah mengadakan pelbagai siri mesyuarat dan perjumpaan bersama Anna Maria,CEO Matrade,Pengerusi MATRADE,wakil HDC,Dato Abdul Malik Kassim yang merupakan Exco Pulau Pinang dan Pengerusi International Halal Hub-Halal Penang,wakil Institut Penyelidikan Produk Halal UPM,Herbal Asia,wakil JAKIM dan ramai lagi.

Kami juga telah berkunjung ke pelbagai booth dari dalam dan luar negara dan ramai juga yang mempromosi acara expo halal yang bakal diadakan di seluruh dunia termasuk di Korea,China,Chile,UK dan banyak lagi.Kami juga sempat melihat satu alat teknologi canggih yang digunakan dalam industri halal ciptaan saintis Malaysia yang mendapat perakuan pihak antarabangsa.
MIHAS tahun ini turut disertai oleh wakil negara Afrika Selatan,Bulgaria selain pelbagai negara dari seluruh dunia yang menyertai MIHAS setiap tahun.

Mengikut pihak penganjur pada tahun lalu,MIHAS telah meraih sebanyak  RM 1.1 billion sepanjang acara dimana  RM 655.8 million hasil jualan daripada pameran dan RM 443.2 million melalui sesi 'business matching'.


Industri halal yang semakin berkembang di Malaysia ini bukan semata-mata berkaitan makanan halal sahaja bahkan lebih meluas merangkumi pelbagai aspek seperti sektor pelancongan,farmasi,kesihatan,media,rekreasi dan e-commerce.Industri halal ini juga bukan semata-mata untuk muslim sahaja bahkan ia bersifat universal dan boleh diterima oleh semua orang.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…