Skip to main content

Ziarah Karyawan Felda Kepis

Ziarah Karyawan Felda Kepis telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 30 Oktober 2016 baru-baru ini. Ziarah Karyawan secara keseluruhannya telah berlangsung buat kali ke 9 selepas diadakan di pelbagai tempat seperti di Ulu Legong,Kedah,Janda Baik,Pahang,Tanjung Malim Bota-Lumut-Parit,Perak,Kuala Sungai Baru,Melaka ,Batang Kali,Selangor dan sebagainya dan kali ini ia diadakan pula bertempat di Felda Kepis,Bahau Kuala Pilah,Negeri Sembilan.




Ziarah Karyawan Felda Kepis ini dirasmikan oleh TYT Dato Seri Hasan bin Malek ,Duta Besar Malaysia ke Kemboja merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah,Negeri Sembilan dan penutupnya oleh Tan Sri Isa Samad,Pengerusi FELDA. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Kepis,acara Ziarah Karyawan kali ini mendapat sokongan penuh dari pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Kepis dengan kehadiran guru besar,para guru dan pelajarnya disamping sokongan dari warga Felda Kepis itu sendiri yang turut hadir memeriahkan majlis perkampungan seni budaya-sastera ini.




Di samping acara ini juga turut diadakan acara mahasiswa USIM (40 orang pelajar pusat kebudayaan)bersama masyarakat warga Felda Kepis dan penginapan di rumah ibu ayah angkat di Felda Kepis ini. Turut diadakan pada Ziarah Karyawan kali ini ialah Sayembara Baca Sajak Usman Awang yang menampilkan para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan,wacana cendekia,muzikal sajak,apresiasi filem dan acara tumpuan utama para kerabat Ziarah Karyawan,Baca Sajak Sampai Subuh yang bukan sahaja diserikan dengan bacaan sajak semata-mata bahkan juga nyanyian lagu-petikan gitar-seruling dan sebagainya sambil dijamu makanan dan minuman rasmi Ziarah Karyawan,ubi kayu dan kopi panas,




Ziarah Karyawan yang diasaskan oleh Pak Yassin Salleh dan dinaungi oleh Dato Nasarudin Hashim ini diserikan dengan kehadiran para penulis (buku,novel,cerpen,lirik lagu dan sebagainya),pengiat teater-monolog,penyair,pemuzik dan para seniman-budayawan dari Malaysia dan Indonesia.Antara yang hadir pada acara Ziarah Karyawan kali ini ialah Pak Yassin Salleh,Dato Nasarudin Hashim,Dinsman,Siso Kopratasa,Saidin Omar@Adinda Amirol,Haslina Usman Awang,Puan Zaharah Othman dan kerabat Ziarah Karyawan dari Indonesia seperti Zulkarnain Siregar/Oppong Lela Jingga,Rahmanidar Syafei Putri,Eko Petra,Ahmadi Syarif,Ilhamdi Sulaiman,Zulfiyadani Harahap,Iqbal Miswa dan para kerabat setia Ziarah Karyawan.Majlis peluncuran buku karya kerabat Ziarah Karyawan turut diadakan seperti biasa yang menyaksikan setiap kali penganjuran acara Ziarah Karyawan akan muncul buku-buku terbaru karya para kerabat Ziarah Karyawan terbitan usaha mereka sendiri.




Teater monolog spontan oleh Ilhamdi Sulaiman dari Indonesia yang memulakan aksinya dengan bertopeng diikuti kain panjang putih yang diikat disekeliling badannya dengan aksi membakar kain,tercampak ke bawah lantai,duduk dihempap bawah kerusi mengemparkan para hadirin yang hadir,Beliau membawa kisah ketegasan dalam mempertahankan prinsip hidup sehingga rela terkorban.Begitu juga dengan teater monolog Eko Petra juga dari Indonesia yang membuat aksi menghempas telefon bimbit dan ‘cubaan bunuh diri’ mengisahkan seorang yang menanti mesej SMS –menanti kehadiran orang yang disayangi yang tidak kunjung tiba sehingga membuat keputusan drastik mengikut emosi dengan membunuh diri.




Siso Kopratasa menghiburkan para hadirin dengan lagu nostalgia Kopratasa,Masihkah Kau Ingat manakala Saidin Omar@Adinda Amirol yang telah menulis pelbagai lirik lagu nyanyian artis terkenal menyanyikan lagu dalam album beliau Mimpi Anak Muda dan nyanyian spontan lagu sajak nukilan Pak Yassin Salleh .Majlis turut dihiburkan dengan persembahan caklepong dari mahasiswa Pusat Kebudayaan USIM,bunyian seruling merdu oleh anak warga Felda Kepis sendiri dan nyanyian lagu indah oleh band muzik anak muda Kuraba, tetamu ziarah karyawan kali ini.








Dalam sesi apresiasi filem pula,para kerabat Ziarah Karyawan buat pertama kalinya disajikan dengan ulasan serta sedutan filem Dia Ibuku,karya pengasas Ziarah Karyawan, Pak Yassin Salleh yang telah mencipta rekod kemenangan anugerah yang masih bertahan dalam festival filem ke 2 suatu ketika dahulu.Pak Yassin Salleh sendiri selaku pengarah filem ini mengupas sejarah pembikinan filem Dia Ibuku lakonan Sarimah ini dimana beliau menyatakan bahawa filem ini merupakan suatu perlambangan nilai murni yang dipegangnya,kisah taksub kepada kekayaan dan mudah terpengaruh dengan fitnah bikinan orang lain.




Di sekeliling Sekolah Kebangsaan Kepis ,tempat acara Ziarah Karyawan Felda Kepis ini turut dihiasi oleh bunting koleksi sajak para kerabat Ziarah Karyawan,jualan buku karya para kerabat Ziarah Karyawan,dan van bergerak jualan buku Ujana Ilmu Dewan Bahasa dan Pustaka .








Penganjuran Ziarah Karyawan ini mengeratkan lagi hubungan antara para kerabat Ziarah Karyawan yang berkongsi jiwa ‘kebersamaan’ ini ,disamping memberi motivasi kepada para penulis baru dan para pencinta seni budaya-sastera serta turut mendekatkan lagi masyarakat dengan para seniman-budayawan.Semoga Ziarah Karyawan terus berlangsung dengan jayanya dalam siri Ziarah Karyawan seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…