Skip to main content

Pangkor Dialogue 2016

oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

Saya sempat mengikuti penuh acara Pangkor Dialogue 2016 di Casuarina@Meru,Ipoh,Perak Darul Ridzuan.Pangkor Dialogue kali ini menampilkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang namun pada tulisan kali ini saya akan mencatat hasil penyertaan saya pada sesi yang menampilkan Fredrik Haren dan Profesor Muhammad Yunus.Namun sebelum itu saya catatkan terlebih dahulu rumusan ucapan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan,Dato Seri Dr Zambry Kadir yang menjadi tonggak utama acara Pangkor Dialogue ini.



Rumusan ucapan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan,Dato Seri Dr Zambry Kadir pada Pangkor Dialogue 2016

Dato Seri Dr Zambry Kadir menekankan soal kerjasama dan jaringan rentas sempadan untuk kerajaan,badan korporat dan masyarakat sivil dalam mewujudkan pembangunan yang lestari. Pembangunan lestari harus didasarkan kepada penerimaan,kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam menangani isu kemiskinan,ketidakseimbangan ekonomi,ketidakadilan sosial,kemusnahan alam sekitar dan kerosakan global.

Pembangunan lestari perlu mewujudkan persamaan peluang,menekankan soal maruah keinsanan dan berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan masyarakat ,mencipta penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan efektif  untuk pembangunan lestari dan ini menuntut perubahan dalam pemikiran agar pembangunan itu tidak bergantung hanya kepada penilaian GDP semata-mata.Tidak wajar hanya 1 peratus sahaja yang memiliki kekayaan dunia dengan kualiti kehidupan dan 1 peratus itu yang membunuh alam sekitar untuk meraih keuntungan tidak ternilai.

Pembangunan lestari mengikut kemampuan;kecil atau besar memerlukan juga penyelesaian yang lestari dan oleh kerana itu mengikut beliau kita perlu merubah cara kita melakukan sesuatu,memikirkan kesan jauh masa depan bahkan untuk generasi akan datang disamping senantiasa menjaga alam sekitar dan mewujudkan kesejahteraan  buat negara.

Mengikut beliau juga kita tidak lagi selamanya fokus  kepada perbelanjaan wang  semata-mata tetapi juga menilai hasil kembali daripada pelaburan kita dan hasil apa yang kita akan capai nanti.Beliau berharap Perak akan menjadi hub pekerjaan dengan kualiti terbaik disamping dapat menjana pendapatan dan menarik bakat tempatan berkemahiran yang terbaik.

Dalam usaha membantu rakyat, kerajaan berusaha melabur dalam hal teknologi dan multimedia serta pelancongan disamping memudahkan proses pembangunan perniagaan,menyedia geran dan peluang  keusahawanan yang dipimpin anak muda dan berkerjasama juga dengan badan warisan untuk projek pelancongan warisan –eko pelancongan demi pemuliharaan alam sekitar.

Kewujudan NCER -The Northern Corridor Economic Region atau Koridor Utara( satu daripada 5 koridor ekonomi inisiatif bawah Rancangan Malaysia ke 9) dengan strategi pembangunan ekonomi dalam mengatasi ketidakseimbangan di kawasan Utara termasuk Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak ini perlu diambil peluang oleh rakyat kata beliau dan walaupun lokasi strategik Perak iaitu antara 2 buah negeri maju ,Selangor dan Pulau Pinang,beliau mengatakan Perak tidaklah perlu menjadi Selangor atau Pulau Pinang bahkan perlu tetap menjadi Perak dan mencipta jenama sendiri.


Syarahan Fredrik  Haren

Fredrik Haren merupakan pakar dalam soal kreativiti dan beliau telah menyampaikan lebih 1000 syarahan/pembentangan/bengkel di lebih 25 negara dan syarahan beliau banyak memberi fokus kepada persoalan kreativiti,menjana idea dan keusahawanan.Beliau pernah diundi sebagai  ‘Speaker of the Year 2007’ di Sweden,tercalon sebagai ‘Entrepreneur of the year 2003’ oleh majalah Shortcut  di Sweden,menerima anugerah ‘Innovative Thinker of the Year’ dan merupakan pengasas interesting.org dimana ‘idea perniagaannya ialah untuk melakukan perniagaan daripada idea-idea’.




Fredrik  Haren membawa kisah bagaimana chef di Sweden diiktiraf antara chef yang paling terbaik dan menewaskan pesaing mereka yang lebih popular dari negara seperti Italy,Perancis,Jepun,Thailand,Switzerland dan sebagainya.Chef di Sweden tidaklah sepopular berbanding di negara lain namun mengikut beliau kebanyakan chef Sweden rajin belajar dari chef –chef terkenal dari pelbagai negara sehingga mereka mampu menyaingi chef-chef dari negara lain.Beliau membuat perbandingan juga antara sekadar meniru bulat-bulat dan usaha inovasi disamping menimbulkan  persoalan antara ‘copyright?’,’copy right?’ dan ‘copying right!’

Bagi Fredrik  Haren,inovasi cukup penting dan perlu dijadikan identiti sesebuah negara dan untuk itu  juga ia memerlukan corak fikiran yang menampilkan jalan- jalan dan kaedah yang baru dalam pelbagai bidang disamping menyedari  kewujudan pelbagai  ragam manusia secara global.
Beliau mengambil contoh isu-isu dalam komunikasi,berita,pelancongan,teknologi dan sebagainya  yang memerlukan suatu inovasi baru.

Fredrik  Haren juga mengambil contoh bagaimana penerbangan Emirate yang dilihat beliau sebagai suatu perkhidmatan pro kemanusiaan sebagai contoh dimana dalam penerbangan tersebut ia menggunakan bahasa inklusif,kepelbagaian bahasa yang difahami oleh para penumpang berbanding penerbangan lain yang kadangkala menggunakan satu lenggok bahasa yang kurang difahami oleh para penumpang.

Minda kreatif perlu dipupuk apatahlagi dalam dunia digital masa kini dan dunia global yang menyaksikan pergerakan  manusia ke sana sini di seluruh pelusuk dunia. Fredrik  Haren mencadangkan beberapa perkara seperti:-

Berfikir secara  global namun mampu bertindak secara tempatan
Berfikir tentang kemanusiaan  dan bertindak penuh manusiawi
Bergerak atas jalan kemanusiaan dan memahami pemikiran-minda manusia

Pemimpin kreatif bagi beliau juga akan melakukan pelbagai  perbezaan dan menyuntik inspirasi ke arah kreativiti terhadap orang bawahannya.Beliau mengambil Richard Branson,Steve Job dan IKEA sebagai contoh usaha kreativiti yang perlu dipelajari bersama.

Fredrik Haren juga sempat membuat pembandingan antara drama filem Cina dan Hollywood,persoalan antara negara membangun dan negara maju,perkembangan gajet-teknologi kontemporari dalam membicarakan soal kreativiti bahkan mengambil contoh bagaimana mangkuk  kencing di tandas juga mengalami perkembangan hasil kreativiti manusia.Walaupun satu dunia kata beliau namun ia tetap memiliki banyak idea dan usaha ke arah penghasilan idea-idea yang berbeza ini perlu digilap sebaik mungkin.

Syarahan Prof Muhammad Yunus

Prof Muhammad Yunus menceritakan pengalaman hidup beliau dan bagaimana beliau memulakan projek Grameen Bank.Pada peringkat awalnya beliau menggerakkan usaha menangani isu kemiskinan di kampung-kampung luar bandar sekitar Bangladesh dan kemudiannya ia menarik perhatian banyak pihak yang mahu mempelajari kaedah yang digunapakai oleh beliau termasuk oleh Amanah Ikhtiar Malaysia,di Indonesia,di Filipina dan Presiden Amerika ketika itu ,Bill Clinton.




Bagi Prof Muhammad Yunus,beliau ingin melakukan sesuatu  yang berbeza khususnya dalam aspek minda pemikiran masyarakat disamping memberi perhatian kepada sistem pendidikan.Beliau juga melihat kelemahan dalam sistem perbankan masyarakat dimana masyarakat disana hidup dalam suasana yang sangat miskin.Bermula dengan kepercayaan-amanah,beliau mula menggerakkan pelbagai projek berkaitan kesihatan,pendidikan dan kemudiannya teknologi.

Beliau cuba mengenalpasti masalah yang wujud dan mula berfikir dan merangka projek yang mampu  untuk menyelesaikan masalah  melalui usaha keusahawanan-perniagaan.Beliau mahu menukar bentuk projek kebajikan yang sering dilakukan ramai pihak dan institusi oleh kerana itu beliau memikirkan bagaimana juga mahu menjana dana kewangan melalui projek perniagaan oleh masyarakat setempat bahkan agar masyarakat tersebut mendapat kembali wang hasil keuntungan projek tersebut.Ini boleh mengelakkan kebergantungan penuh kepada kerajaan.

Disamping menyelesaikan masalah masyarakat(beliau mengambil contoh permasalahan dadah,pengangguran dan kemiskinan),bagi Prof Muhammad Yunus kita juga perlu mencipta peluang perniagaan untuk masyarakat.Nilai kemanusiaan,ambil berat dan peduli sesama,berkongsi rezeki juga perlu diutamakan berbanding memikirkan kepentingan buat diri sendiri sahaja.Untuk itu sesuatu perniagaan yang dijalankan harus  lestari,berkekalan untuk jangka panjang maka kerana itu keusahawanan sosial bagi beliau merupakan satu bentuk perniagaan untuk menyelesaikan masalah masyarakat.

Prof Muhammad Yunus juga berbicara soal perbezaan antara pencari kerja  dan pencipta kerja .Bagi beliau manusia perlu sentiasa kreatif dan sentiasa berusaha untuk mencipta perubahan dalam dunia ini.Bagi beliau sistem pendidikan yang wujud kini sekadar melahirkan pencari kerja untuk mengembirakan bos mereka.Beliau berharap anak-anak muda berubah untuk menjadi perubahan yang mahu dilihat untuk negara dan dunia  keseluruhan.

Beliau berharap sistem pendidikan di sekolah menerapkan sejak awal lagi topik berkenaan bagaimana memulakan sesuatu perniagaan dan beliau juga percaya bahawa setiap manusia itu merupakan usahawan dan anak muda kita perlu digalakkan untuk menjadi usahawan .Melalui keusahawanan sosial ini beliau harapkan dapat menjayakan projek kemiskinan sifar,pengangguran sifar dan masalah pentadbiran sifar.


Beliau memuji usaha kerajaan Perak pimpinan Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mengistiharkan Ipoh sebagai ‘A social business city’ dan untuk permulaan bagi beliau kita perlu menyenaraikan terlebih dahulu masalah –masalah yang kita hadapi dan masyarakat boleh berkongsi idea hebat dan kreatif mereka untuk mencari jalan penyelesaian  terhadap masalah-masalah tersebut.Kita juga kata beliau perlu menyediakan ruang jalan keusahawanan sosial dimana para peniaga termasuk peniaga jalanan diberi peluang untuk meraih keuntungan dan sebahagiannya boleh disalurkan kepada pelbagai aktiviti keusahawanan seumpama itu.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…