Skip to main content

Prof Muhammad Yunus,Grameen Bank dan perjuangan membasmi kemiskinan

oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad


 Prof Muhammad Yunus merupakan penerima anugerah Nobel Prize for Peace 2006,dan muslim pertama yang menerima US Congressional Gold Medal 2010 dan juga digelar sebagai ’the world’s banker to the poor’Beliau mengasaskan  Grameen Bank di Bangladesh pada tahun 1983 dimana ia membantu orang miskin melepas diri dari belenggu  kemiskinan dengan menyediakan pinjaman dengan terma sesuai dan mengajar prinsip kewangan mereka seterusnya  membantu diri mereka sendiri.


Sistem microlending/microkredit/microfinance Grameen Bank yang diasaskan beliau ini  merupakan kaedah baru bukan sahaja untuk pelestarian-berkekalan  tetapi juga bertujuan untuk menyelesaikan masalah sosial dan membantu pemerkasaan status ekonomi dan sosial masyarakat.Replika model Grameen Bank dan model keusahawanan sosial yang terinspirasi dari Prof Muhammad Yunus ini telah beroperasi di lebih 11 negara diseluruh dunia.

Pada peringkat awalnya Prof Muhammad Yunus melihat negara beliau Bangladesh menghadapi pelbagai masalah sekitar tahun 1974 dan Prof Muhammad Yunus yang  mengajar teori ekonomi di University of Chittagong,Bangladesh telah melihat bagaimana wanita,kanak-kanak dan keluarga-keluarga penduduk kampong luar bandar di Bangladesh menghadapi masalah kemiskinan melampau-kelaparan dan itu menyentuh perasaan beliau yang dari menara gading turun ke kampung luar bandar untuk melihat dan mengkaji bagaimana beliau boleh membantu meringankan beban walaupun seorang penduduk kampung ketika itu.

Beliau langsung tidak memiliki cita-cita menjadi pekerja bank ataupun membuka bank pada peringkat awal bahkan hanya mahu melakukan sesuatu yang boleh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampungnya.Beliau pernah mengatakan seperti berikut:-
‘’I had no intention of being a banker.All  I wanted was to be able to live with myself knowing I did something’.

Beliau turun padang mengkaji kemiskinan di sebuah kampong bernama  Jobra dan kampong-kampung persekitarannya dan disana beliau mendapati penduduk miskin dibebani hutang kepada pedagang –tuan tanah dan penduduk miskin yang meminjam wang dari mereka tidak  berkemampuan untuk membayar hutang mereka.
Beliau mendapati kemiskinan itu diwarisi dan wujud kemiskinan bergenerasi disebabkan beban hutang manakala bank enggan memberi pinjaman kepada penduduk-penduduk kampung yang miskin.Cadangan beliau kepada pihak bank agar memberi juga pinjaman kepada penduduk miskin ditolak namun  selepas siri perbincangan pihak bank akhirnya bersetuju untuk memberi pinjaman kecil kepada orang miskin terpilih itupun jika Muhammad Yunus yang menjadi penjamin mereka.
Penduduk kampung itu kemudiannya akhirnya mampu membayar pinjaman mereka dan ini yang membuatkan Prof Muhamad Yunus menganggap orang miskin ini umpama  pokok Bonsai yang tidak diberi ruang untuk berkembang dan mereka jika diberi kesempatan yang tepat dan betul mereka mampu jadi usahawan dan mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain.

Beliau juga melihat situasi di Bangladesh bagaimana begitu ramai pemuda yang berhijrah ke negara-negara asing dan meninggalkan Bangladesh  untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding di negara sendiri.Beliau mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan rakan-rakan beliau para  pelabur dan pendana yang berpotensi dan meminta pemuda-pemuda yang berminat untuk memperbaiki hidup mereka membentangkan idea perniagaan mereka dan bagaimana mereka mampu untuk membina peniagaan dengan menyelesaikan pelbagai masalah  yang dihadapi masyarakat.
Dikalangan mereka yang berjaya menyakinkan para pelabur dan pendana itu kemudiannya  dianugerahkan  dana kewangan pinjaman yang bersesuaian dan akhirnya mereka juga berjaya membayar kembali pinjaman mereka.Beliau dan para pelabur-pendana tersebut  bukan berminat semata-mata  mengejar keuntungan semata-mata bahkan sebenarnya berminat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud di Bangladesh ketika itu.

‘All human beings are born entrepreneurs.Some get a chance to unleash that capacity.Some never got the chance,never knew that he or she has that capacity’’.

Demikian yang pernah diungkapkan oleh Prof Muhammad Yunus dan bagi beliau juga setiap manusia adalah usahawan tetapi mereka perlulah mengasah kemahiran dan punya keyakinan terhadap kemampuan mereka sendiri .Manusia tidak dilahirkan selamanya pasif dan sekadar menerima tetapi ia perlu diasah bakat,kemahiran,dan ditanam kehendak untuk meraih keputusan dan hasil yang terbaik dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dan menyelesaikan pelbagai permasalahan.
Prof Muhammad Yunus memerhatikan bahawa  peralatan mesin lebih bernasib baik dan dilayan lebih baik daripada orang miskin dan penganggur.Sebagai contoh jika mesin di kilang ditinggal tidak digunakan,tuan kilang akan melakukan sedaya upaya untuk memastikan ia berfungsi kembali supaya tidak membazirkan aset - sumber yang bernilai yang dimilikinya seperti mesin tersebut tetapi orang miskin dan penganggur tidak sedemikian.Kata beliau :-
‘’ Instead,the failure to unlock the idle human potential is dismissed as a political problem that needs to be dealt with by the government before the unemployed march on the streets in droves’


Sistem sekarang bagi beliau sangat memihak kepada orang –orang kaya dimana 1 peratus memiliki kekayaan dunia berbanding orang miskin yang terabai.Maka disebabkan itu melalui Grameen Bank beliau melihat kepada orang miskin berbanding kebanyakan bank yang hanya melihat kepada orang-orang kaya semata-mata .


Begitu juga pada peringkat awal Grameen Bank memberi perhatian kepada kelompok wanita di kampung luar bandar(termasuk menyediakan kemudahan telefon bimbit untuk mereka berkomunikasi) dan pihak Grameen Bank sendiri yang turun padang bertemu masyarakat di kampung luar bandar.
Berkenaan perkara ini Prof Muhammad Yunus pernah menyatakan :-
 ‘’Do things in reverse.Everything we have done is the reverse of the conventional.Banks look for richer people.So look for the poorer ones  instead.They go to men,we go to women.They say people should come to the bank,we say the bank should go to the people.They say you need to be job seekers,we say become job creators.They say business is about maximizing profit,we say forget about profit,instead solve problems.Challenge the rules.Defy the logic’

Sistem mikrokredit Grameen Bank ini mengikut beliau melahirkan kelompok yang pada awalnya di taraf kemiskinan berjaya berdikari dan memanfaatkan pinjaman sebagai  alat untuk membantu menggilap kuasa kreatif manusia yang tidak pernah dibayangkan,dan kelompok miskin ini berjaya meubah diri mereka menjadi usahawan  apabila  mereka dilengkapi dan disediakan sumber yang diperlukan.Lokasi bank yang berdekatan dengan pelanggan yang tinggal di kawasan luar bandar,skim bayar kembali pinjaman yang fleksibel melalui Grameen Bank yang memberi pinjaman kepada orang miskin ini berasaskan kepercayaan dan bagi Prof Muhammad Yunus ,keusahawanan sosial perlulah berasaskan masyarakat.
Oleh kerana itu Prof Muhammad Yunus sentiasa menggalakkan orang ramai agar menjadi  usahawan yang tidak pasif sebaliknya aktif dan berdikari ,memiliki pelan perniagaan untuk menyelesaikan isu global kontemporari disamping memiliki cita-cita dan kehendak untuk memulakan perniagaan yang memberi kesan perubahan bermakna dan pembaikian terhadap dunia yang lebih baik.


Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…