Skip to main content

Posts

Showing posts from January 12, 2016

Mengimbas kembali jasa Allahyarham Tun Abdur Razak

40 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdur Razak: Mengimbas kembali  jasa Allahyarham Tun Abdur Razak


oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad


Tanggal 14 Januari ini genap sudah 40 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdur Razak Hussein,Perdana Menteri Malaysia kedua yang digelar ‘Bapa Pembangunan’.
Generasi baru walaupun tidak berkesempatan hidup pada zaman  Allahyarham Tun Abdur Razak harus tetap menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negarawan seperti allahyarham Tun Abdur Razak ini seterusnya meneladani usaha-usaha beliau dalam menyumbang bakti kepada negara Malaysia tercinta.

Allahyarham Tun Abdur Razak wajar dianggap penyelamat negara tatkala negara dilanda tragedi hitam 13 Mei 1969 dan peranan beliau sebagai Pengarah Majlis Gerakan negara(MAGERAN) berjaya memulihkan kestabilan negara ,menyatupadukan kembali rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama.Rukun Negara diperkenalkan dan Tun Abdur Razak sentiasa menekankan aspek perpaduan kaum dan ingin melihat semua rakyat Malaysia sentiasa bersatupadu dem…