Skip to main content

Posts

Showing posts from April 26, 2016

International Symposium on Social Entrepreneurship di Singapura

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

 Tanggal 22 April 2016 baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti acara International Symposium on Social Entrepreneurship yang berlangsung di Auditorium Shaw Foundation Alumni House,National University of Singapore(NUS).Acara ini dianjurkan oleh  Asia Centre for Social Entrepreneurship and Philanththropy -NUS Business School.
Saya mendapat tahu maklumat acara ini melalui teman Facebook dan terus mendaftar untuk menyertai acara ini.Saya menghantar email kepada pihak penganjur bagi mendapatkan kepastian tentang bayaran untuk mengikuti acara ini dan yang menariknya acara ini langsung tidak mengenakan apa-apa bayaran walaupun para pembentang dalam acara ini terdiri daripada tokoh-tokoh usahawan sosial,ahli akademik dan penceramah yang terkenal dalam dunia keusahawanan .
Pihak penganjur memberitahu saya untuk mengajak lebih ramai anak muda Malaysia untuk menyertai acara ini.Saya terus memaklumkan kepada kawan-kawan Jaringan Anak Muda dan kawan-kawan lai…

International Youth Conference on Countering Terrorist di Jakarta,Indonesia

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad














Pada 13-16 Mac 2016 yang lalu saya telah berkesempatan mengikuti acara International Youth Conference on Countering Terrorist di Jakarta,Indonesia.Acara ini dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah(IMM) bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 52 Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah dan disertai oleh para peserta juga dari 52 buah negara .Para peserta  dipilih melalui penghantaran esei bertemakan keamanan dan pihak penganjur menaja keseluruhan kos sepanjang acara disini.



(13 Mac 2016) Hari pertama di Jakarta,Indonesia


Kami disambut oleh ajk dan sukarelawan acara International Youth Conference on Countering Terrorist dan bersama para peserta yang baru tiba dibawa ke hotel penginapan di Jakarta Pusat.Sukarelawan acara ini datang dari seluruh pelusuk Indonesia dan mereka juga dipilih hasil tapisan penyertaan yang ketat.Mengikut salah seorang sukarelawan yang menyambut kami di lapangan terbang,mereka bersemangat menyertai acara ini sebagai sukarelawan bagi…

Kembara pendidikan-kemanusiaan di Kemboja

oleh 

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad






 Pada 8-10 Mac 2016 yang lalu saya berpeluang berkunjung ke Phnom Penh ,Kemboja untuk satu misi pendidikan-kemanusiaan bersama rombongan Dato Rahman Brothers dan juga rombongan penasihat kepada Sultan Johor mewakili kerajaan Johor.

Ia merupakan undangan daripada sahabat lama kami yang kini menjadi penasihat kepada seorang menteri di Kemboja.Dahulu kami bersama-sama kembara di Istanbul dan mengikuti siri acara NGO dan projek mencari dana untuk pendidikan anak Champ Kemboja bersama-sama. Ini semakin menyedarkan saya betapa pentingnya jaringan persahabatan dengan aktivis dari seluruh dunia sejak muda lagi kerana kenalan kita itu akhirnya berada di posisi strategik kepimpinan di negara mereka masing-masing.
(8 Mac 2016) Hari pertama di Phnom Penh,Kemboja
Penerbangan MAS KL-Phnom Penh(tiket pergi balik sekitar RM 303) bertolak sekitar jam 830 pagi dan tiba sekitar jam 10 pagi di Phnom Penh.Kami disambut oleh sahabat kami yang kini menjadi penasihat menteri…