Skip to main content

Posts

Showing posts from October 31, 2016

Dunia Pemikiran Jaafar Rahim

Dunia Pemikiran Jaafar Rahim oleh Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad (Diolah dalam bentuk tulisan hasil pembentangan buku Dunia Pemikiran Jaafar Rahim (siri 1)pada acara BiblioPhillia Cross Campus (25 Oktober 2016)di UNIKL Business School, Yayasan Selangor)


Terima kasih buat tuan rumah Unikl Business School yang bersama-sama dengan PKPIM KLMU,Haluan Siswa Unikl,UBIS Islamic Center berkerjasama erat mengadakan acara BiblioPhillia Cross Campus ini.Siapa kata anak muda kita tidak minat buku dan soal pemikiran?Kehadiran anda semua membuktikan masih ada anak muda kita yang berminat soal buku,pemikiran melalui penganjuran siri diskusi buku dan hal-hal keintelektualan. Petang ini kita akan membicarakan buku karya Dato Jaafar Rahim’ Dunia Pemikiran Jaafar Rahim’ dan yang menarik juga pada petang ini disebelah saya ini turut hadir penulis buku yang kita akan bahaskan petang ini iaitu Dato Jaafar Rahim itu sendiri.Dato Jaafar Rahim ini untuk maklumat rakan-ra…

Ziarah Karyawan Felda Kepis

Ziarah Karyawan Felda Kepis telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 30 Oktober 2016 baru-baru ini. Ziarah Karyawan secara keseluruhannya telah berlangsung buat kali ke 9 selepas diadakan di pelbagai tempat seperti di Ulu Legong,Kedah,Janda Baik,Pahang,Tanjung Malim Bota-Lumut-Parit,Perak,Kuala Sungai Baru,Melaka ,Batang Kali,Selangor dan sebagainya dan kali ini ia diadakan pula bertempat di Felda Kepis,Bahau Kuala Pilah,Negeri Sembilan.



Ziarah Karyawan Felda Kepis ini dirasmikan oleh TYT Dato Seri Hasan bin Malek ,Duta Besar Malaysia ke Kemboja merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah,Negeri Sembilan dan penutupnya oleh Tan Sri Isa Samad,Pengerusi FELDA. Bertempat di Sekolah Kebangsaan Kepis,acara Ziarah Karyawan kali ini mendapat sokongan penuh dari pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Kepis dengan kehadiran guru besar,para guru dan pelajarnya disamping sokongan dari warga Felda Kepis itu sendiri yang turut hadir memeriahkan majlis perkampungan seni budaya-sastera ini.



Di samping …