Skip to main content

Posts

Showing posts from December 27, 2016

Prof Muhammad Yunus,Grameen Bank dan perjuangan membasmi kemiskinan

oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad


 Prof Muhammad Yunus merupakan penerima anugerahNobel Prize for Peace 2006,dan muslim pertama yang menerima US Congressional Gold Medal 2010 dan juga digelar sebagai ’the world’s banker to the poor’. Beliau mengasaskan  Grameen Bank di Bangladesh pada tahun 1983 dimana ia membantu orang miskin melepas diri dari belenggu  kemiskinan dengan menyediakan pinjaman dengan terma sesuai dan mengajar prinsip kewangan mereka seterusnya  membantu diri mereka sendiri.

Sistem microlending/microkredit/microfinance Grameen Bank yang diasaskan beliau ini  merupakan kaedah baru bukan sahaja untuk pelestarian-berkekalan  tetapi juga bertujuan untuk menyelesaikan masalah sosial dan membantu pemerkasaan status ekonomi dan sosial masyarakat.Replika model Grameen Bank dan model keusahawanan sosial yang terinspirasi dari Prof Muhammad Yunus ini telah beroperasi di lebih 11 negara diseluruh dunia.
Pada peringkat awalnya Prof Muhammad Yunus melihat negara beliau Bangladesh meng…

Pangkor Dialogue 2016

oleh Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Saya sempat mengikuti penuh acara Pangkor Dialogue 2016 di Casuarina@Meru,Ipoh,Perak Darul Ridzuan.Pangkor Dialogue kali ini menampilkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang namun pada tulisan kali ini saya akan mencatat hasil penyertaan saya pada sesi yang menampilkan Fredrik Haren dan Profesor Muhammad Yunus.Namun sebelum itu saya catatkan terlebih dahulu rumusan ucapan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan,Dato Seri Dr Zambry Kadir yang menjadi tonggak utama acara Pangkor Dialogue ini.



Rumusan ucapan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan,Dato Seri Dr Zambry Kadir pada Pangkor Dialogue 2016
Dato Seri Dr Zambry Kadir menekankan soal kerjasama dan jaringan rentas sempadan untuk kerajaan,badan korporat dan masyarakat sivil dalam mewujudkan pembangunan yang lestari. Pembangunan lestari harus didasarkan kepada penerimaan,kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam menangani isu kemiskinan,ketidakseimbangan ekonomi,ketidakadilan sosial,kemusnahan alam sekitar dan kerosak…