Skip to main content

Buku ‘Imperial Ambitions:Conversations with Noam Chomsky on the post -9/11 World

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Facebook:Wasif Wan
www.jaringananakmuda.blogspot.com


Buku ‘Imperial Ambitions:Conversations with Noam Chomsky on the post -9/11 World’ merupakan koleksi wawancara David Barsamian bersama Noam Chomsky .Dalam wawancara tersebut Noam Chomsky mengupas pelbagai isu penting seperti isu perang di Iraq,hal ketenteraan,hal propaganda-integriti media,peranan intelektual,isu pendidikan dan sebagainya.

Noam Chomsky lantang bersuara dari dunia akademik-intelektual hingga ke dunia aktivisme dalam membantah peperangan di Iraq,Vietnam,Afghanistan,kem Guantanamo ,pelanggaran hak asasi oleh Israel,isu nuklear dan dasar-dasar luar Presiden Amerika Syarikat. Beliau juga menyelar para penguasa elit yang memonopoli dan memanfaatkan kekayaan negara dan mengabaikan kelompok miskin serta menolak sebarang bentuk peperangan,pencerobohan dan hegomoni penjajahan..

Perang di Iraq bagi beliau merupakan satu jenayah perang jenayah kemanusiaan.Wujud kerjasama dengan syarikat korporat besar yang merosak dan kemudiannya membangunkan kembali Iraq dan bagi beliau agenda perang itu sebenarnya dibayar melalui wang cukai Amerika;dari wang cukai rakyat kepada syarikat korporat khususnya syarikat minyak yang menaja sistem ketenteraan,pembuatan senjata dan teknologi untuk perang..’Marshall Plan’ turut memainkan peranan besar dalam membentuk dasar luar Amerika yang tidak menguntungkan dunia.Noam Chomsky turut membantah keras perang Amerika terhadap Vietnam suatu ketika dahulu,kewujudan kem Guantanamo,dan mendedahkan peranan Amerika dalam cubaan mengulingkan Fidel Castro di Cuba,Hugo Chaves di Venezuela,pencerobohan terhadap Panama dan peranan Amerika di Timur Tengah.Amerika melalui Pentagon juga cuba menjalankan misi perubahan regim atas nama demokrasi dan menjalankan misi ketenteraan termasuk apa yang dipanggil ‘the militarization of space’.

Noam Chomsky juga mengupas peranan propaganda-media dan penerangan melalui Kementerian Penerangan yang cuba mempengaruhi pandangan umum rakyat Amerika bahkan juga mempengaruhi pemikiran para intelektual Amerika.
Media  menjadi tidak lagi telus dalam menyuarakan kebenaran apabila tidak lagi menjalankan tugas secara professional dan berintegriti  serta industri perniagaan media yang didokong oleh syarikat korporat berkepentingan menjalankan pendoktrinan dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.Oleh kerana itu menurut Noam Chomsky ,rakyat memerlukan ‘intellectual self defense’ yang sentiasa bertanyakan soalan,mengambil masa untuk mengimbas kembali apa jua pandangan yang disebarkan. Rakyat perlu memiliki sikap untuk memeriksa maklumat secara kritis ,bertanyakan soalan  terhadap apa sahaja yang dibentangkan kepada kita dan memiliki apa yang diungkapkan Noam Chomsky sebagai ‘skeptical intelligence’.


  
 Industri ‘PR’ juga menurut beliau memainkan peranan dalam mempengaruhi pemikiran rakyat,mencorak imej para pemimpin dalam usaha mengekalkan tampuk kekuasaan.Mengupas isu ini beliau mengungkapkan:’if you can control people by force,it’s not so important to control what they think and feel.But if you lose the capacity to control people by force,it becomes necessary to control attitudes and opinions’.

Antara strategi untuk mengekalkan tampuk kekuasaan politik di Amerika menurut beliau juga ialah dengan membuatkan masyarakat berasa takut dan tidak selamat. Walaupun program-program domestik tempatan yang dijalankan di Amerika gagal,Presiden tidak lagi popular dikalangan rakyat tetapi strategi Presiden berjaya untuk meraih atau mengekalkan kuasa politik menurut Noam Chomsky : ‘by pushing the panic button every year’.Ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara sering dijadikan alasan dan kemudiannya akan ditunjukkan  bagaimana seseorang Presiden itu mampu mengatasi ancaman-ancaman tersebut.



Dalam menangani pelbagai isu tersebutlah menurut Noam Chomsky ia memerlukan satu gerakan keadilan dan keamanan yang terancang dan keinginan untuk merubah dunia ke arah yang lebih baik perlu dilakukan antaranya melalui program pendidikan,mengurus dan mengatur pelbagai program dan gerakan aktivisme.Kata beliau:-‘You can’t expect an easy victory after one protest march’.

Beliau begitu mengharapkan kehadiran para intelektual yang berani untuk menyatakan kebenaran,peka ,simpati dan peduli dengan urusan manusia,membentuk kesatuan dan saling bantu membantu dalam usaha menerapkan nilai kemanusiaan.

Dalam isu pendidikan pula Noam Chomsky yang banyak dipengaruhi  idea pemikir John Dewey apatahlagi beliau pernah menuntut di ‘Deweyite School’ di Philadelphia sangat menekankan aspek kreativiti individu,penganjuran aktiviti-aktiviti bersama,dan menjalankan pelbagai projek  bukan semata-mata pengajaran biasa sahaja.Kualiti pelajar yang beliau dambakan antaranya seperti memiliki kebebasan-keterbukaan minda,bersemangat,dedikasi dan komited terhadap bidang kajian,keinginan untuk menghadapi cabaran,bertanya dan meneroka arah-arah baru.Pihak sekolah perlu menggalakkan usaha-usaha ini disamping menggalakkan  para pelajar untuk menyelidik,mencabar dan bertanya,serta mendapatkan bukti-bukti empirikal.Beliau mahukan seperti di Zaman Pencerahan wujudnya suasana yang rasional,analisis kritikal,kebebasan bersuara,kebebasan ingin tahu dan kebebasan akademik.

Dunia pendidikan akademik yang ditempoh beliau membuat beliau mahu menyelidik ,memahami minda -pemikiran manusia apatahlagi minat beliau terhadap bahasa -sistem kognitif,sistem pemikiran,penterjemahan dan perancangan bahasa manakala dunia aktivisme beliau membuatkan beliau cuba memahami penderitaan manusia,penindasan,perjuangan kebebasan dan mahu membantu orang lain untuk memikirkan permasalahan yang berlaku seterusnya melakukan sesuatu untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…