Skip to main content

Buku:President Soekarno n President Kim Il Sung(tulisan Rachmawati Soekarnoputri)

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Facebook:Wasif Wan
www.jaringananakmuda.blogspot.com



Saya mendapat hadiah buku ‘President Soekarno n President Kim Il Sung’ ini dari penulisnya sendiri iaitu  Rachmawati Soekarnoputri,anak perempuan kepada Presiden Indonesia,Presiden Soekarno sewaktu menghadiri acara penutup seminar pemuda antarabangsa anti keganasan(anjuran Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah) di kediamannya di Jakarta,Indonesia.

Buku ini menceritakan pelbagai kisah sejarah dan pengalaman hidup 2 orang presiden ini;Soekarno dan Kim Il Sung ,persamaan perjuangan mereka dan hubungan baik antara negara Indonesia dan Korea Utara pimpinan mereka dahulu serta kisah lawatan Soekarno ke Pyongyang dan lawatan Kim Il Sung ke Jakarta suatu ketika dahulu.

Soekarno dan Kim Il Sung;kedua-duanya lahir dari keluarga yang miskin berbanding Marx,Engels,Lenin,Mao Tse Tung,Zhu Enlai  yang menurut penulis dari latar belakang keluarga kelas  pertengahan mahupun keluarga berada.Pengalaman hidup menempuh kemiskinan membuatkan mereka lebih memahami penderitaan rakyat seterusnya berjuang demi menjayakan agenda rakyat mereka.

Soekarno tanpa segan silu pernah mengatakan menurut penulis:1 …was born among the masses and grew up among them’ dan memperjuangkan apa yang kemudiannya dinamakan Marhaenism seperti mana Kim iL Sung memperjuangkan apa yang digelar ‘Juche idea’.

Soekarno menurut Rachmawati memiliki  hubungan mesra di peringkat sosio politik antarabangsa,memiliki ramai kawan di seluruh dunia dan sangat cinta kepada negaranya Indonesia,rakyatnya,hal kesenian  dan :wanita.

Ketika Soekarno diminta menulis  autobiographi beliau ,beliau pada mulanya menolak kerana tidak mahu menganggap dirinya sahaja yang hebat dan tidak objektif jika hanya menulis yang baik-baik sahaja tentang dirinya kerana bimbang menjadi ego manakala jika menulis yang buruk-buruk akan terjadi salah anggap pula.Oleh kerana itu beliau pernah mengatakan:’People will judge me fairly only after I die.Was Soekarno a good man or a bad man?Only then I will be judged’

Kim Il Sung pula suatu hari pernah turun padang memantau kehidupan rakyatnya dan pernah diberitahu tentang perancangan membina bangunan tinggi kerajaan namun beliau melarang bangunan yang akan dibina nanti lebih tinggi dari perumahan rakyat.Kata beliau:’’In our country where the people are the masters,it is not a flaw that the official building of the power organ is lower than the house of the working people.If the house is taller than the official building of the power organ,it is better’’  


Beliau juga enggan menamakan perpustakaan negara dinamakan dengan nama beliau:’Kim Il Sung Library’ sebaliknya menamakan perpustakaan tersebut sebagai ‘The Grand People’s Study House’.Oleh kerana itu menurut penulis kebanyakan tempat-bangunan-institusi di Korea Utara akan dibubuh dengan istilah ‘people’ seperti ‘People’s Palace of Culture,the People’s Army,the People’s Hospital ‘.Bangunan untuk kemudahan akyat seperti muzium,dewan,perpustakaan,istana budaya dan lain-lain juga diminta oleh Presiden Kim il Sung agar  dibina di dataran pusat bandar;atau di lokasi strategik untuk memudahkan urusan rakyat.

Dalam buku ini juga penulis menceritakan kisah lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat,Jimmy Carter pada musim panas 1994 dimana beliau dibawa oleh Presiden Kim il Sung menaiki kapal dan melalui sungai Taedong dan ketika mereka dalam perjalanan;Presiden Kim il Sung mengarahkan agar dikurangkan kelajuan kapal.Jimmy Carter kehairanan lalu bertanya kepada beliau mengapa dikurangkan kelajuan kapal tersebut lalu dijawab oleh beliau:’Look over there.Working people are now angling on the riverside.If we make waves,we will disturb them.so,let’s not disturb them,anglers,even if we go a little slowly’ .Kata penulis lagi :’Carter saw only the anglers,but the President saw the people who were like heaven to him’.

Dalam buku ini juga diceritakan bagaimana President Kim Il Sung yang memperingati pesan ayahnya agar sentiasa turun padang khususnya ke kampung-kampung untuk melihat dan merasai sendiri kehidupan rakyat seterusnya melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan kehidupan mereka agar menjadi lebih baik.Ayah beliau pernah berpesan kepada beliau:  ‘Go to your native village and have experience of how miserable is the life of our people.Then you will know well what you should do’



Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…