Skip to main content

Luas jalan perjuangan;melawan ketaksuban politik kepartian sempit

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Facebook:Wasif Wan
www.jaringananakmuda.blogspot.com

 
Dalam suasana pertarungan politik tanah air yang tak menentu,sangat didambakan sebuah gerakan  budaya-gerakan ilmu-gerakan intelektual atau apa sahaja namanya ;gerakan yang berusaha mencerahkan rakyat keseluruhan.Krisis politik selamanya akan berlanjutan tanpa mengetahui bila penghujungnya.Yang berubah barangkali hanyalah watak -para pelakonnya namun jalan cerita -skripnya sahaja  lebih kurang sama sahaja.Politik penuh drama dan seringkali rakyat dan negara yang menjadi mangsanya.

Gerakan yang melawan politik kepartian sempit dan ketaksuban melulu terhadap sosok tubuh tokoh,parti,kumpulan,kelompok mahupun aliran pemikiran sangat diperlukan ditengah-tengah kecamukan dan ‘perang’ perebutan kuasa dan pengaruh ini.Mampukah gerakan yang berasaskan seni budaya, bahasa,sastera dan kesusasteraan ,falsafah dan pemikiran ;gerakan idea-pendidikan –pencerahan;gerakan keamanan-kemanusiaan ;gerakan ekonomi-keusahawanan mengisi ruang yang terbuka ini?Sampai bila rakyat bergantung sepenuhnya kepada gerakan politik kepartian semata-mata?Ia pastinya satu persoalan yang perlu diperdebat dan dibahaskan secara lebih mendalam.



Seringkali yang berlaku tatkala  pertarungan politik kepartian sempit  sehingga ia sinonim dengan politik kebencian,permusuhan ,maki hamun, fitnah ,propaganda,tohmahan dan 1001 politik persepsi dalam usaha perebutan kuasa ,undi dan kerusi.Berlaku perpecahan sesama bangsa-kaum dan agama dan juga sentimen kebencian terhadap bangsa-kaum dan agama lain.Sikap mengutamakan kepentingan peribadi -kroni ,salahguna kuasa ,urus tadbir yang tidak telus,rasuah dan pengagihan wang rakyat dan negara secara tidak adil kemudiannya  mewujudkan jurang yang cukup besar antara kelompok kaya dan miskin.Para pemimpin saling
jatuh menjatuhkan ,menimbulkan kontroversi dan polemik dan wujud kelompok  yang mengambil kesempatan mengamalkan politik jalanan .Saban hari media menghidangkan kisah-kisah politik yang memualkan .


Krisis politik sentiasa tidak berkesudahan dan ia hanyalah menunggu giliran mangsa seterusnya.Agenda rakyat agenda negara terbantut jika seluruh rakyat terjebak dalam krisis yang berpanjangan.Sepatutnya masa tidak dihabiskan untuk krisis politik ;kita mahukan apa jua krisis politik yang berlaku(dan ia selalunya akan tetap berlaku);agenda rakyat  dan agenda negara untuk masa depan tetap berjalan lancar.Pastinya ini bukan seruan untuk mengajak rakyat anti politik,hilang kepedulian sosial terhadap hal ehwal kemasyarakatan,hal ehwal negara ,kepimpinan ,pentadbiran ,pengurusan dan sebagainya namun ia mahu mengajak ke arah politik yang lebih matang-terbuka,memberi fokus kepada agenda besar negara dan kebajikan rakyat keseluruhan.
  



Rakyat pastinya tidak perlu bergantung kepada parti-parti politik sahaja ataupun kepada ahli- ahli politik semata-mata tanpa mengira parti mana sekalipun.Sewajarnya rakyat menaikkan kepimpinan yang bersih,tidak mengamalkan rasuah,salahgunakuasa dan berintegriti dari mana-mana parti sekalipun.Namun perlu juga diberi perhatian antara retorik sebelum berkuasa dan selepas berkuasa;persoalannya bukan sekadar menukar  parti dan corak pemerintahan semata-mata,rakyat perlu sedar bahawa di tampuk kekuasaan politik itu hanyalah manusia biasa;individu yang berkemungkinan melakukan kebaikan dan tetap teguh dalam kebenaran juga berkemungkinan melakukan kejahatan dan tersilap langkah melakukan kesilapan. 

.Misi  utama dalam perubahan itu  pastinya perubahan individu itu sendiri dan kuasa rakyatlah yang perlu digunakan untuk menaikkan individu-individu yang terbaik yang perlu berada dalam kedudukan strategik di pelbagai peringkat  demi membawa agenda perubahan seterusnya menawarkan jalan  penyelesaian terhadap apa jua permasalahan yang dihadapi rakyat.Kita sama sekali tidak memerlukan pimpinan yang banyak menghabiskan masa untuk berpolemik tidak berkesudahan dan mengabaikan gerak kerja ,tindakan dan berkhidmat untuk kebajikan rakyat keseluruhan.
 Ketaksuban melampau terhadap politik sempit sehingga mengamalkan politik yang merugikan rakyat perlu diubah dan disana pastinya ada ruang untuk diisi oleh gerakan yang berasaskan seni budaya, bahasa,sastera dan kesusasteraan ,falsafah dan pemikiran ;gerakan idea-pendidikan –pencerahan;gerakan keamanan-kemanusiaan ;gerakan ekonomi-keusahawanan  ,gerakan pemuda-mahasiswa mahupun apa sahaja gerakan yang mencerdaskan rakyat.


Gerakan pendidikan-keintelektualan-akademik misalnya perlu merangka agenda mencerdaskan pemikiran rakyat dan melawan apa jua bentuk  pembodohan-kejahilan dan sikap anti ilmu.Gerakan ekonomi-keusahawanan perlu mendidik rakyat agar berdikari sekaligus berusaha sedaya upaya membasmi  kemiskinan dan kelaparan .Kita juga mengharapkan satu gerakan seni  budaya-sastera yang mampu membentuk jatidiri,mempertahankan adat budaya;gerakan kemanusiaan yang membela nasib anak yatim,ibu tunggal,warga tua,gelandangan,dan kelompok-kelompok tertindas.Tidak lupa juga gerakan pemerkasaan generasi muda-mahasiswa kita khususnya berkaitan latihan kepimpinan persiapan menjadi pemimpin dan negarawan .

Begitu luas jalan perjuangan ini dalam membawa agenda perubahan dan jelas ia bukan bergantung kepada jalan politik kepartian sempit semata-mata.Ini yang perlu disedari oleh kita semua agar kita tidak lagi terlampau terikat,bergantung mahupun duduk dibawah ‘ketiak’ mana-mana parti politik.






Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…