Skip to main content

Reviving the Islamic Spirit:Malaysia

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Facebook:Wasif Wan
www.jaringananakmuda.blogspot.com

Saya berpeluang menghadiri acara RIS Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya baru-baru ini.Sambutan cukup hangat dengan kehadiran ribuan peserta yang memenuhi ruang dewan utama acara.Acara ini menampilkan tokoh-tokoh seperti
Hamza Yusuf ,Zaid Shakir ,Dr Umar Abdullah Faruq dan ramai lagi.Tan Sri Profesor Syed Naquib Al-Attas dan  Rashidah Ali(anak kepada allahyarham Muhammad Ali) turut mendapat anugerah khas dari pihak penganjur.





Ketika kembara di Turki dahulu,sewaktu kami para peserta kem belia antarabangsa berkunjung ke Sulaymaniye Camii,kami terserempak dengan rombongan acara Rihlah pimpinan Hamza Yusuf dan Zaid Shakir.Recep Tayyip Erdogan,Perdana Menteri Turki ketika itu(sekarang Presiden) turut berada di Sulaymaniye Camii ketika itu dan kami para peserta kem belia antarabangsa berpeluang beramah mesra dan bergambar dengan beliau dalam sesi khas di perkarangan Sulaymaniye Camii ini.Tamat acara tersebut kami berpeluang pula  berbual bersama Hamza Yusuf dan beberapa orang peserta Rihlah bimbingannya.Konsep acara Rihlah bimbingan beliau agak menarik dengan para peserta yang terpilih dari seluruh dunia berpeluang mengikuti siri kembara ilmu di Turki dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dibawah bimbingan para guru yang berpengalaman luas.Hamza Yusuf ,Zaid Shakir dan rakan-rakan jugalah yang menguruskan pengkebumian lagenda tinju dunia,allahyarham Muhammad Ali .

Saya mendengar nama Dr Umar Abdullah Faruq pertama kali daripada seorang rakan aktivis wanita-spiritual/sufi yang pernah menuntut ilmu dibawah bimbingan Dr Umar.Beliau dijadikan mentor-pakar rujuk dan tokoh spiritual oleh kalangan aktivis keamanan-anti keganasan khususnya di dunia Barat.Pendekatan beliau yang cukup moderat,pro keamanan,menekankan soal jiwa-spiritual menarik ramai orang untuk mengikuti siri kembara ilmu beliau.Dan di acara RIS ini pula saya berpeluang pertama kali berjumpa dan bersembang dengan beliau sebelum sesi khas bersama beliau diadakan .Rakan saya Tengku Hazri,intelektual muda yang berkhidmat di IAIS telah menjadi moderator untuk sesi bersama Dr Umar Abdullah Faruq pada acara RIS ini.


 

Sesi khas bersama Dr Umar Abdullah Faruq

Dr Umar memperkatakan soal keganasan yang berlaku di seluruh dunia sekarang ini dan bagi beliau ia merupakan suatu jenayah kemanusiaan .Tradisi keintelektualan menolak sebarang bentuk fahaman ekstrimis ala Al-Qaeda,pemberontakan  kelompok anarkis ideologi salah yang suka mem’bidaah’ sesuatu,dan budaya kafir mengkafir ala puak khawarij.Memahami soal geopolitik,dasar luar,sosio politik global,isu kepenggunaan,isu ekonomi pasaran bebas dalam konteks hari ini cukup penting dan Dr Umar mengajak kita memahami juga soal penderitaaan dan mengambil peduli terhadap nasib kelompok yang tertindas.Menangani isu keganasan ini menurut beliau memerlukan suatu pendekatan yang kreatif dan kita perlu merangka agenda jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi fahaman ekstrimis di semua peringkat.

Dr Umar juga mengajak semua pihak untuk menerima kepelbagaian manusia dan 1001 tafsiran yang wujud ,mengangkat kepimpinan yang adil dan sentiasa memikirkan usaha untuk manfaat kemanusiaan dan ketamadunan keseluruhannya.Beliau juga menekankan soal peningkatan kualiti hati,nilai jiwa kemanusiaan dan mengajak kita semua agar sentiasa melakukan kebajikan kepada semua manusia,menyemai perasaan cinta dan harmoni serta mewujudkan kehidupan yang aman dan selamat.Beliau mengharapkan kita semua tidak mempunyai perasaan untuk merosakkan atau  menghancurkan agama lain sebaliknya memiliki perasaan untuk hidup bersama penganut agama-agama lain secara harmoni seterusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dimana sahaja kita berada dengan semangat satu keluarga.

  
Zaid Shakir

Dalam syarahannya Zaid Shakir menekankan kepentingan untuk sentiasa senyum,berkhidmat untuk kemanusiaan sejagat ,meningkatkan kualiti nilai moral,etika,amalan dan pembentukan karakter yang baik.Disamping itu juga beliau mengajak para hadirin untuk menyertai gerakan global dalam memperjuangkan alam sekitar,menolak sebarang bentuk pencemaran dan melawan fahaman racis serta sebarang bentuk diskriminasi terhadap warna kulit,status ekonomi ,perbezaan fizikal dan menyedari krisis kemanusiaan yang wujud.


Zaid Shakir juga memperkatakan isu gejala sosial yang melanda di seluruh dunia seperti penyalahgunaan dadah,ketagihan alkohol,seks bebas khususnya dikalangan generasi muda dan bagi beliau ini menuntut gerak kerja yang serius dari semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama.Berbanding menghabiskan masa menghentam,melukakan hati dan menjauhkan diri dari generasi muda,beliau mengajak semua untuk sentiasa mendekati, membina hubungan dan menggilap potensi anak muda  dan memperbanyakkan program kesukarelawanan dan kebajikan.Beliau mengharapkan semua sentiasa hidup harmoni bersama orang lain dengan semangat kekeluargaan,menyemai cinta,kebaikan dan memantapkan kualiti individu itu sendiri.

Hamza Yusuf

Hamza Yusuf mengajak semua agar menghargai tradisi budaya Melayu ,meraikan perbezaan pandangan yang wujud,menyemai perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia dan melawan sebarang bentuk peperangan dan keganasan.Beliau mengajak semua menghargai kewujudan pelbagai etnik ,warna kulit sama ada hitam atau putih,orang arab atau  bukan arab,lelaki atau wanita dan menyatakan kepentingan perjuangan kemanusiaan.Beliau juga mengambil contoh dalam dunia perubatan dimana bukanlah hanya satu rawatan sahaja yang digunakan untuk kepelbagaian masalah yang ada.

Beliau juga memperkatakan soal hegemoni budaya,mengambil contoh kepelbagaian senibina dan pakaian yang ada dan beliau mengajak semua untuk sentiasa berkembara untuk mempelajari sesuatu di dunia ini.Di samping itu juga beliau mengupas beberapa aspek dalam ilmu tasawuf dan kesan sosial terhadap masyarakat .

Mesej utama

Secara umumnya saya simpulkan mesej utama dari para pembentang dalam acara RIS ini seperti berikut:-

-menolak sebarang bentuk peperangan-keganasan-jenayah kemanusiaan
-mempertahankan tradisi-budaya khususnya tradisi alam Melayu nusantara
-menolak fahaman kafir mengkafir-ekstrimis
-memperjuangkan alam sekitar dan mengawal sebarang bentuk pencemaran
-melakukan kebaikan ,misi kemanusiaan dan berkhidmat  untuk kebaikan semua manusia
-menolak fahaman  perkauman sempit dan diskriminasi warna kulit,status sosial-ekonomi
-menekankan persoalan moral-etika-spiritual,pembersihan jiwa
-menghidupkan tradisi intelektual-budaya ilmu
-memperjuang kehidupan harmoni antara penganut pelbagai agama
-meraikan perbezaan pandangan-kepelbagaian penafsiran
-menyebar cinta,kasih sayang sesama manusia dan saling bermaafan

-mengatasi masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah,ketagihan alkohol,seks bebas

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…