Skip to main content

Dialog demi kemanusiaan

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

Dalam suasana krisis kemanusiaan,keganasan,perang dan sebarang bentuk pertelagahan yang berlaku sekarang ini,amat penting diwujudkan suatu dialog ketamadunan bagi menangani pelbagai permasalahan yang berlaku tersebut.Usaha ini sekurang-kurangnya dapat meredakan ketegangan,mengelak permusuhan berpanjangan dan menyelamatkan generasi masa hadapan daripada terjebak dalam krisis yang tidak berkesudahan.Kita pastinya mahu mewujudkan suasana dimana manusia saling hormat-menghormati,toleransi dan mengamalkan budaya pro keamanan dan dialog bukannya saling benci membenci,bermusuhan dan pro peperangan.

Peperangan yang berlanjutan akan memporak-perandakan dunia dan manusia yang tidak berdosa akan menjadi mangsa tangan-tangan rakus yang dahagakan pertumpahan darah .Setitik darah sahaja perlu dielak dan setitik darah yang tumpah angkara peperangan ;seluruh manusia patut memikul tanggungjawab seterusnya memainkan apa jua peranan untuk menghentikan pertumpahan darah tersebut.

Apa jua perbezaan yang wujud dalam kalangan manusia tidak perlu ditakuti dan menjadi alasan untuk manusia saling bermusuhan sebaliknya ia patut menjadi satu aset bernilai kemanusiaan.Maka kerana itu perlu wujud sikap saling hormat menghormati,berkerjasama dan antara kelompok yang berbeza perlu sering berinteraksi antara satu sama lain.Setiap pihak perlu saling mendekati kepelbagaian kelompok dan berusaha untuk hidup bersama dalam suatu masyarakat yang harmoni. Jelas yang sebenarnya antara kepelbagaian masyarakat itu sebenarnya berkongsi lebih banyak persamaan melebihi perbezaan yang wujud dan persamaan inilah yang memerlukan suatu komitmen berkerjasama dalam menghadapi isu-isu besar dunia masa kini.


Kita perlu saling belajar untuk menghormati perbezaan antara satu sama lain dan mengiktiraf kemanusiaan yang dikongsi bersama  sekaligus membina jambatan antara kepelbagaian budaya dan membawa masyarakat keseluruhannya untuk saling memahami-menghormati dan berkerjasama mencipta masyarakat yang aman damai .

Dialog antara budaya,pendidikan tentang kepelbagaian agama dan kepercayaan,pendidikan sivik-etika dan akhlaq diharapkan dapat membentuk suatu generasi yang toleran,masyarakat yang inklusif dan dunia yang lebih baik tanpa kebencian sesama manusia.



Peranan pendidikan sejak awal-awal lagi ,media dan institusi keluarga itu sendiri sangat perlu diberi perhatian dalam membentuk pemikiran dan mempengaruhi generasi baru khususnya anak muda agar menjauhi sebarang bentuk kebencian terhadap mana-mana agama,kaum dan kelompok yang berbeza fahaman,adat-budaya dengan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…