Skip to main content

Global Transformation Forum 2017

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

Global Transformation Forum telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22-23 Mac 2017.Acara bersejarah ini menampilkan tokoh-tokoh terkemuka dari pelbagai bidang antaranya Sir Richard Branson,Usain Bolt,Jack Ma ,Chris Gardner,David Coulthard dan ramai lagi.Pelbagai topik dibicarakan antaranya seperti Personal Transformatiom:From the Abyss to Happyness(Chris Gardner),Transformational Lessons:from the Fast Lane(Mark Gallagher dan David Coulthard),Transforming Cities:Into New Frontiers(H.E.Hussain Nasser Lootah),Shaping Global development :Innovation,Human Capital and Technology(Dr Paul Romer),Business Transformation and Leadership:The Virgin Pursuit(Sir Richard Branson),Personal Transformation:Conquering Summits(Sir Chris Bonington), dan Transformation Masterclass bersama Usain Bolt dan Jack Ma.


Ucapan PM Najib

PM Najib dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran tokoh seperti Sir Richard Branson,Usain Bolt,Jack Ma dan lain-lain .Kehadiran Jack Ma yang baru dilantik sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia juga bersempena dengan pelancaran
Digital Free Trade Zone di Malaysia.Ini juga selaras dengan ‘National E-Commerce Strategic Roadmap’ yang telah dilancarkan sebelum ini menunjukkan komitmen negara dalam mengembangkan sektor e commerce dan ekonomi digital.

PM Najib menjelaskan perkembangan National Transformation Programme(NTP) yang dilancarkan kerajaan termasuklah dasar yang dilihat tidak popular seperti pengurangan subsidi bahan api dan pengenalan GST yang sebenarnya membantu perkembangan ekonomi negara.Begitu juga dengan pengenalan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ,Transformasi Kedai Runcit@TUKAR,1Azam  yang membantu meringankan beban rakyat dan menggalakkan minat rakyat dalam hal keusahawanan pada saat ekonomi antarabangsa yang tidak menentu ini. NTP mengikut beliau telah  dipelajari di Tanzania,India,Afrika Selatan dan Oman dan telah menerima 5 anugerah di Global Good Governance(3G) Awards yang diadakan di Istanbul,Turki dan NTP juga memenangi anugerah ‘Best Public Sector Reforms Programme’ .


Bagi beliau isu ‘human capital’ dan ‘connectivity’ menjadi fokus utama kerajaan dan untuk itu kerajaan berusaha menyediakan latihan untuk kemahiran yang tepat,dana untuk usahawan disamping kerajaan melalui ‘Human Resources Development Fund ‘ telah melancarkan ‘Human Capital Strategic Initiatives 2017’ dalam rangka melahirkan para pekerja tempatan yang berkemahiran tinggi.

Kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan aspek komunikasi,ruangsiber termasuk meningkatkan kelajuan internet,dan memperbaiki sistem pengangkutan awam khususnya melalui projek besar seperti MRT-LRT,East Coast Rail Line,Pan Borneo Highway,high speed rail  link KL-Singapura(mengambil masa hanya 90 minit) dan sebagainya.
  

Begitu juga dengan projek di Pengerang,Johor dimana Saudi Aramco telah menandatangani perjanjian untuk melabur sebanyak 7 billion dolar di Petronas Pengerang Integrated Complex(PIC) di Johor.

Namun begitu PM Najib dalam ucapannya menegaskan :-

‘.. a high income economy is only meaningful if it benefits all the people,so that they all have more choices,higher purchasing power,opportunities for upward mobility,better quality of life and better living standards’

‘I’m not just concerned about GDP or headline figures,but also public happiness and the well-being of each and every household’


Beliau juga menegaskan cita-cita negara Malaysia untuk menjadi antara 20 negara utama menjelang tahun 2050 melalui Transformasi Nasional 2050 yang baru diperkenalkan kerajaan.


Kisah inspirasi Chris Gardner,Sir Richard Branson, Sir Chris Bonington, Usain Bolt dan Jack Ma


Chris Gardner

Beliau merupakan seorang usahawan,penulis,dan aktif dalam kerja kebajikan.Sewaktu berusia 16 tahun beliau telah meninggalkan rumahnya dan menjadi seorang gelandangan.Apabila sudah dewasa beliau yang masih hidup sebagai gelandangan bersama anaknya berusia 14 bulan tinggal di stesyen keretapi di Oakland,California.Dalam pakaian seorang gelandangan jalanan pada suatu hari beliau telah mengikuti temuduga kerja  di Dean Witter Reynolds dan berkat keazaman dan kesunggguhan yang ditunjukkan beliau,akhirnya beliau diberi peluang untuk berkerja disana dan kemudiannya beliau berkerja di pelbagai syarikat sebelum akhirnya beliau berjaya mengasaskan sendiri syarikat Gardner Rich n Co pada tahun 1987 yang kemudiannya menjadi empayar kewangan bernilai jutaan Dollar.

Beliau telah menulis autobiografi berjudul ‘The Pursuit of Happyness pada bulan Mei 2006 dan buku ini tersenarai di ranking nombor satu ‘Bestseller’ dalam New York Times dan Washington Post dan telah diterjemahkan  ke  dalam 40 bahasa disamping tersenarai selama 20 minggu dalam senarai Bestseller di New York Times.

Buku kedua beliau pula bertajuk ‘Start Where You Are:Life Lessons in Getting from Where You Are to Where You Want to Be ‘ telah diterbitkan  pada bulan Mei 2009.
Sentiasa berfikir secara positif,penuh keazaman dan disipilin mengubah hidup beliau dan beliau pernah menyatakan bahawa:-‘‘You can only depend on yourself.The cavalry ain’t coming’

Sir Richard Branson

Beliau merupakan pengasas Virgin Group satu jenama besar dan terlibat dalam pelaburan antarabangsa.Diasaskan  pada tahun 1970,Virgin Group melabur dalam sektor perniagaan komunikasi,kembara-pengangkutan,perkhidmatan kewangan,hiburan,kesihatan dan beroperasi di lebih 50 negara dan memiliki lebih 60000 orang pekerja di seluruh dunia.

Sir Richard Branson seorang yang sentiasa mencabar dirinya bahkan beliau pernah memecah pelbagai rekod  antaranya seperti melintasi lautan atlantik terpantas,mengikuti pelbagai kembara belon udara panas dan melalui Virgin Galastic yang dikatakan sebagai ‘the world’s first commercial spaceline’ beliau mengungkapkan ia sebagai ‘the greatest adventure of all’.

Antara pencapaian yang beliau raih juga antaranya sebagai ‘UK’s number one Twitter user’,’the World’s most social CEO’,’the world’s most followed person on Linkedin’ dan sebagainya.

Pada umur 16 tahun sebenarnya beliau telah memulakan penerbitan majalah Youth Culture,dan pada tahun 2004,beliau telah mengasaskan  yayasan tidak berasaskan keuntungan ,Virgin Unite yang berusaha mengatasi masalah alam sekitar dan sosial .

Disamping itu juga beliau aktif dalam projek ‘The Elders’,’Carbon War Room’,’B Team’,’Branson Centre of Entrepreneurship’ dan sebagainya.

Beliau pernah menyatakan bahawa:-  ‘A business has to be involving,it has to be fun,and it has to exercise your creative instincts ‘ dan untuk berjaya bagi beliau ia memerlukan ’‘ willing to learn,happy to make mistakes,and eager to experiment’


Sir Chris Bonington

Beliau merupakan seorang pendaki gunung,jurugambar,penulis dan pernah lapan kali mengalami pengalaman  ngeri hampir terbunuh sewaktu mendaki gunung dan pengalaman ngeri tersebut diungkapkan seperti berikut:- ‘five-day descent from a 7,000m peak with broken ribs and no food or shelter’.Beliau telah mengikuti 19  kali ekspidisi ke Himalaya dan 4 kali ke Everest dan dalam usia 83 tahun kini masih terus menikmati pendakian  gunung seperti yang diungkapkan beliau :-

‘Climbing has been my life and still is.For me,the mountains represent beauty,wildness and challenge.They’ve given me the joy of companionship and lifelong friendships to help me make the most of my eighties without the love of my self’

Bagi beliau untuk maju masyarakat perlu untuk ‘develop and explore different ideas and different place’ dan lebih penting juga untuk membangun ‘ a sense of adventure’ dan beliau sentiasa mengajak masyarakat agar mengikut apa yang diungkapkan beliau ‘getting out of  your comfort zone and doing something different’.

 Usain Bolt

Beliau merupakan lagenda pelari pecut ,juara Olimpik,dan pemegang rekod dunia acara larian pelbagai kategori dan dikatakan sebagai ‘manusia terpantas di dunia’.Ketika berusia 15 tahun beliau telah memenangi pingat  emas acara larian 200 meter di acara  World Junior Championships 2002.

Kejayaan beliau dalam pelbagai acara larian tidak menyebabkan beliau ego dan berasa selesa dengan pencapaian yang dimiliki beliau sebaliknya beliau tetap memberi fokus utama kepada latihan  dan melihat ruang perbaikian dalam diri beliau sendiri.

Komitmen beliau terhadap latihan dan berkerja keras untuk memperbaiki persembahan larian beliau boleh dilihat menerusi kata-kata beliau seperti berikut:-

‘the key thing is to train hard,and you definitely need competition.Training helps you,but you have to compete against other people who have a higher level to help build you up;to make you know what else you need to work on in training’

‘Everybody on this circuit has talent,so get over it.
Don’t feel that you’re going to come on this circuit because you’re really talented;that you don’t have to train.It’s all about who works their talent and brings out the best,who’s going to be a champion.You really have to push yourself to step up your level.And every year you have to keep trying to step the level up.So it’s talent on one hand,but you have work to get it there’

Beliau juga memiliki jiwa besar dan keyakinan yang tinggi dan berusaha untuk mencapai tahap yang paling cemerlang semaksima mungkin dan tidak mengenal had sempadan  dalam meraih kejayaan.Kepercayaan untuk melakukan semaksima mungkin untuk meraih kejayaan tertinggi dapat dilihat dalam kata-kata beliau seperti berikut:-

‘You can never tell how fast you can go’
‘Anything’s possible,that’s how I live my life.You can’t limit yourself to anything’
‘The sky has no limits,neither do I ‘

Jack Ma

Beliau merupakan graduan Hangzhou Teacher’s Institute(bidang pendidikan bahasa Inggeris) dan melalui Alibaba Group yang diasaskan beliau memiliki misi :‘to make it easy to do business anywhere’ dan beliau memberi fokus utama kepada pembangunan e commerce,ekonomi digital dan perniagaan kecil -sederhana.Pada bulan September 2016,Jack Ma telah dinamakan sebagai Penasihat Khas kepada United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) For Youth Entrepreneurship and Small Business dan beliau juga diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia.

Sebelum berjaya dalam dunia perniagaan,beliau pernah 30 kali ditolak dalam temuduga kerja.Beliau langsung tidak pernah kenal erti putus asa dan bangkit kembali sehingga berjaya dalam dunia perniagaan kemudiannya.Jack Ma pernah mengatakan bahawa:-

‘one can never unify everyone’s thoughts in an organization.However one can definitely unify everyone through a common goal’


Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…