Skip to main content

Pelancaran ‘Digital Free Trade Zone’ bersama Jack Ma-Daniel Zhang

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad


Pelancaran ‘Digital Free Trade Zone’ oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib dan Jack Ma

Bersempena dengan penganjuran Global Transformation Forum, Perdana Menteri Dato Seri Najib dan Jack Ma(AliBaba Group) melancarkan  ‘Digital Free Trade Zone’(DFTZ) suatu kerjasama antara Malaysia dan China melalui MDEC(Malaysia Digital Economy Corporation) dan AliBaba Group.

Jack Ma telah diumumkan sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib ketika kunjungan beliau ke China pada bulan November lalu. National E-Commerce Strategic Roadmap’ pula telah diperkenalkan pada 2016 bertujuan menggandakan pembangunan e commerce Malaysia dan menambah sumbangan GDP sehingga RM 211 billion menjelang 2020.Tahun 2017 ini juga diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai Tahun Ekonomi Digital Malaysia dan dalam pembentangan bajet 2017 yang lalu,Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan RM 162 juta untuk melaksanakan pelbagai program berkaitan ekosistem e commerce,digital maker movement,dan hab digital Malaysia.

DFTZ ini merupakan yang pertama didunia diluar China dan ia mampu mencipta 60000 peluang pekerjaan  dan membangunkan industri kecil dan sederhana menjelang 2025
.Dibawah inisiatif eWTP(Electronic World Trade Platform) cetusan Jack Ma dengan kerjasama MDEC(Malaysia Digital Economy Corporation) di Malaysia,DFTZ ini akan membuka akses pasaran global untuk SME dan anak muda diseluruh dunia.
Jack Ma telah mencadangkan penubuhan zon perdagangan bebas digital untuk SME ketika menghadiri St Petersburg International Economic Forum di Russia Jun lalu.

Mengulas inisiatif ‘Digital Free Trade Zone’(DFTZ)- eWTP(Electronic World Trade Platform) ini Perdana Menteri Dato Seri Najib mengatakan :-

 ‘We have set out plans to progress Malaysia’s economy and place it firmly at the centre of the global marketplace.To do this we need to harness the assets that we have and provide the support for individuals and businesses to be competitive in the new digital landscape.Alibaba Group is at the forefront of private sector development of e-commerce solutions and their ambitions to enable trade,particularly for SMEs,make them the perfect partner in this new initiative.This is an exciting development for the country,and to be an early participant in eWTP will provide a plethora of opportunities for Malaysian organizations’

Manakala Jack Ma pula mengatakan:-

- ‘I laid out the vision for eWTP last year,and we as a company have taken on the responsibility to make this a reality.The first e-hub under the eWTP outside of China will go a long way towards making global trade more inclusive and provide much needed support to a hugely important constituent:SMEs and the younger generation.With innovation throughout the supply chain,support from governments and important private sector collaborations,we will achieve our aim of enabling SMEs and young people to thrive and enjoy in the fruits of the next phase of globalization’



‘I think 90% of small businesses can produce at least 80% of (the country’s) GDP(gross domestic product).If you have more small businesses,that means more jobs,more middle class and the country’s economy can be sustainable.DFTZ is trying to make the business more inclusive’

Kewujudan DFTZ dan eWTP  ini dianggap juga sebagai ‘a digital global e-road’ yang akan dapat membantu industri kecil dan sederhana(SME),mengatasi masalah proses-halangan,dan mengalakkan  perniagaan serta kerjasama dalam perdagangan merentasi sempadan.

Satellite Service Hub (keluasan 500 000 sq ft) akan didirikan di Bandar Malaysia dan penubuhan Kuala Lumpur Internet City(KLIC) akan menjadi hub perkhidmatan satelit untuk DFTZ dan akan dibangunkan oleh firma internet Catcha Group.KLIC ini juga akan menjadi hub digital untuk syarikat berkaitan internet tempatan dan global Asia Tenggara dan kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan sokongan ekosistem internet dalam melakukan inovasi dalam industri e commerce –ekonomi digital di Malaysia nanti.



Dalam acara pelancaran ‘Digital Free Trade Zone’(DFTZ) ini juga menyaksikan  majlis MOU antara 4 pihak iaitu:-

1-MDEC dan AliBaba Group untuk kerjasama pembangunan DFTZ
2-MAHB dan Cainiao untuk hub di KLIA Aeropolis
3-MDEC dan Catcha untuk KLIC
4-Alipay dan Maybank serta Alipay dan CIMB untuk kerjasama e-payment and financing services

DFTZ ini nanti merangkumi perkara berikut:-

E fulfilment hub –hub logistik berdekatan KLIA,ia akan berpusat di KLIA Aeropolis dan menjadi pusat kargo udara dan logistik serta penerbangan dan untuk urusan eksport-import yang lebih pantas.Lazada dan Cainiao(Alibaba logistic) akan berkerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Bhd untuk pembangunan hub logistik dan e commerce di KLIA Aeropolis begitu juga dengan kerjasama antara Cainiao,Lazada dan Pos Malaysia.


E service platform-dihubungkan dengan Alibaba’s OneTouch platform,ia akan menghubungkan syarikat Malaysia dengan kawasan e commerce di Hangzhou,China bagi membolehkan SME dan perniagaan untuk perdagangan yang lebih sistematik antara kedua negara.Alibaba memainkan peranan dalam penubuhan China(Hangzhou) Cross-Border E-Commerce Comprehensive Pilot Free Trade Area yang akan dihubungkan dengan DFTZ di Kuala Lumpur

E payment and financing-kedua pihak akan melihat peluang dalam e payment dan financing dengan fokus dalam perdagangan B2B untuk SME Malaysia. Akan dilancarkan ‘Alipay barcode payment -‘Ali pay mobile wallet ‘di Malaysia(Alipay digerakkan oleh Ant Financial Services Group).Alipay merupakan platform pembayaran tanpa tunai mudah alih no 1 di China.

E-talent development-kedua pihak akan mengadakan program latihan untuk membantu startup dan mengilap kemahiran dalam individu dalam menyokong pembangunan ekonomi digital Malaysia .Alibaba Cloud akan membina platform cloud di Malaysia untuk membantu SME tempatan dalam era digital melalui teknologi seperti big data,Internet of Things(IoT).Untuk sokongan kepada startup juga,Alibaba Cloud akan menyediakan Alibaba Cloud Certified Professional(ACP) program persijilan profesional untuk melatih bakat tempatan dan menyokong ekosistem berteraskan internet di Malaysia


 Sidang media Daniel Zhang (CEO AliBaba Group)

Saya berkesempatan juga mengikuti sidang media Daniel Zhang(CEO Alibaba) bersama CEO MDEC(Malaysia Digital Economy Corporation) selepas acara perasmian pelancaran ‘Digital Free Trade Zone’ oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib dan Jack Ma.Sidang media ini menjelaskan lagi usaha kerjasama antara China dan Malaysia melalui AliBaba Group  dan MDEC. Dalam sidang media tersebut beliau mengatakan bahawa Malaysia mempunyai visi besar untuk membangun Digital Free Trade Zone’ (DFTZ) sepertimana China menerusi AliBaba Group mempunyai visi memiliki Electronic World Trade Platform(eWTP) dan beliau menyatakan bahawa:-‘We believe Malaysia is the ideal location to become a regional hub for Asean countries’


Daniel Zhang sebelum menjadi CEO AliBaba Group merupakan Chief Financial Officer Shanda Interactive Entertainment Limited,pembangun permainan online yang tersenarai dalam NASDAQ,juga pernah menjawat jawatan sebagai Chief Financial Officer,Taobao Marketplace 2007(China’s largest mobile commerce destination’),General Manager Taobao Mall,Presiden B2C platform dijenamakan sebagai Tmall.com pada tahun 2011( China’s largest third-party platform for brands and retailers’).Beliau mengerakkan ekosistem ‘mobile-first’ dengan big data,cloud computing dan mengetuai pelaburan strategik dalam Lazada Group ,Haier,Intime Retail dan Singapore Post.Beliau juga merupakan arkitek utama acara tahunan AliBaba Group ‘’11.11 Global Shopping Festival’ pada 11 November setiap tahun yang dianggap sebagai ‘the world’s biggest shopping day and laboratory for the future of retail’ dan ‘the world’s largest one-day online shopping festival’.


Pada 11 November 2016,pasaran China dan antarabangsa menjana GMV(gross merchandise volume) sebanyak RMB 120.7 billion(US $ 17.8 billion) menerusi Alipay dalam tempoh 24 jam sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…