Skip to main content

World Robot Olympiad(WRO)

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad



Saya berkesempatan mengikuti acara World Robot Olympiad(WRO) yang berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre pada 9-11 November 2012.

Buat pertama kalinya Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn Bhd menjadi tuan rumah WRO selepas WRO kali pertama dianjurkan  di Singapura pada tahun 2004,diikuti Thailand,China,Taiwan,Jepun,Korea,Filipina dan UAE.WRO di Kuala Lumpur ini merupakan WRO kali ke 9 dan ia merupakan Olympiad terbesar dengan penyertaan  oleh 405 kumpulan dari 30 buah negara dari seluruh dunia.



Bertemakan ‘Robots Connecting people’ ,acara World Robot Olympiad kali ini diharapkan dapat meningkatkan minat dalam kalangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi,robotik ,matematik ,kejuruteraan dan ICT.Ia juga mampu menerapkan aspek inovasi kepada para pelajar melalui teknologi dan penyelesaian masalah secara kreatif, mengasah kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah melalui pertandingan pendidikan robotic yang merangkumi aspek fizik,mekanik,elektronik,sistem program,kejuruteraan dan sebagainya.Melalui penganjuran acara ini juga diharapkan dapat menyediakan  pelajar yang mampu menghadapi cabaran global abad ini dan kreativiti jurutera dan saintis masa hadapan ini seharusnya terus digilap dan diberi sokongan oleh semua pihak.

Cabaran global masa kini juga menuntut kita melahirkan para pelajar yang memiliki kemahiran berfikir,kreativiti dan inovasi ,berani mengambil risiko dan ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh En.Law King Hui(Pengarah Urusan Sasbadi Sdn.Bhd) seperti berikut:-

‘In today’s fast evolving environment,possessing hard knowledge alone is not enough for one to excel.The world requires one to possess ‘higher order thinking skills that can solve intricate and complex problem.As our beloved Prime Minister has said,the responsibility of today’s education is to prepare students for jobs that do not exist today.This requires creativity and innovation,with an ability to take measured risks’

World Robot Olympiad kali ini juga terbahagi kepada 3 kategori berbeza seperti :-

1)Regular category
2)Open category
3)GEN 11 Football

Para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang menyertai acara ini bertungkus lumus menyiapkan robot-robot mereka dan pelbagai idea kreatif mereka dipersembahkan dalam pertandingan ini.Jelas melalui acara ini para pelajar mampu menggunakan dayafikir mereka untuk mencipta sendiri robot-robot dengan bantuan guru pembimbing mereka.

Pihak sekolah disarankan agar menubuhkan kelab robotik di sekolah-sekolah  bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari aspek robotik yang cukup menarik ini.Melalui penubuhan kelab robotik ini  ia mampu melahirkan pelajar yang bukan sekadar menjadi pengguna tetapi menjadi pencipta dengan sentiasa menggunakan dayafikir mereka untuk mencetuskan idea-idea,ciptaan  inovasi sekaligus melahirkan para pelajar yang mampu menyelesaikan permasalahan secara kreatif.

Aspek robotik inilah yang perlu ditekankan oleh para pendidik dalam membuat persiapan melahirkan para pelajar yang mampu menghadapi cabaran kontemporari dengan pelbagai perubahan pesat dan perkembangan pantas teknologi kini.Pengabaian aspek ini boleh menyebabkan para pelajar ketinggalan zaman dan tidak mampu mengikuti perkembangan kontemporari.





Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…