Skip to main content

World Village Conference 2016,Purwakarta,Indonesia


oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad


Tarikh:22-26 Mei 2016
Tempat:Purwakarta,Indonesia
Anjuran:Pejabat Pemerintah Kota Purwakarta

World Village Conference 2016 ini dihadiri oleh 100 orang peserta dari 14 negara dan Malaysia diwakili oleh 3 orang peserta termasuk saya.Pemilihan peserta dibuat melalui pemohonan secara online dan para peserta diminta menghantar satu esei berkaitan tema-tema tertentu .Tema utama  acara World Village Conference 2016 ini ialah '' Preserving culture for sustainable development in the era of Village-Industrialization''.

Saya menaiki bas  dari Jakarta  menuju ke Purwakarta yang mengambil masa sekitar 2 jam.Tiba disana para peserta telah disambut secara meriah oleh para penduduk kota Purwakarta diketuai sendiri oleh Bupati Dedi Mulyadi,penasihat utama acara ini ditemani Pengarah program World Village Conference,saudara Gugun Gumilar yang baru berusia 29 tahun.
Yang menariknya juga ialah para pengerak AJK dan para sukarelawan  acara ini terdiri daripada anak muda berusia 30 tahun ke bawah.Para penduduk kampung sekitar Purwakarta  turut dilibatkan sama dalam acara ini.

Perasmian 'World Village Conference 2016'

Majlis perasmian World Village Conference ini diadakan dengan cukup meriah dan dirasmikan oleh Bupati Dedi Mulyadi dan turut disertai oleh perwakilan Daerah kota Purwakarta,Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia dan Kementerian Pelancongan.

Dalam ucapan perasmian beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terpilih mengikuti acara yang bersejarah ini dan katanya juga ia barangkali acara pertama seumpamanya di dunia.Beliau mengharapkan para peserta mendapat ilmu dan pengalaman berguna sepanjang berada di Purwakarta ini .Beliau mengharapkan anak muda serius dalam memperkasakan warga desa,memulihara alam-ekosistem yang indah di desa dan memperjuangkan pembangunan yang seimbang dan tidak merosakkan budaya dan alam sekitar.Bupati Dedi Mulyadi juga mengharapkan para peserta dapat mempelajari kebijaksanaan kearifan tempatan dan budaya Sunda sepanjang berada di Purwakarta ini.

Forum 'World Village Conference 2016"

Dalam sesi forum para pembentang mengupas berkenaan peranan anak muda dalam mempertahankan ekosistem desa dalam pembangunan yang cukup pesat.Pembangunan tidak sepatutnya sehingga merosakkan suasana damai desa dan mengganggu kehidupan warganya.
Menjadi tanggungjawab kita untuk membangunkan industri desa namun ia perlu dalam suasanan pembangunan yang seimbang yang tetap memulihara warisan alam dan budaya.Warga desa juga perlu diberi peluang sewajarnya untuk terlibat dalam ekonomi kreatif industri desa ,industri pertanian ,menjadikan desa sebagai destinasi pelancongan tanpa mengabaikan usaha untuk memulihara kawasan lingkungan dan mempertahankan budaya sosial masyarakat tempatan.
Kualiti persekitaran dan sejarah warisan tetap perlu dijaga dalam keghairahan membangunkan desa dan oleh kerana itu kita perlu memperbaiki biodiversity,mengurangkan  pembaziran dan pencemaran serta mengambil berat tentang pembangunan reka bentuk bangunan di kawasan desa.

Menginap di  desa Pasanggrahan,Purwakarta  bersama keluarga angkat penduduk desa

Para peserta World Village Conference bukan sahaja sekadar 'conference' semata-mata tetapi turut menyelami kehidupan warga desa di Purwakarta.Para peserta dibawa ke desa Pasanggrahan,Purwakarta dan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mewakili 2 desa di sini dan semua peserta berpeluang menginap bersama keluarga angkat mereka disini.Sepanjang berada di desa ini,para peserta didedahkan dengan kehidupan sebenar penduduk desa disini dan mempelajari budaya mereka.Para peserta juga dibawa ke sawah padi dan turun ke sawah padi bersama penduduk desa sambil membantu mereka.

Persembahan budaya World Village Conference 2016

Para peserta turut diminta untuk mengadakan persembahan budaya mengikut negara masing-masing.Di samping itu juga para peserta dihiburkan juga dengan  persembahan budaya masyarakat Sunda di Purwakarta .Peserta luar negara turut mempersembahkan persembahan nyanyian dalam Bahasa Indonesia .

Majlis penutup World Village Conference 2016














Majlis penutup World Village Conference 2016 ini diadakan di perkarangan pejabat Bupati Purwakarta dan majlis ditutup secara rasminya oleh wakil dari Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.Dalam ucapan penutupnya beliau mengharapkan para peserta menyebarkan ilmu yang mereka perolehi sepanjang menyertai acara ini ke negara dan tempat masing-masing.Beliau mengharapkan Purwakarta mampu menarik lebih ramai pelancong dari pelbagai negara dan menjadi contoh kota yang tetap mempertahankan ekosistem dan keindahan desanya.

Comments

Popular posts from this blog

Bersama Hijjaz Kasturi ,Arkitek Terkenal

Pembentangan menarik arkitek terkenal negara,Hijjaz Kasturi di ASWARA lewat petang tadi. Hijjaz Kasturi yang bertanggungjawab merekabentuk bangunan-menara yang unik-unik di Malaysia seperti menara rebung TM,bangunan Tabung Haji,menara Maybank,Pusat Konvensyen Putrajaya ,menara Alor Star dan banyak lagi.





Beliau bicara soal idea INOVATIF ,rekabentuk yang menekankan aspek GO GREEN,dan kerja-kerja KREATIF. Idea senibina beliau punya makna tersendiri dan penuh falsafah disamping menerap mesej kemelayuan keislaman kemalaysian. Misalnya menara Maybank punya falsafah dari rekabentuk keris Melayu manakala Tabung Haji itu ada falsafah rukun Islam dari rekabentuknya.Beliau mengharapkan kita tetap membahaskan soal rekabentuk yang mempunyai ciri kemalaysiaan. Bagi seorang arkitek kata beliau rekabentuk masing-masing selalunya dipengaruhi juga oleh "school of thought" mereka. Beliau juga melontarkan persoalan bagaimana ukiran Melayu turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran,kebudayaan ora…

Catatan Kembara di Thailand

oleh Wan Mohamad Wasif Catatan Kembara di Thailand
Sudah lama saya memasang niat untuk kembara ke Selatan Thailand apatahlagi selepas mendengar kisah pengalaman sahabat-sahabat yang mengadakan pelbagai program kebajikan dan pendidikan disana.


Ada yang ke sana membuat kajian tentang sejarah dan tokoh di Pattani,ada yang menjadi sukarelawan mengajar Bahasa Melayu di sana,ada yang mengisi pelbagai program khusus untuk anak-anak yatim disana.Faktor keselamatan sering menghalang saya untuk kembara ke sana,apatahlagi tv di Malaysia sering juga memaparkan berita tentang pembunuhan-tembak menembak di Selatan Thailand sehingga mengerunkan sebahagian orang  untuk ke sana dan beberapa kali juga saya dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke sana atas faktor keselamatan oleh sebahagian orang yang mengikuti perkembangan berita terhadap apa yang sedang berlaku disana.Mendengar kisah pengalaman sahabat yang telah kembara disana tanpa apa-apa masalah membuatkan saya cemburu untuk ke sana.
Pelawaan un…

21st Century Maritime Silk Road and Chinese Soft Review and Prospect

Perbincangan mengenai 'Silk Road' atau Laluan Sutera akan sama sekali menyentuh period era Kerajaan Melayu Malaka, ini dijelaskan menerusi pembentangan oleh Prof. Zhang Xiping bertajuk Malacca: The Dynamic Nexus of East West Contact (merupakan pengarah Institut Pengajian China Antarabangsa, Universiti Pengajian Hubungan Luar Beijing, China) dan menyentuh berkenaan kerajaan Samudra merujuk 'Sumatera'. Seminar Antarabangsa dibawah tajuk 21st Century maritime Silk Road and Chinese Soft Power : Review and Prospect. Apa yang perlu diperhati di sini adalah fakta dan pensejarahan Melaka sekaligus Sumatera. 
Pertama menyentuh rujukan yang digunapakai masih mengambil dari sumber2 lama dari barat sekalipun perbincangan ada merentas period kolonial. Dari aspek sejarah adalah pengulangan fakta dari sumber yang sama iaitu melihat Melaka dari perspektif sejarah perdagangan India dan berkitar di Lautan India. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia (Melak…