Skip to main content

Posts

Showing posts from March 7, 2017

Novel:Edensor(karya Andrea Hirata)

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Facebook:Wasif Wan
www.jaringananakmuda.blogspot.com
Bagi mereka yang suka mengembara;mempelajari budaya;memerhati manusia;bukan semata-mata berjalan-jalan melancong kosong,karya Andrea Hirata ‘Edensor’ ini wajar dibaca dan pasti anda akan terhibur dengan karya ini seperti karya beliau yang lain ; Laskar Pelangi,Sang Pemimpi,dan Maryamah Karpov.Edensor ini padat dengan  kupasan sains-geografi-pelbagai fakta menarik,ruang imaginasi luar biasa ,ayat-,ayat mengasyikkan dengan terselit unsur humor,falsafah,kisah romantik,sedih,gembira dan 1001 ragam kehidupan.Seperti mesej dalam karya Andrea Hirata yang lain,perjuangan pendidikan , falsafah erti dan makna kehidupan diabadikan dalam karya beliau ini melalui mozek-mozek ;kisah pendek yang berkesinambungan  jalan ceritanya.Para pembaca seakan dibawa masuk menyelami kehidupan seorang pengembara yang mengharungi kehidupan penuh cabaran.


Edensor ini bermula dari kisah ‘aku’ anak kelahiran kampung dari keluarga;i…

Reviving the Islamic Spirit:Malaysia

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Facebook:Wasif Wan
www.jaringananakmuda.blogspot.com
Saya berpeluang menghadiri acara RIS Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya baru-baru ini.Sambutan cukup hangat dengan kehadiran ribuan peserta yang memenuhi ruang dewan utama acara.Acara ini menampilkan tokoh-tokoh seperti Hamza Yusuf ,Zaid Shakir ,Dr Umar Abdullah Faruq dan ramai lagi.Tan Sri Profesor Syed Naquib Al-Attas dan  Rashidah Ali(anak kepada allahyarham Muhammad Ali) turut mendapat anugerah khas dari pihak penganjur.




Ketika kembara di Turki dahulu,sewaktu kami para peserta kem belia antarabangsa berkunjung ke Sulaymaniye Camii,kami terserempak dengan rombongan acara Rihlah pimpinan Hamza Yusuf dan Zaid Shakir.Recep Tayyip Erdogan,Perdana Menteri Turki ketika itu(sekarang Presiden) turut berada di Sulaymaniye Camii ketika itu dan kami para peserta kem belia antarabangsa berpeluang beramah mesra dan bergambar dengan beliau dalam sesi khas di perkarangan Sulaymaniye Camii in…

Buku ‘Imperial Ambitions:Conversations with Noam Chomsky on the post -9/11 World

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Facebook:Wasif Wan
www.jaringananakmuda.blogspot.com

Buku ‘Imperial Ambitions:Conversations with Noam Chomsky on the post -9/11 World’ merupakan koleksi wawancara David Barsamian bersama Noam Chomsky .Dalam wawancara tersebut Noam Chomsky mengupas pelbagai isu penting seperti isu perang di Iraq,hal ketenteraan,hal propaganda-integriti media,peranan intelektual,isu pendidikan dan sebagainya.
Noam Chomsky lantang bersuara dari dunia akademik-intelektual hingga ke dunia aktivisme dalam membantah peperangan di Iraq,Vietnam,Afghanistan,kem Guantanamo ,pelanggaran hak asasi oleh Israel,isu nuklear dan dasar-dasar luar Presiden Amerika Syarikat. Beliau juga menyelar para penguasa elit yang memonopoli dan memanfaatkan kekayaan negara dan mengabaikan kelompok miskin serta menolak sebarang bentuk peperangan,pencerobohan dan hegomoni penjajahan..
Perang di Iraq bagi beliau merupakan satu jenayah perang jenayah kemanusiaan.Wujud kerjasama dengan syarikat korporat be…

Buku:President Soekarno n President Kim Il Sung(tulisan Rachmawati Soekarnoputri)

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Facebook:Wasif Wan
www.jaringananakmuda.blogspot.com


Saya mendapat hadiah buku ‘President Soekarno n President Kim Il Sung’ ini dari penulisnya sendiri iaitu  Rachmawati Soekarnoputri,anak perempuan kepada Presiden Indonesia,Presiden Soekarno sewaktu menghadiri acara penutup seminar pemuda antarabangsa anti keganasan(anjuran Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah) di kediamannya di Jakarta,Indonesia.
Buku ini menceritakan pelbagai kisah sejarah dan pengalaman hidup 2 orang presiden ini;Soekarno dan Kim Il Sung ,persamaan perjuangan mereka dan hubungan baik antara negara Indonesia dan Korea Utara pimpinan mereka dahulu serta kisah lawatan Soekarno ke Pyongyang dan lawatan Kim Il Sung ke Jakarta suatu ketika dahulu.
Soekarno dan Kim Il Sung;kedua-duanya lahir dari keluarga yang miskin berbanding Marx,Engels,Lenin,Mao Tse Tung,Zhu Enlai  yang menurut penulis dari latar belakang keluarga kelas  pertengahan mahupun keluarga berada.Pengalaman hidup menempuh kemiskinan…

Luas jalan perjuangan;melawan ketaksuban politik kepartian sempit

oleh

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Facebook:Wasif Wan
www.jaringananakmuda.blogspot.com

Dalam suasana pertarungan politik tanah air yang tak menentu,sangat didambakan sebuah gerakan  budaya-gerakan ilmu-gerakan intelektual atau apa sahaja namanya ;gerakan yang berusaha mencerahkan rakyat keseluruhan.Krisis politik selamanya akan berlanjutan tanpa mengetahui bila penghujungnya.Yang berubah barangkali hanyalah watak -para pelakonnya namun jalan cerita -skripnya sahaja  lebih kurang sama sahaja.Politik penuh drama dan seringkali rakyat dan negara yang menjadi mangsanya.
Gerakan yang melawan politik kepartian sempit dan ketaksuban melulu terhadap sosok tubuh tokoh,parti,kumpulan,kelompok mahupun aliran pemikiran sangat diperlukan ditengah-tengah kecamukan dan ‘perang’ perebutan kuasa dan pengaruh ini.Mampukah gerakan yang berasaskan seni budaya, bahasa,sastera dan kesusasteraan ,falsafah dan pemikiran ;gerakan idea-pendidikan –pencerahan;gerakan keamanan-kemanusiaan ;gerakan ekonomi-keus…