Skip to main content

Posts

Showing posts from April 10, 2017

Pelancaran ‘Digital Free Trade Zone’ bersama Jack Ma-Daniel Zhang

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad

Pelancaran ‘Digital Free Trade Zone’ oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib dan Jack Ma
Bersempena dengan penganjuran Global Transformation Forum,Perdana Menteri Dato Seri Najib dan Jack Ma(AliBaba Group) melancarkan  ‘Digital Free Trade Zone’(DFTZ) suatu kerjasama antara Malaysia dan China melalui MDEC(Malaysia Digital Economy Corporation) dan AliBaba Group.
Jack Ma telah diumumkan sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib ketika kunjungan beliau ke China pada bulan November lalu. National E-Commerce Strategic Roadmap’ pula telah diperkenalkan pada 2016 bertujuan menggandakan pembangunan e commerce Malaysia dan menambah sumbangan GDP sehingga RM 211 billion menjelang 2020.Tahun 2017 ini juga diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai Tahun Ekonomi Digital Malaysia dan dalam pembentangan bajet 2017 yang lalu,Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan RM 162 juta untuk melaksanakan pelbagai program berkaitan ekosistem e c…

Global Transformation Forum 2017

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Global Transformation Forum telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada22-23 Mac 2017.Acara bersejarah ini menampilkan tokoh-tokoh terkemuka dari pelbagai bidang antaranya Sir Richard Branson,Usain Bolt,Jack Ma ,Chris Gardner,David Coulthard dan ramai lagi.Pelbagai topik dibicarakan antaranya seperti Personal Transformatiom:From the Abyss to Happyness(Chris Gardner),Transformational Lessons:from the Fast Lane(Mark Gallagher dan David Coulthard),Transforming Cities:Into New Frontiers(H.E.Hussain Nasser Lootah),Shaping Global development :Innovation,Human Capital and Technology(Dr Paul Romer),Business Transformation and Leadership:The Virgin Pursuit(Sir Richard Branson),Personal Transformation:Conquering Summits(Sir Chris Bonington), dan Transformation Masterclass bersama Usain Bolt dan Jack Ma.

Ucapan PM Najib
PM Najib dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran tokoh sepertiSir Richard Branson,Usain Bolt,Jack Ma dan lain-lain .Kehadiran Jack Ma yan…

Dialog demi kemanusiaan

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Dalam suasana krisis kemanusiaan,keganasan,perang dan sebarang bentuk pertelagahan yang berlaku sekarang ini,amat penting diwujudkan suatu dialog ketamadunan bagi menangani pelbagai permasalahan yang berlaku tersebut.Usaha ini sekurang-kurangnya dapat meredakan ketegangan,mengelak permusuhan berpanjangan dan menyelamatkan generasi masa hadapan daripada terjebak dalam krisis yang tidak berkesudahan.Kita pastinya mahu mewujudkan suasana dimana manusia saling hormat-menghormati,toleransi dan mengamalkan budaya pro keamanan dan dialog bukannya saling benci membenci,bermusuhan dan pro peperangan.
Peperangan yang berlanjutan akan memporak-perandakan dunia dan manusia yang tidak berdosa akan menjadi mangsa tangan-tangan rakus yang dahagakan pertumpahan darah .Setitik darah sahaja perlu dielak dan setitik darah yang tumpah angkara peperangan ;seluruh manusia patut memikul tanggungjawab seterusnya memainkan apa jua peranan untuk menghentikan pertumpahan darah …

World Robot Olympiad(WRO)

oleh
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad



Saya berkesempatan mengikuti acara World Robot Olympiad(WRO) yang berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre pada 9-11 November 2012.
Buat pertama kalinya Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn Bhd menjadi tuan rumah WRO selepas WRO kali pertama dianjurkan  di Singapura pada tahun 2004,diikuti Thailand,China,Taiwan,Jepun,Korea,Filipina dan UAE.WRO di Kuala Lumpur ini merupakan WRO kali ke 9 dan ia merupakan Olympiad terbesar dengan penyertaan  oleh 405 kumpulan dari 30 buah negara dari seluruh dunia.



Bertemakan ‘Robots Connecting people’ ,acara World Robot Olympiad kali ini diharapkan dapat meningkatkan minat dalam kalangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi,robotik ,matematik ,kejuruteraan dan ICT.Ia juga mampu menerapkan aspek inovasi kepada para pelajar melalui teknologi dan penyelesaian masalah secara kreatif, mengasah kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah melalui pertandingan pendidikan …